21 June, 2012

Cetek Terhadap Ilmu Komputer

~PESERTA TESTIMONI 5 ~

Saya Nur Amira Mat Isa, sebelum saya mengikuti kursus di IPM saya tidak berapa mengambil berat tentang penggunaan komputer di tempat kerja dan keperluannya di alam pekerjaan pada masa kini. Saya juga kurang meminati bidang pengkomputeran ini kerana merasa ia satu subjek berat yang amat sukar untuk di pelajari. Semasa menjalani kursus di Institut Perdagangan Munshi saya dapat banyak pengalaman dan pelajaran baru. Saya amat meminati kursus yang diterapkan untuk mendalami lagi pembelajaran mengenai kursus yang ditawarkan.

Dengan memasuki IPM saya dapat pelajari pelbagai program kursus komputer yang sebelum ini saya tidak pelajari secara terperinci. Di IPM semuanya di ajar secara satu-persatu dan amat mudah untuk difahami dengan adanya Buku Nota dan Buku Rujukan komputer setiap program juga dapat membantu saya memahami dengan lebih mendalam lagi. Guru Komputer Cik Adawiah banyak membantu saya dalam meneruskan pembelajaran saya ini. Diakhir pembelajaran saya di Institut Perdagangan Munshi kini saya dapat menguasai program komputer dengan baik berbanding sebelum ini.

~PESERTA TESTIMONI 6 ~

Saya Shafiqah Shaqira Anuar, Sebelum kusus ilmu saya amat cetek terhadap komputer. Saya memang tidak tahu apa-apa langsung terhadap komputer apatah lagi untuk membuat sampul surat, surat dan membuat slaid presentation. saya hanya tahu Facebook dan Game. Pengetahuan saya terhadap komputer memang  terlalu cetak sehingga saya tidak ambil tahu kisah komputer. Bila menekan saya  huruf saya hanya menggunakan dua jari untuk menaip di skrin komputer terfikir bagaimana cara cepat dan mudah menggunakannya.

Dengan adanya ilmu yang dipelajari di sini semasa berkursus saya mempraktikkan kepantasan menggunakan kod jari. Walaupun pada mula-mulanya saya amat tertekan untuk menerima ilmu tetapi saya cuba sedaya upaya saya untuk mempelajarinya.  kini saya lebih suka terhadap komputer. Kini saya tahu cara untuk buat data sampul surat dan sebagainya. Sepanjang kursus saya dapat mempelajari ketiga-tiga program komputer MS Word, MS Power Point dan MS Excel.

Saya cuba sedaya upaya saya untuk mendapat ketiga-tiga program komputer.Terima kasih terhadap tenaga pengajar yang banyak mengajar saya. Segala ilmu yang diberi saya akan gunakan sebaik-baiknya.Terima kasih juga kepada kawan-kawan saya yang banyak memberi tujuk ajar kepada saya dan penjaga saya yang banyak memberi sokongan dan nasihat  jasa semua saya tidak akan lupakan.


TESTIMONI KOMPUTER SESI APRIL – SEPTEMBER 2012 (SIRI 3)