Monday, April 05, 2021

Tahniah! Calon Temuduga Pembantu Tadbir N19

Hari ini ramai yang WhatsApp CikguCA tanya soalan berkaitan MS Office apakah kegunaan di dalam sektor pekerjaan. So CA senaraikan di sini ya!

Untuk kegunaan kerja MS Word untuk create jadual, create column dalam dokumen/Table, Menu pesanan, borang, pamplet, Carta Line, Resume, minit mesyuarat, memo, invois, mailing untuk database, print record terus atas sampul surat, print sijil penyertaan dll amat diperlukan bila bekerja 😊😊

Program PowerPoint digunakan untuk create kad undangan untuk dihantar ke bahagian² lain contoh majlis berbuka puasa, majlis keraian di hotel @ di dewan, untuk create perbentangan (slide bergerak dgn font + gambar + bunyi yang sesuai), untuk create Carta Aliran, Carta Organisasi, Carta Bar/Area, nak create Iklan ringkas, Label kecil² untuk Office, Poster ringkas dll. Amat digunakan untuk kerja² sampingan di pejabat 😊😊

Untuk MS Excel digunakan untuk print Invoice terus ada rekod total bayaran, untuk create Carta Pie/Column, untuk kiraan penambahan GST @ penambahan % untuk sebarang kiraan, untuk pengiraan peratusan lebih dari 1, untuk cari perbezaan, untuk create gred sendiri (pencapaian pekerja), untuk akaun ringkas (Untung/Rugi), pengiraan Debit/Kredit, Kiraan Gaji Pekerja, Create kiraan gaji pekerja OT, create Kiraan Punch-Card, Setting Formula dalam bentuk teks (Formula IF And, Vlookup, Hlookup) dll. Utama diperlukan di dalam sektor pekerjaan.