04 September, 2012

Kaedah Pembelajaran Komputer Lain Dari Yang Lain


Peserta Testimoni : Saya Anis Zafirah Binti Ahmad Zalpi, Alhamdulilah saya berjaya menamatkan pengajian komputer Di IPM dengan jayanya. Sebelum ini saya pernah mengikuti pengajian di tempat lain tapi nasib tidak menyelebelahi saya. Saya tidak berputus asa lalu saya menyambung pembelajaran di IPM. Setelah saya mempelajari format komputer yang pada mulanya agak sukar tapi lama kelamaan menjadi mudah. 

Apa yang telah saya pelajari di IPM bukan sekadar yang diperlukan oleh majikan tetapi memudahkan urusan seharian seperti menaip surat untuk temuduga dll. Saya telah didedahkan mempelajari dan mengetahui kemahiran penggunaan komputer secara individu. Semasa berkursus saya telah mempraktikkan panduan, tips serta teknik-teknik kemahiran yang diperlukan dalam komputer.

Justeru itu, saya diajarkan menggunakan program Microsoft Word. Cara-cara untuk meletakkan gambar, jadual dalam dokumen. Di samping itu, saya diajar langkah-langkah untuk membuat sampul surat dan surat dengan kaedah Mail Merge. di IPM saya telah di ajar menggunakan langkah yang mudah, cepat dan dapat dilihat walaupun berulang kali. Melalui program Microsoft Power Point, saya telah mempelajari sesuatu yang baru iaitu membuat persembahan dengan diiringi lagu kegemaran sendiri. Selain itu, saya turut diajarkan cara-cara untuk membuat carta organisasi termasuklah organisasi kecil, sederhana dan besar. Walau bagaimanapun, saya telah mengambil keputusan untuk mengambil program Microsoft Excel. 

Justeru itu, saya telah belajar bagaimana untuk mengisi data dengan membina graf, carta dan kolum. Perkara yang tidak boleh dilupakan adalah mengingati formula yang ada. Pada mulanya, saya berazam untuk mengambil program Microsoft Access. Tetapi malangnya, masa sudah terlalu terhad untuk mempelajari. Insya-Allah saya akan mempelajari di IPM di suatu masa nanti kerana saya amat meminati subjek komputer dan jika boleh saya mahu mengkaji keseluruhan mengenai komputer pada masa hadapan.