Sunday, July 22, 2012

Minda Perlu diberikan Makanan.. Percayakah anda?

Tentu anda sebagai pelajar ingin meningkatkan tahap ingatan anda semasa berkursus di IPM. Anda juga dikatakan bakal pekerja. Apabila anda mempelajari komputer tentu sekali banyak FORMAT dan FORMULA digunakan untuk memudahkan operasi di dalam penggunaan komputer. Sebagai Tenaga Pengajar komputer yang berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar saya mengamalkan pemakanan untuk minda bagi mengelakkan fikiran serabut, tak tenteram dan takde mood. 

Antara lain kuat bekerja, memerlukan kesabaran, kelam kabut, takut, banyak kerja, serta suasana kerja yang tidak memberangsangkan (ragam pelajar) boleh memberi tekanan serta mempengaruhi prestasi kerja. Untuk menjadi pekerja yang dedikasi selalunya berada pada tahap seimbang dari aspek fizikal, mental, emosi dan spiritual.  

Ramai yang berkata perlu ke pemakanan minda?? jawab saya memang PERLU. Kerana masalah yang paling kerap dialami oleh para pelajar ialah lupa, kurang tumpuan, lembam, malas, jemu dan bosan, letih, murung, hiperaktif dan sebagainya. Bebanan pelajaran boleh menyebabkan berlakunya stres dan migrain di kalangan pelajar. Persekitaran seperti sekolah, guru, rakan, keluarga dan tanggungjawab sebagai pelajar memberi kesan yang lebih terhadap psikologi mereka.

Pada fasa inilah juga para pelajar kerap berhadapan dengan ujian bulanan dan akan datang Peperiksaan Akhir IPM untuk subjek-subjek yang ada. Para pelajar memerlukan makanan Tambahan untuk otak yang berfungsi untukmenguatkan lagi daya ingatan, menambah tenaga mental, mencerdaskan serta mendatangkan ketenangan.



Sebenarnya Otak akan menggunakan tenaga yang banyak apabila melakukan kerja-kerja yang berat seperti berfikir, mengingat, membuat analisa, merangka strategi dan sebagainya. Berikut merupakan simptom-simptom yang menunjukkan otak yang memerlukan tenaga tambahan :-

  • Perasaan gementar, cemas dan bimbang
  • Lemah daya ingatan dan rasa malas
  • Selalu letih dan tidak bertenaga
  • Sering diganggu kesedihan tidak menentu
  • Serabut fikiran dan kelesuan otak
  • Bersifat pesimis dan negatif
  • Kurang keyakinan diri
  • Mudah lupa dan rasa jemu
  • Kurang daya tumpuan

Tenaga otak boleh dirangsangkan melalui rangsangan minda, rehat yang secukupnya dan makanan yang berkhasiat. Saya telah mengesyorkan kepada seorang pelajar Komputer Tunggal, Noor Afisah Bt Md Taib yang telah mengamalkan Mega-3. 

Ternyata semasa Ujian komputer 3 program beliau dapat menjawab soalan dengan mudah dan mengikut Format Ujian. Sebelum mengamalkan Mega-3 pelajar ini agak sukar menerima pelajaran yang baru, tidak kreatif dan sukar memahami apa yang telah diajarkan walaupun berulang kali diterangkan. Tetapi setelah mengamalkan ternyata ada peningkatan yang ketara.

Sebelum itu, mari kita mengetahui apa itu Mega-3? Produk ini khusus menggunakan Ikan Tenggiri Biru dari Lautan Artik ini mempunyai kadar DHA yang tinggi jika dibandingkan dengan ikan-ikan laut yang lain. 

Keunggulan produk ini :-

*Mengandungi kadar mineral yang tinggi * Mengandungi protin yang berkualiti * Lebih mudah diserap oleh badan * Amat sesuai dijadikan amalan oleh ibu mengandung untuk kecerdasan minda bayi yang dikandung *Sesuai dari peringkat bayi hingga dewasa untuk pemakanan kesihatan * Meningkatkan daya kesuburan lelaki dan perempuan *Mengatasi masalah kardiovaskular

Jadikan Mega-3 sebagai salah satu makanan tambahan (food supplement) harian untuk membantu mengurangkan stres dan kelesuan, serta meningkatkan keupayaan tenaga mental anda. Saya sebagai tenaga pengajar telah mencubanya anda bila lagi? 

