Thursday, December 15, 2011

~Testimoni Pelajar Sesi Mei - Oktober 2011 - Fadhli

Saya Fadhli Bin Suhaimi, No Matrik : SK-KS 02/5703/11. Sebelum saya memasuki kelas komputer Institut Perdagangan Munshi, saya menyangkakan cara pengajaran dan pembelajaran adalah seperti kebiasaan di tempat-tempat yang lain. Saya juga menyangka bahawa tenaga pengajarnya hanya memberi tunjuk ajar tanpa penelitian secara individu. 

Ternyata setelah saya memasuki Kelas Komputer Institut Perdagangan Munshi,  sangkaan saya sama sekali tidak benar. Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas amat berlainan dari apa yang saya fikirkan. Pembelajaran di dalam kelas amat menarik dan menyeronokkan. Tenaga pengajar memfokuskan tunjuk ajar di dalam kelas secara berkumpulan dan juga individu. 

Formula dan juga gerak kerja yang diajarkan oleh tenaga pengajar kelas komputer Institut Perdagangan Munshi, Cik Adawiah Binti Md Nasir boleh dikatakan sempurna, tersusun dan menepati kriteria yang diperlukan untuk melatih pelajar melakukan kerja menggunakan aplikasi yang diajarkan secara pantas dan teratur. Kewujudan buku rujukan setiap aplikasi untuk pelajar seperti Buku rujukan Microsoft Office Words, Microsoft Office Power Point, Microsoft Office Excel yang dicipta oleh beliau banyak membantu saya dalam melakukan tugasan di dalam kelas mahupun di luar kelas. Oleh itu, saya amat berpuas hati dengan penyampaian tenaga pengajar dan pembelajaran di dalam kelas komputer ini.