22 November, 2011

~Testimoni Pelajar Sesi Mei - Oktober 2011 - Hanafi

Saya Mashanafi Bin Ma Hasan No Matrik SK-PP 02/5696/11 ingin menceritakan tentang testimoni perbezaan sebelum ikuti kursus dan perbezaan semasa mengikuti Kursus komputer di IPM sebelum saya mengikuti kursus di IPM secara jujur sememangnya saya langsung tidak mengetahui saya tidak tahu apa-apa tentang kegunaan komputer ini sepenuhnya tentang Aplikasi Komputer kegunaan untuk harian. Semasa saya mempelajari kelas Aplikasi Komputer. 

Pada hari pertama kelas, saya diajar menggunakan kod jari yang betul. Pada hari seterusnya, saya mempelajari tentang Microsoft Word. Banyak latihan yang diberikan oleh CA kepada saya supaya mahir dalam Microsoft Word. Selepas itu, saya diajar membuat sampul surat dan surat dengan menggunakan Mailing. Hari berikutnya, saya mempelajari tentang Microsoft Point. CA juga memberikan latihan kepada saya supaya saya boleh belajar di rumah untuk mahir lagi.
Dengan berkat tunjuk ajar tenaga pengajar saya iaitu Cik Rabiah Adawiah Binti Mohd Nasir yang telah banyak memberikan tunjuk ajar tentang kegunaan komputer sampai saya mahir semasa saya mengikuti kursus ini beliau telah mengajar kegunaan komputer contoh kegunaan komputer iaitu Kod Jari mengenali program komputer yang diperlukan semasa bekerja nanti. saya sangat berterima kasih kepada CA kerana telah menurunkan ilmu kepada saya. Saya sangat menghargai usaha beliau untuk mengajar saya sampai mahir menggunakan komputer. Selain itu, dengan semangat bersungguh-sungguh saya dapat mengetahui tentang kegunaan komputer dengan cara yang betul.

Akhir sekali, saya mempelajari tentang Microsoft Excel. Saya suka belajar Microsoft Excel ia agar senang untuk saya menguasainya. Selepas saya mempelajari tentang Aplikasi Komputer. Banyak yang saya dapat belajar dengan CA tentang asas komputer. 

Sekarang saya sudah mahir menggunakan aplikasi komputer yang diajar oleh CA. Tanpa usaha saya juga, saya tidak berjaya hingga sekarang. Selama enam bulan saya belajar di Institut Perdagangan Munshi (IPM). Saya dapat menguasai semua yang diajar oleh CA. Saya amat berterima kasih kepada CA kerana telah mengajar saya dengan bersungguh-sungguh hingga saya berjaya menguasai semua tentang Aplikasi Komputer. sekali lagi saya berterima kasih kepada CA.Yang Benar, Mashanafi Bin Ma Hasan.