PENTING! Bukan untuk mempromosikan produk tetapi ingin membantu pelajar yang lemah dan apa produk yang sesuai serta terbukti membantu di dalam pembelajaran anda. Masa depan anda, anda tentukan...

Thursday, June 21, 2012

Cetek Terhadap Ilmu Komputer

~PESERTA TESTIMONI 5 ~

Saya Nur Amira Mat Isa, sebelum saya mengikuti kursus di IPM saya tidak berapa mengambil berat tentang penggunaan komputer di tempat kerja dan keperluannya di alam pekerjaan pada masa kini. Saya juga kurang meminati bidang pengkomputeran ini kerana merasa ia satu subjek berat yang amat sukar untuk di pelajari. Semasa menjalani kursus di Institut Perdagangan Munshi saya dapat banyak pengalaman dan pelajaran baru. Saya amat meminati kursus yang diterapkan untuk mendalami lagi pembelajaran mengenai kursus yang ditawarkan.

Dengan memasuki IPM saya dapat pelajari pelbagai program kursus komputer yang sebelum ini saya tidak pelajari secara terperinci. Di IPM semuanya di ajar secara satu-persatu dan amat mudah untuk difahami dengan adanya Buku Nota dan Buku Rujukan komputer setiap program juga dapat membantu saya memahami dengan lebih mendalam lagi. Guru Komputer Cik Adawiah banyak membantu saya dalam meneruskan pembelajaran saya ini. Diakhir pembelajaran saya di Institut Perdagangan Munshi kini saya dapat menguasai program komputer dengan baik berbanding sebelum ini.

~PESERTA TESTIMONI 6 ~

Saya Shafiqah Shaqira Anuar, Sebelum kusus ilmu saya amat cetek terhadap komputer. Saya memang tidak tahu apa-apa langsung terhadap komputer apatah lagi untuk membuat sampul surat, surat dan membuat slaid presentation. saya hanya tahu Facebook dan Game. Pengetahuan saya terhadap komputer memang  terlalu cetak sehingga saya tidak ambil tahu kisah komputer. Bila menekan saya  huruf saya hanya menggunakan dua jari untuk menaip di skrin komputer terfikir bagaimana cara cepat dan mudah menggunakannya.

Dengan adanya ilmu yang dipelajari di sini semasa berkursus saya mempraktikkan kepantasan menggunakan kod jari. Walaupun pada mula-mulanya saya amat tertekan untuk menerima ilmu tetapi saya cuba sedaya upaya saya untuk mempelajarinya.  kini saya lebih suka terhadap komputer. Kini saya tahu cara untuk buat data sampul surat dan sebagainya. Sepanjang kursus saya dapat mempelajari ketiga-tiga program komputer MS Word, MS Power Point dan MS Excel.

Saya cuba sedaya upaya saya untuk mendapat ketiga-tiga program komputer.Terima kasih terhadap tenaga pengajar yang banyak mengajar saya. Segala ilmu yang diberi saya akan gunakan sebaik-baiknya.Terima kasih juga kepada kawan-kawan saya yang banyak memberi tujuk ajar kepada saya dan penjaga saya yang banyak memberi sokongan dan nasihat  jasa semua saya tidak akan lupakan.


TESTIMONI KOMPUTER SESI APRIL – SEPTEMBER 2012 (SIRI 3)

Sunday, March 25, 2012

~ Kedudukan Pelajar Kuliah Sesi November - April 2012 (K4) ~


Tahniah kepada Nur Intan Farahhana, Amirulafandi & Nur Amira berjaya mendapat tempat teratas di dalam kuliah anda. 

