21 October, 2010

Penggunaan Komputer Dalam Bidang Pendidikan


Kepada Pelajar Sesi 03/2010 (Contoh Tajuk Tugasan Kerja Kursus)

Kini dalam era dunia sains dan teknologi yang semakin canggih, komputer mungkin mengambil alih peranan buku dalam menyimpan dan menyebarkan pengetahuan kepada orang ramai. 

Dengan kata lain komputer akan mengubah cara kita belajar dan cara kita menyimpan pengetahuan. Hal-hal yang berkaitan contohnya pendaftaran pelajar, penjadualan kelas, pemprosesan keputusan peperiksaan, penyimpanan peribadi pelajar dan guru boleh dilaksanakan oleh komputer dengan berkesan dan cepat dalam membantu pihak pentadbiran. 


Kini keputusan SPM dan STPM turut diproses oleh komputer. Di IPT juga tugas-tugas pengautomatikan pejabat, pemprosesan keputusan peperiksaan dan penyelidikan saintifik turut menggunakan komputer. 

Malah mengkatalog buku-buku di perpustakaan juga mengaplikasikan penggunaan komputer. Tidak ketinggalan diguna untuk proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja di institusi-institusi pengajian tinggi juga di sekolah-sekolah, baik untuk mengajar dengan bantuan komputer atau belajar pendidikan tentang komputer.

Oleh itu komputer kini sangat dititikberatkan dalam bidang pendidikan untuk menbantu dalam proses pentadbiran, penyelidikan juga apa yang penting ialah memudahkan serta membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

[Dipetk dari : Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Kerian]