Saturday, April 28, 2018

Ujian Bulanan Ada Peningkatan

Update : 28hb April 2018

Alhamdulillah selesai kelas pagi tadi di Kg. Padang bersama Aqilah untuk program MS Word test kepantasan menaip 10 minit rekod kali pertama (1,092) rekod kali kedua (1,200).
.

Ada peningkatan perlu lebih lagi untuk mencapai 1300 & ke atas. Selepas tu repeat ujian MS Word. Alhamdulillah ada peningkatan. Kemudian bina Resume Format yang diguna pakai sejak IPM Munshi lagi (jika upah orang buat caj 5-10 ringgit).
.
Lepas kelas dijamu lunch. Alhamdulillah kenyang sempat order lagi Kuih kacang fozen 6 peket terus uolss

.
#KelasKomputerPersonal #MSOffice #MobileClassComputer with #CikguCA

Friday, April 27, 2018

Kepantasan Menaip Diperlukan Bila Kerja Pejabat

Update : 26hb April 2018

Alhamdulillah selesai kelas pagi tadi di Taman Berjaya Permai, Kempadang bersama Najihah untuk program MS PowerPoint test kepantasan menaip 10 minit rekod kali pertama (1,040) rekod kali kedua (1,140). Ada peningkatan perlu lebih lagi untuk mencapai 1300 & ke atas.

Sesi petang pula di Damansara Hill untuk sesi kedua MS Word. Peserta ini berusia 18 tahun mempelajari komputer untuk sambung belajar untuk bahagian perubatan.

#KelasKomputerPersonal #MSOffice #MobileClassComputer with #CikguCA

Thursday, April 26, 2018

Kelas Rabu | 25042018

Update : Rabu | 25 April 2018

Alhamdulillah selesai kelas pagi tadi di Inderapura bersama Fatin untuk program MS PowerPoint ujian untuk program ini. Selain itu bina Resume untuk kerja pejabat yg diguna pakai sejak dari IPM Munshi.

Waktu belajar komputer, adik Fatin minta buat nama yang di atas kertas A4 yang digunting ditampal pada atas kadboard. Program yang sesuai dalam PowerPoint sebab program ini dapat bahagi 4 setiap satu patah perkataan berbanding program Word. Penggunaan WordArt yang perlu diimport dari MS Word seperti bab 7.


Contoh : Katakan Tidak Pada Rokok

Alhamdulillah dapat bantu adik pelajar untuk tugasan sekolah rendah. Kemahiran komputer ini sesuai bermula sekolah rendah lagi.

#KelasKomputerPersonal #MSOffice #MobileClassComputer with #CikguCA

Kelas Selasa | 24042018

Update : 24 April 2018
.
Alhamdulillah selesai kelas pagi tadi di Batu 12 bersama Syafiqah untuk program MS Excel. Hari ini mempelajari banyak bab untuk pengiraan Diskaun/GST, Formula Absalute & Formula Vlookup serta pengiraan mudah Untung/Rugi.
.
Peserta ini lebih memahami apa yang dipelajari dengan baik. Sesi petang di Kempadang bersama Syairah untuk program MS PowerPoint & Ujian MS Word.
.
#KelasKomputerPersonal #MSOffice #MobileClassComputer with #CikguCA

Wednesday, April 25, 2018

Kelas Harian Isnin | 23032018

Update : 23hb April 2018

Alhamdulillah selesai kelas pagi tadi di Sri Teruntum berjalan lancar untuk sesi ke-5 (akhir) untuk program kedua bersama Shahirah.
.
Ujian MS Excel telah berjalan dengan baik. Peserta ini begitu komited dengan apa yang dipelajari. Setiap pembelajaran bab 1 hingga 10 point² penting peserta ini dapat mengingatinya.
.
#KelasKomputerPersonal #MSOffice #MobileClassComputer with #CikguCA

Wednesday, April 11, 2018

Kelas Personal Harian Rabu | April 2018

♡♡Assalamualaikum dan selamat petang!

Hari ini sesi pagi mengajar komputer di Inderapura 23 sesi petang di Indera Mahkota 2 bersama peserta-peserta yang cikgu CA sayangi ewah hehee
.
Sebelum kelas petang tadi singgah di Benteng, Jalan Besar Gerai Nombor 16 kawan CA namanya kak ani comel manis orangnya tak lokek senyuman..
.
Pekena Miangkam utamanya daun kaduk terasa macam makan sireh (tak pernah pon makan sireh teringat arwah tok jer makan) Miangkam ni untuk awet muda like me ahaks! Tetiba perasan pulakk. Berbalik kepada Miangkam tadi first time cuba boleh tahan sedaaapp..
.
Kepada yang nak dapatkan boleh datang ke sini di Cahaya Kaseh Cafe Nombor 16 ya hok aloh senang jer hok paling hujung sambil melihat-lihat bot-bot lalu lalang gituu..


Semasa makan 


Sebelum makan


Apabila dah habes 

Monday, April 09, 2018

Kelas Harian Isnin | April 2018


Assalamualaikum semua.. Syukur kepada Allah SWT memberikan kita nikmat sihat maka oleh itu perbanyakkan amal ibadat kita. Mulakan pagi anda dengan solat subuh serta apabila matahari telah terbit solatlah dhuha 2 rakaat baru lah di sambung kerja² hakiki kita. Moga kita semua dalam lindungan-Nya.

Kelas untuk bulan April/Mei mula di buka! Boleh daftar segera ya. Terima kasih bagi yang mendaftar awal. Sekiranya kelas penuh jangan menangis di bucu katil pulak..

Tuesday, April 03, 2018

Kelas Harian April | Selasa


☆☆ Bersedekahlah ke Jalan Allah kerana satu yang perlu kita tahu setiap rezeki kita ada rezeki orang lain.
.
Hari sesi kelas di Batu 12 bersama Syafikah untuk sesi ke-9 (program kedua MS Word. Terdahulu mempelejari MS PowerPoint. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
.
Setiap peserta hanya 1 sesi sahaja setiap minggu ya.. Kenapa 1x seminggu? Kita beri peluang kepada lebih ramai mahir MS Office ya! Hari² yang tiada kelas peserta boleh ulangkaji dengan lebih mahir lagi kan.. Luv u all terutama likes komputerkuantan.com ☆☆
.
Psst! Rasa Tak Penting Belajar Komputer

√ Dulu rasa tak penting pon tiada Sijil Kemahiran kan ?
√ Pergi temuduga orang tanya mahir Microsoft ?
√ Pergi cari kerja orang tanya Mahir MS Excel ?
√ Dah kerja pejabat bos suruh create database & nak lihat laporan guna MS Access?
.
See more ⇨ https://goo.gl/BquVtk ..
.
Dah lihat link? Adakah sama apa yang anda inginkan? Bertindak segera ya!