26 September, 2014

Markah Ujian Bulanan September 2014 (K3/14)

Terima kasih kepada pelajar sesi ini telah berjaya meningkatkan tahap kemahiran semasa berkursus di Institut Perdagangan Munshi, Kuantan. Berikut Carta bagi sesi bulan September 2014. Akan datang akan diadakan Ujian Bulanan Akhir pada bulan Oktober 2014 sekitar akhir Oktober 2014 (tarikh belum dipastikan). Rebutlah peluang semasa berkursus mempelajari TIGA program yang amat diperlukan semasa bekerja/alam praktikal kelak. 

Tidak rugi anda mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk menambah ILMU kemahiran anda. Pilihan Majikan adalah program MS Office (MS Excel). Pihak Institut hanya memberi percuma untuk DUA program sahaja semasa kursus. Program Excel tidak disediakan ini untuk melihat kesungguhan pelatih mempelajari program MS Excel. 

Pelajar yang berjaya mempelajari 3 program LAYAK meengikuti pembelajaran bagi program MS Access. Hanya yang CEMERLANG sahaja layak mempelajari program istimewa ini. Syabas bagi yang berjaya ikuti program ini. Bagi yang berjaya menamatkan 4 program dengan jayanya pihak Institut mengeluarkan Sijil Penghargaan kepada pelatih tersebut berkat kesungguhan memepelajari kesemua program yang terdapat di IPM.



Sekiranya pelajar mempunyai akaun Facebook sudilah kiranya menekan button LIKE bagi page Munshi Komputer.