08 November, 2012

Aplikasi lampu kecemasan


 Adakah anda selalu mengalami masalah mencari lampu suluh ketika ketiadaan elektrik atau di dalam keadaan yang gelap. Pasti suasana kegelapan tidak begitu menyenangkan bagi anda. 

Namun dek kerana teknologi semakin canggih, semuanya senang dan berada di dalam tangan. Jika anda mempunyai telefon pintar atau android, anda boleh memanfaatkan aplikasi Flashlight.

Aplikasi ini memang memiliki fungsi yang sangat sederhana, sebagai lampu kecemasan ketika gelap. Namun, fungsi tersebut tentu saja sangat membosankan kerana ia sama seperti lampu suluh biasa. 

Untuk menjadikannya lebih menarik, aplikasi ini hadir dengan fungsi yang pelbagai. Pihak pembangun aplikasi ini menyediakan berbagai pilihan jenis lampu penerang yang boleh digunakan.

Terdapat sembilan pilihan lampu yang berlainan warna dan fungsi. Dari lampu penerang yang menggunakan LED ataupun memanfaatkan skrin telefon.

Flashlight
− Terdapat sembilan pilihan lampu yang berlainan warna dan fungsi