Sunday, December 18, 2016

Pengiran GST 6% (MS Access)



Buka program MS Access ⇛ pilih Blank Database ⇛ diruang kanan File Name : taipkan Nama Fail : [3. Alatan Pejabat] ⇛ Open pilih Folder ⇛ Ok klik Create. Untuk menambah Field Name klik pada icon Design View (lihat contoh). Paparan Save As terpapar taipkan Nama Fail [Peralatan] ⇛ Ok. Paparan Design View terpapar masukkan Field Name & Data Type seperti latihan.

Komputer ID  (AutoNumber), Tarikh (Date/Time), Format asal adalah Short Date tukar kepada Medium Date, Pengeluar (Text), Kod Siri (Number), Keterangan (Text), Harga (Currency : Auto).

NOTA : Jika anda menaip 7458 data akan berubah kepada $7,458.00 (Currency/2). Jika tarikh taipkan bulan dahulu diikuti hari & tahun : 7/6/2004 data akan berubah kepada Tuesday, 06-July-04 (Medium Date).

Nota : Untuk pengesahan yang telah dinamakan klik pada gambar Datasheet View & keluar arahan klik sahaja Yes. Tanda pengesahan rekod data disimpan. Taip semua rekod pada halaman seterusnya dahulu.

➤ Perubahan pada Home (A) Untuk Latihan Ini :
⇒Font & Font Size (Comic San MS & 10)
⇒Ketinggian 18” (Row Height)
⇒Kod Siri (Ascending)
⇒Komputer ID  (Unhide Columns)

➤ Perubahan (B) Untuk Latihan Ini : Ubah warna background asal kepada pilihan klik pada Text Formatting pilih Background Color (bebas) & Alternate Row Color (bebas) tambah Totals.   

➤ Perubahan (C) Untuk Latihan Ini : Untuk bab Query anda terus sahaja membina Langkah demi Langkah sebelum memasukkan data di dalam datasheet seperti Table.

Klik pada Create ⇛Simple Query Wizard ⇛ 1) Simple Query Wizard ⇛ Ok. 2) Di dalam Available Fields klik anak panah >> (masukkan kesemua) keluarkan Komputer ID ⇛ Next 3) Detail ⇛ Next 4) & Klik Finish. Hanya rekod sahaja dimasukan terpapar di dalam Query.


➤ Perubahan (D) Untuk Latihan Ini : Untuk penambahan GST 6% klik pada Home ⇛ Design View. Gerakkan mouse di kekotak kosong sebelah Harga taip : GST: [harga]*0.06+[Harga] dan tandakan R. Paparan seperti di bawah. Untuk tukar Format Currency, Isikan pointer di hadapan perkataan GST, klik Property Sheet, cari perkataan Format pilih Currency terus klik Run.



➤ Perubahan (E) Untuk Latihan Ini : Untuk dapatkan Total baru selepas GST klik Home ⇛ Totals. Gerakkan mouse pada Total GST pilih SUM.



Selamat mencuba!

Untuk mengikuti Mobile Class / Online Class Ms Office bersama admin aka Cikgu Adawiah boleh WhatsApp ke 011-1337 6462. Layari Facebook Kami Rahsia Mahir Kerja Pejabat & sudi-sudilah klik LIKE ya!