01 April, 2017

Servis Mengajar Ke Pejabat

☆☆Alhamdulillah kelas personal bersama peserta Fara di Wisma Sri Pahang. Sebelum ini peserta ini mecari iklan di Google. Fara minta tunjuk ajar ku sifu untuk program Word. Peserta ini buat bayaran pada hari Khamis Jumaat pagi dah mula kelas. Fast Action, Fast Result kan.

⇨ Alhamdulillah dapat bantu pekerja nak buat surat, memo, surat-surat rasmi, bina surat yg dah ada letterhead original jabatan.. Selain itu bntu Create Folder untuk setting ikut jenis beratus-ratus dokumen.. Katanya banyak guna MS Word..

⇨ Peserta ini gembira dengan adanya kelas personal seperti ini yang dapat mengajar terus ke skrin komputer. Nampak bersemangat peserta ini menguasai program Word. Sebagai guru saya juga happy!

⇨Semalam sambungan sedikit lagi ulangkaji apa yang telah dipelajari mengikut tugasa jabatan yang di minta. Syukur alhamdulillah dapat membantu pekerja mempercepatkan tugasan mereka.
.
⇨ Terima kasih juga peserta ini belanja makan lepas tu..aishh malu laa pulak he..he.. Sempat kami berselfie 1 kali. Cantik, comel & ceria peserta ini maklumlah bekas model you..

⇨ Sempat juga berkongsi tips bagaimana nak dapatkan suasana pejabat yang ceria dengan mencuba Garam Terapi isi dalam botol & sedikit air isi di kawasan pejabat. Peserta ini berminat mencuba mandian terapi untuk menghilangkan penat bekerja di pejabat. Maklumat lanjut mengenai mandian terapi www.nurhimalayansalt.com.

#CAAdawiah #GuruMsOffice #ServisMengajarKomputer