28 November, 2012

~ Tugasan Akhir Terpilih : MS Excel ~

Saya Amirulafanddi Bin Zainuddin. Sebelum saya mempelajari kemahiran Aplikasi Komputer, kemahiran saya berkaitan dengan komputer amat cetek sekali walaupun semasa berada di bangku sekolah saya telah mengambil matapelajaran Teknologi Maklumat. Di IPM, segala pengetahuan dalam program MS Word, Power Point, dan Excel telah saya pelajari. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Cik Adawiah kerana beliau banyak membantu saya dalam mendalami ilmu komputer. Setelah mempelajari kemahiran Aplikasi Komputer, saya telah dapat memahirkan diri saya dalam menyiapkan tugasan yang diberi sama ada dalam program Microsoft Word, Power Point atau Excel. 

Dengan ini, suka saya ingatkan diri saya dan juga rakan-rakan di IPM supaya memahirkan diri dalam program Aplikasi Komputer kerana persaingan di luar untuk mendapatkan pekerjaan sangat sengit. Oleh itu, tidak rugi anda semua mempelajari ilmu kemahiran Aplikasi Komputer di IPM ini kerana dengan ilmu tersebut, peluang anda untuk mendapatkan pekerjaan begitu mudah selain dapat meningkatkan kemahiran diri dalam program yang anda ambil. Selain itu, dengan ilmu yang anda perolehi, anda boleh menyiapkan tugasan dengan cekap dan pantas serta dapat membuat yang terbaik dalam ujian kelak.



Gambar di atas : Format untuk mendapatkan Carta di sebelah.

Gambar di atas : Format pengiraan di dalam MS Excel