Tuesday, July 24, 2012

Bermula dengan "0" Penggunaan Komputer

Saya Noor  Fatihah Binti Hussen, di sini saya berpeluang untuk membuat sedikit coretan sepanjang mengikuti kelas komputer. Mungkin selama ini saya tidak tahu tentang kegunaan komputer dan mungkin juga saya terlalu mengabaikan kegunaan komputer. Semasa di bangku sekolah saya telah mengambil kursus asas komputer tetapi jangka masa itu hanya 1 hari tidak cukup masa untuk mempelajarinya.

Semasa mengikuti kursus komputer saya telah diajar dengan asas kod jari yang saya tidak tahu selama ini tentang kod jari sehinggalah saya masuk IPM ini di sinilah permulaan saya belajar komputer. Banyak ilmu yang telah disampaikan oleh tenaga pengajar saya iaitu Cik Adawiah yang tidak pernah putus-putus mengajar saya dan rakan-rakan yang lain untuk menyampaikan ilmu kemahiran kepada kami. Dengan ilmu yang disampaikan oleh tenaga pengajar akan saya gunakan dan memanfaatnya sebaik mungkin. Sekarang saya mempunyai ilmu di dalam kegunaan komputer mungkin sebelum masuk saya ‘0’ tentang komputer. Setelah tamat kursus ini saya akan menjalani pratikal dan berkerja saya akan membawa nama baik IPM di mana-mana saya berada. Disinilah permulaan saya untuk masa depan saya dan akan menempuhi alam kerja bagi membantu meringankan beban ibu bapa saya. Semoga dengan ilmu yang ada pada saya akan saya gunakan dengan sebaik mungkin.
=========================================

Saya Noren Norfauziah Ramli pelajar K4/11 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Adawiah yang telah banyak mengajar saya tentang kemahiran komputer. Saya juga ingin memohon maaf andai saya ada buat salah sepanjang berkursus. Sebelum saya ikuti kelas komputer, saya tidak tahu banyak perkara berkaitan komputer contohnya membuat sampul surat, membina borang dll.

Tetapi setelah saya mempelajari di IPM saya tahu bagaimana untuk membuat/membina langkah demi langkah bagi surat & sampul surat/memo/invois/borang. Antara lain, saya juga mengetahui tentang MS Word dan MS Power Point yang diperlukan untuk memasuki alam pekerjaan kelak. Setelah mempelajarinya baru saya tahu betapa pentingnya penggunaan kemahiran komputer pada masa kini.



PESERTA KOMPUTER SESI APRIL – SEPTEMBER 2012