26 July, 2012

Anggap Komputer Tidak Penting


~PESERTA TESTIMONI 3 ~

Saya Amirulafanddi Bin Zainuddin, sebelum saya mempelajari kemahiran komputer, kemahiran saya berkaitan dengan komputer amat cetek sekali walaupun semasa berada di bangku sekolah saya telah mengambil matapelajaran Teknologi Maklumat. Di IPM, segala pengetahuan dalam program Microsoft Office saya telah pelajari.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Cik Adawiah kerana beliau banyak membantu saya dalam mendalami ilmu komputer. Setelah mempelajari kemahiran aplikasi komputer, saya telah dapat memahirkan diri saya dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Contohnya untuk membuat surat ataupun sampul surat dalam Microsoft Word dengan menggunakan kaedah Mail Merge, membuat pelan ataupun lokasi dengan menggunakan program Power Point dan membuat Carta dan Graf dengan menggunakan Microsoft Excel.

Tidak rugi anda semua mempelajari ilmu kemahiran Aplikasi Komputer di IPM ini kerana dengan ilmu tersebut peluang anda untuk mendapatkan pekerjaan begitu mudah selain dapat meningkatkan kemahiran diri dalam program yang anda ambil. Selain itu, dengan ilmu yang anda perolehi, anda boleh menyiapkan tugasan dengan cekap dan pantas serta dapat membuat yang terbaik dalam ujian kelak.


~PESERTA TESTIMONI 4 ~

Saya Nur Intan Farahhana Binti Zulkefli, dahulu saya menganggap yang ilmu komputer ini tidak penting. Saya tersedar saat memohon jawatan kerani di salah sebuah pasaraya. Saya hanya tidak dapat memenuhi satu syarat iaitu mempunyai pengetahuan mengenai program komputer. Saya nekad untuk mempelajari ilmu komputer kerana hampir kesemua syarikat mahupun pejabat memerlukan tenaga mahir yang boleh mengendalikan komputer dengan lancar.

Saya amat teruja mempelajari kod jari tersebut kerana ia amat mudah dan menjimatkan masa. Walaupun agak sukar pada mulanya, namun saya mencabar diri saya untuk menjadikan penggunaan kod jari sebagai kewajiban setiap kali menggunakan komputer. Pada mulanya saya juga tidak percaya yang saya boleh mempelajari kesemua program. Banyak kelebihan yang diperolehi jika kita dapat menguasai ia dengan baik.

Tidak ramai yang mengetahui penggunaan Mail Merge. Ini amat sesuai dipraktikkan di alam pekerjaaan. Selain itu, ia dapat membantu saya menyediakan surat, borang, mereka pelan, membina carta organisasi, carta pai, mengira dengan cepat dan tepat, menyediakan laporan dan pelbagai lagi. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tenaga pengajar saya, Cik Adawiah kerana berkat kesabaran beliau dalam mendidik lahirlah pelajar yang bermutu dan berkualiti tanpa didikan dan teguran beliau tidak mungkin saya akan sampai ke tahap ini.