Friday, November 04, 2011

~Testimoni Pelajar Sesi Mei - Oktober 2011 - Fariez

Saya Fariez Bin Mohd Danian, No Matrik : SK-PP 02/5694/11. Sebelum mengikuti kursus komputer  di IPM, saya memang tidak tahu bagaimana cara mengunakan komputer dengan betul dan cara kegunaan komputer  untuk membuat kerja. Saya sangat bersyukur kerana telah diberi peluang untuk mengikuti kursus komputer di Institut Perdagangan Munshi. Pada dahulunya saya tidak tahu apa-apa tentang kegunaan komputer. Numun begitu melihat keikhlasan dan kesungguhan tenaga pengajar, kini saya sudah pun tahu bagaimana cara penggunaan komputer dengan betul.

Selain itu juga Institut Perdagangan Munshi telah melatih saya dan rakan-rakan tentang mengunakan komputer dengan cara yang mudah dan apa yang telah saya pelajari memang mudah untuk difahami, mungkin kerana tenaga pengajar saya yang selalu menitik beratkan setiap pelajarnya membuat kerja dan selalu berada dekat dengan pelajar semasa mengajar. Dari sudut pandangan lain juga saya dapat merasakan sangat  mudah untuk melakukan segala kerja dengan cepat dan mudah.

Semasa berkursus di IPM saya telah di ajar cara menggunakan komputer dengan lebih mudah dan tenaga pengajarnya juga sangat prihatin dengan pelajar. Jadi itulah perbezaan sebelum saya mempelajari komputer dan selepas saya mempelajarinya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada CA kerana telah banyak membantu dan mengajar saya di dalam kursus komputer ini.

Selepas berkursus, saya mendapati setakat ini semua kerja yang saya lakukan mengunakan komputer memang tiada masalah. Selain itu juga saya masih dapat membuat kerja yang dilakukan dengan cepat dan tidak perlu rusing lagi seperti dahulu.