Friday, April 12, 2013

Hanya Mengetahui Penggunaan Komputer Untuk Games & Laman Sosial


Peserta Testimoni : Saya Nurul Atiqah Binti Fadhil, sebelum saya menjalani kursus komputer di IPM, saya pernah belajar sebelum ini di sekolah agama tetapi tidak secara terperinci kerana ia tidak menekankan untuk pelajari komputer dan tidak cukup masa di dalam kelas komputer. Sebelum ini pengetahuan saya dalam menggunakan kemahiran komputer sangat cetek dan tidak banyak dipelajari di dalam MS Office ini. Apa yang selalu saya guna hanyalah permainan komputer serta melayari Internet. 

Jika ada tugasan mengenai komputer saya akan serahkan kepada rakan-rakan atau kepada adik beradik yang lain. Banyak yang telah saya pelajari antaranya cara untuk membina Letterhead organisasi atau syarikat-syarikat, cara untuk mencetak terus di atas sampul surat untuk urusan pejabat yang banyak tanpa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan. Ini kerana saya telah didedahkan penggunaan yang mudah, cepat serta praktikal. 

Untuk program MS Power Point saya di ajar cara menggunakan slideshow, audio dan juga video. Program ini boleh membuat pelan atau peta dan boleh mengedit gambar untuk lebih cantik dan menarik. Alhamdullilah dengan adanya IPM saya dapat membuat kerja kursus komputer dengan jayanya yang telah diamanahkan untuk saya. Semasa menjalani kursus komputer di IPM saya berpuas hati dengan cara tenaga pengajar komputer saya iaitu Cik Adawiah cara beliau mengajar telah banyak memberi kemahiran kepada saya terutama penggunaan yang terdapat di dalam program MS Word, MS Power Point dan juga MS Excel dengan penuh dedikasi serta memberi keyakinan kepada saya untuk mendalami dengan baik sekali. 

Saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya mempelajari komputer di Institut Perdagangan Munshi. Saya akan menggunakan ilmu yang saya pelajari ini untuk masa akan datang dan sampai bila-bila. Program yang saya pelajari daripada tenaga pengajar komputer saya ini akan saya sampaikan kepada rakan-rakan terdekat. Progam yang saya pelajari ini mempunyai banyak kelebihan kepada saya untuk membuat perniagaan di masa akan datang.