Tuesday, September 04, 2012

Dari "0" Mahir Dalam Tempoh Yang Singkat


Peserta Testimoni : Saya Nurul Amira Binti Bahaznan, sebelum ini saya tidak mengetahui apa-apa mengenai komputer dan mengimbas kembali pembelajaran saya untuk subjek komputer amatlah sukar pada mulanya, secara jujur sememangnya saya langsung tidak mengetahui sepenuhnya tentang penggunaan komputer dalam urusan seharian. Bagi saya komputer hanya untuk bermain permainan alam maya. Saya tidak pernah mengetahui kepentingan komputer dalam penggunaan harian dan tugasan sehinggalah saya belajar di IPM. 

Setelah saya mempelajarinya barulah saya tahu betapa pentingnya kemahiran Aplikasi Komputer di alam pekerjaan. Saya bersyukur kerana dapat mempelajari tiga program Microsoft Office. Pada Permulaannya saya diajar bagaimana menggunakan kod jari ini untuk memudahkan kita menaip dengan pantas dan mengurangkan kesalahan ejaan, kemudian saya diberikan latihan bagi memahirkan diri saya dalam penggunaan komputer bermula dari MS Word hingga MS Excel, walaupun dalam tempoh yang singkat Cik Adawiah dapat melatih saya menjadi mahir dari tidak tahu apa-apa mengenai penggunaan komputer sehingga saya mahir dalam melakukan apa sahaja tugasan yang diberikan oleh Cik Adawiah. 

Cik Adawiah telah mengajar saya pelbagai cara dan skill yang betul, mudah dan cepat. Apa yang dipelajari di Institut Perdagangan Munshi tidak mungkin dapat dipelajari di tempat lain. Banyak yang telah saya pelajari dari Cik Adawiah mengenai Aplikasi Komputer dan saya amat berterima kasih kerana beliau telah mengajar saya mengenai Aplikasi Komputer penggunaan pejabat. Selepas saya menjalani ketiga-tiga aplikasi computer ini terasa ilmu saya makin bertambah walaupun lambat untuk memahami semua fungsi-fungsi yang berlainan. 

Setiap aplikasi memainkan peranan penting untuk menjalani sebagai seorang pekerja yang cekap. Pada zaman sekarang kebanyakkan organisasi samada swasta mahupun kerajaan memerlukan tenaga kerja yang mahir dalam penggunaan komputer. Selepas tamat menjalani kursus di IPM saya kini yakin untuk menjadi seorang pekerja yang sempurna bagi majikan saya kelak.