08 November, 2012

Samsung perkenalkan PC pintar


SAMSUNG memperkenalkan komputer peribadi (PC) ATIV Smart PC yang digerakkan sistem operasi terkini, Windows 8 dan pemprosesan Intel Core i5 generasi ketiga. 

Digelar PC pintar, ATIV Smart menggabungkan kuasa pemprosesan yang terdapat pada PC, dan pada masa sama menawarkan kemudahan sama seperti peranti mudah alih. 


Model ini juga dilengkapi sistem ‘docking’ papan kekunci boleh dipisahkan yang membolehkan pengguna beralih penggunaan daripada komputer notebook kepada fungsi tablet. Ia juga didatangkan dengan skrin definisi tinggi (HD) 11.6 inci dalam dua varian. ATIV Smart PC menggunakan prosesor Intel Atom Z2760 dengan penyimpanan 64GB SSD ditawarkan pada harga runcit RM2,499 seunit, manakala ATIV Smart PC Pro digerakkan prosesor Intel Core i5 3317U generasi ketiga dengan penyimpanan 128GB SSD dijual pada harga RM3,599 seunit. 

Kedua-duanya turut disertakan S Pen untuk memudahkan lagi pengalaman menggunakan komputer mudah alih, manakala versi profesional ditanam dengan Trusted Platform Module (TPM) bagi meningkatkan keselamatan perisian. 

ATIV Smart PC 
− Dilengkapi sistem 'docking' papan kekunci boleh dipisahkan − Didatangkan dengan skrin definisi tinggi (HD) 11.6 inci dalam dua varian. 
− Menggunakan prosesor Intel Atom Z2760 dengan penyimpanan 64GB SSD