04 November, 2011

~Testimoni Pelajar Sesi Mei - Oktober 2011 - Nadia

Saya Nurul Zainadia Binti Mohd Zaidi. No Matrik SK-PP 02/5698/11. Sebelum saya mengikuti kursus komputer di Institut Perdagangan Munshi (IPM), saya tidak mengetahui langsung untuk menggunakan komputer dengan baik dan menggangap tiada apa-apa yang penting untuk seseorang itu mengetahui kepentingan komputer dalam diri seseorang. Semasa saya belajar di Institut Perdagangan Munshi (IPM). 

Saya diajar cara dan pentingnya kegunaan Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Microsoft Excel dalam diri seseorang. Setiap ketiga-tiga bahagian ini mempunyai kepentingan dan kegunaan masing-masing. Microsoft Word digunakan untuk membuat surat-surat rasmi dan sampul surat. 

Manakala, Microsoft Power Point pula digunakan untuk membuat Carta Organisasi dan Slideshow untuk membuat pembentangan tugasan anda. Microsoft Excel pula kegunaannya lebih kepada pengiraan dan memudahkan seseorang membuat pengiraan dengan cepat. 

Selepas saya mempelajari dan mahir dengan mendalam menggunakan komputer selama enam bulan saya belajar di Institut Perdagangan Munshi (IPM), barulah saya tahu bertapa pentingnya komputer ini pada setiap orang. Saya berharap agar rakan-rakan di luar sana juga dapat mempelajari komputer di Institut Perdagangan Munshi (IPM).