01 September, 2012

Berpendapat Tak Perlu Belajar Komputer


Peserta Testimoni : Saya Nur Izwah Binti Sharipuddin, sebelum ini saya pernah belajar Aplikasi Komputer di tempat lain seperti di sekolah dan juga di politeknik. Tetapi saya tidak mahir kerana pada pendapat saya ia tidak penting dan saya hanya menggunakan komputer untuk tujuan bermain game dan juga berinteraksi di laman sesawang seperti Facebook. 

Apabila saya ingin menulis surat dan juga membuat sesuatu menggunakan Aplikasi Komputer, saya hanya mengikut suka sahaja melakukannya tanpa mengetahui tekniknya betul atau salah. Sebelum ini juga apabila menaip sesuatu, saya hanya menggunakan beberapa jari sahaja dan menyebabkan tugasan yang saya lakukan memakan masa yang agak lama. 

Saya juga tidak pandai untuk menambah sesuatu kepada tugasan yang saya lakukan suoaya kelihatan lebih cantik contohnya menambahkan Page Border. Setelah mempelajari Aplikasi Komputer di IPM, banyak ilmu yang saya dapat. Antaranya ialah bagaimana untuk membuat surat yang sama kepada lebih seorang individu tanpa perlu memadam data penerimanya berulang kali iaitu penggunaan Mail Merge. Ia juga boleh digunakan untuk membuat sampul surat. Walaupun pada permulaanya saya sukar untuk melakukannya namun dengan latihan dan bimbingan yang diberikan oleh Cik Adawiah selaku tenaga pengajar Aplikasi Komputer saya dapat juga melakukannya. 

Saya juga belajar untuk membina Letterhead yang mana ia amat penting untuk sesebuah syarikat atau organisasi menggunakannya supaya setiap surat atau borang yang dibina mempunyai lambang atau maklumat mengenai organisasi tersebut. Saya amat berminat belajar melakar pelan dalam program Microsoft Power Point. 

Sebelum mempelajarinya saya hanya fikirkan ianya susah, namun setelah mempelajarinya saya merasa seronok dan ingin melakukannya sebaik mungkin. Dengan mempelajari teknik melakar pelan, kita boleh membuat bermacam-macam perkara contonhya kad kahwin dan juga mempromosi kedai atau perniagaan baru. Saya juga mempelajari bermacam-macam lagi seperti membuat memo, carta, slide show dan yang paling penting penggunaan kod jari untuk mempercepatkan sebarang tugasan menggunakan Aplikasi Komputer. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Adawiah kerana memberi tunjuk ajar dan dorongan sepanjang kursus.