Akan Datang : Nantikan kedudukan terkini Ujian Kali Kedua tidak lama lagi

Saturday, February 04, 2012

Testimoni Aplikasi Komputer Sesi Julai - Dis'11 - Siri (3)




Testimoni Aplikasi Komputer Sesi Julai - Dis'11 - Siri (2)



Testimoni Aplikasi Komputer Sesi Julai - Dis'11 - Siri (1)




Thursday, December 15, 2011

~Testimoni Pelajar Sesi Mei - Oktober 2011 - Fadhli

Saya Fadhli Bin Suhaimi, No Matrik : SK-KS 02/5703/11. Sebelum saya memasuki kelas komputer Institut Perdagangan Munshi, saya menyangkakan cara pengajaran dan pembelajaran adalah seperti kebiasaan di tempat-tempat yang lain. Saya juga menyangka bahawa tenaga pengajarnya hanya memberi tunjuk ajar tanpa penelitian secara individu. 

Ternyata setelah saya memasuki Kelas Komputer Institut Perdagangan Munshi,  sangkaan saya sama sekali tidak benar. Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas amat berlainan dari apa yang saya fikirkan. Pembelajaran di dalam kelas amat menarik dan menyeronokkan. Tenaga pengajar memfokuskan tunjuk ajar di dalam kelas secara berkumpulan dan juga individu. 

Formula dan juga gerak kerja yang diajarkan oleh tenaga pengajar kelas komputer Institut Perdagangan Munshi, Cik Adawiah Binti Md Nasir boleh dikatakan sempurna, tersusun dan menepati kriteria yang diperlukan untuk melatih pelajar melakukan kerja menggunakan aplikasi yang diajarkan secara pantas dan teratur. Kewujudan buku rujukan setiap aplikasi untuk pelajar seperti Buku rujukan Microsoft Office Words, Microsoft Office Power Point, Microsoft Office Excel yang dicipta oleh beliau banyak membantu saya dalam melakukan tugasan di dalam kelas mahupun di luar kelas. Oleh itu, saya amat berpuas hati dengan penyampaian tenaga pengajar dan pembelajaran di dalam kelas komputer ini.

Friday, December 09, 2011

~Testimoni Pelajar Sesi Mei - Oktober 2011 - Sahidah

Saya Nor Sahidah binti Rahim, No Matrik : SK-KS 02/5704/11 dari Pontian, Johor. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya berpeluang untuk membuat satu Testimoni ini dan melaksanakan tugasan berkomputer ini dengan baik sekali. Sememangnya, pembelajaran dalam mengikuti sesi kursus berkomputer di IPM ini begitu mencabar dan memerlukan tahap kecekapan yang tinggi. 

Saya tidak memiliki kemahiran menggunakan komputer dan tidak pernah belajar komputer di tempat lain. Saya tidak mengetahui fungsi yang terdapat dalam Program Microsoft. Kaedah yang digunakan untuk menaip juga agak lambat bagi menyiapkan tugasan. Semasa kursus, awalnya, saya dapat mempelajari penggunaan kod jari dan fungsi yang terdapat pada papan kekunci untuk menaip secara cekap dan pantas. Menerusi latihan yang dibuat, saya dapat menguasai 3 Program Microsoft iaitu MS Word, MS Power Point dan MS Excel. 

Banyak perkara yang boleh diaplikasikan setelah mengetahui fungsinya, terutama dalam penggunaan “Mail-Merge”. Tambahan lagi, saya boleh menaip semua surat terutama dalam mengeluarkan surat atau sampul surat kepada penerima yang berjumlah besar. Antara lain dapat membuat kad ucapan, pelan, “Slide Show”, carta dan pelbagai pengiraan. Ia amat memudahkan kerja saya. Selepas kursus pula banyak kelebihan yang saya dapat khususnya setelah mendapat tips Peperiksaan Akhir dan masa percuma yang telah diberikan khas kepada pelajar terpilih seperti saya. 

Kami diajar secara terperinci bagi mendapat markah penuh dalam menjawab peperiksaan. Kami turut diberi keistimewaan untuk mempelajari teknik gabungan “Picture dan Wordart” untuk menghasilkan pelbagai kreativiti. Akhir kata, terima kasih kepada tenaga pengajar, Cik Adawiah binti Md Nasir kerana telah banyak mengajar saya dalam mencurahkan ilmu Aplikasi Komputer. Sesungguhnya memiliki kemahiran komputer amat penting dalam peluang kerjaya. Sekian, terima kasih.