Tuesday, May 08, 2018

Step by Step Presentation + Gambar Offline


Bila bekerja di pejabat tentu ada pembentangan yang akan diterangkan untuk staf supaya nampak apa yang akan diperbentangkan dalam bentuk slideshow. Jadi sebagai pekerja untuk memudahkan sesuatu penerangan gunakan MS PowerPoint untuk mempercepatkan perbentangan anda.












Membina Presentation : Untuk bab ini diterangkan langkah demi langkah ringkas untuk membina arahan yang dikenali sebagai Presentation. Mengandungi EMPAT slide sahaja. Sebelum memulakan pilih lagu selingan sebanyak 4 jenis. Lagu bebas ikut kesesuaian. 

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MASUKKAN LAGU SLIDE SHOW

A.       Sebelum memulakan sunting lagu,  klik Start di ruangan Search taipkan Nero Wave  Editor sekiranya telah ada pada Simpanan Laptop. Sekiranya tiada, perlu muat turun dari Nero.com pilih Wave  Editor.

B.       Untuk memulakan arahan edit lagu, klik Open cari lagu MP3 pilihan, selepas lagu dimasukkan klik pada Play All dengar dulu lagu, tandakan garisan seperti gambar (tanda untuk potong yang tidak diperlukan) selepas tanda, klik Stop & klik Cut (gambar gunting).

C.      Dengar semula klik Play All. Selepas lagu siap klik File --> Save As simpan atas nama LAGU SLIDE 1 di dalam folder latihan. Tutup paparan Lagu  Slide 1 klik File --> Close. Cari lagu kedua klik Open cari lagu MP3 pilihan, ulang langkah seperti tadi. Selepas siap klik File --> Exit untuk paparan Wave Editor.



LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMULAKAN SLIDE SHOW

i).       Ubah slide asal Title Slide kepada pilihan latihan klik Home --> Layout (Section Header) padamkan kekotak teks asal. Ubah A4 sahaja klik Design --> Page Setup : --> A4 & Landscape. Ubah saiz dokumen klik View --> Zoom : 80% --> Ok. Tambahkan latar belakang klik Design --> Themes --> Grid. Tukar warna background klik Design pilih Colors : Module.

ii).      SLIDE 1 : Pilih 1 Text Box tukar kepada (Impact : 28 : Loose). Taip “12 Jenis Personaliti Manusia Di Tempat Kerja / Pejabat” tukar kedudukan pilih Rotate --> Left. Untuk kekalkan Slide yang sama klik Home --> pilih New Slide pilih Duplicate Selected Slides. Buat sebanyak 2x. keseluruhan slide ada 4 slide sahaja.

iii).     SLIDE 1 : Pilih 1 Text Box tukar kepada (Franklin Gothic Medium : 16 : 1.5 lines). Tambahkan nombor klik Home --> Numbering (123) tukar mengikut urutan klik Home --> Bullet & Numbering start at : 2 & seterusnya. Tambahkan gambar mengikut kod : BD09662 (pegang telefon) & BD19827 (gambar kanta).

Carian Gambar Offline : Klik Insert --> Picture -->  Disk (C:) --> Program Files --> Microsoft Office --> Clip Art --> PUB60COR --> klik salah satu gambar, klik Open With >> Microsoft Office 2010 / Microsoft Picture Manager (2007 sahaja). Untuk carian gambar penuh, klik pada Thumbnail View. Cari gambar, klik mouse kanan pilih Copy buka Ms PowerPoint pilih Paste @ Ctrl+V. 




iv)      SLIDE 2 : Pilih 1 Text Box tukar kepada (Franklin Gothic Medium : 16 : 1.5 lines). Tambahkan nombor klik Home --> Numbering (123) tukar start at : pilihan. Tambahkan gambar : BS01634 (printer) & BS01603 (terima panggilan). 




v)      SLIDE 3 : Pilih 1 Text Box tukar kepada (Franklin Gothic Medium : 16 : 1.5 lines). Tambahkan nombor klik Home --> Numbering (123) tukar start at : pilihan. Tambahkan gambar : BS01639 (telefon) & DD00687 (ceria).



vi).     SLIDE 4 : Pilih 1 SmartArt klik Insert --> SmartArt (Step Up Process). Tukar Font kepada (Franklin Gothic Medium : 16 : 1.5 lines). Tukar warna kekotak di dalam pilihan Change Color (bebas). Tambahkan 1 shapes ubah kepada No Fill + 3 pt + Double. Font & Font Size yang sama.  Tambahkan gambar : B501634 (Printer) & B501603 (terima panggilan)

=======================================


LANGKAH-LANGKAH ASAS PRESENTATION


Setelah siap untuk 4 slide. Simpan dokumen terlebih dahulu. Klik pada Transitions di dalam pilihan Transition to this Slide pilih pilihan anda. Terdapat penambahan pada Effect Options klik pilihan yang diingini.

SLIDE 1 
1.       Untuk memulakan kesemua pergerakan perlu di ubah mengikut urutan dari atas ke bawah supaya pemilihan akhir akan kelihatan menarik. Klik salah satu pilihan yang akan diubah klik Animations --> Animation Pane. Paparan di bahagian kanan terpapar.

2.       Pilih Add Animation --> More Entrance Effects (pergerakan masuk) dari arah atas --> klik pilihan anda selepas itu klik OK. Setiap pemilihan akan ditanda nombor. Ubah kesemua di dalam pilihan Entrance.

3.       Langkah selanjutnya ulang pergerakan keluar dari arah bawah. klik pada Add Animation More Entrance Effects --> pilih Exit --> klik pilihan & Ok.

4.       Ubah Transition Sound --> pilih Other Sound buka Folder yang tersimpan Lagu slide 1 hingga 3, pilih lagu yang dipotong tadi LAGU SLIDE 1. Di dalam Advance Slide kosongkan --> On Mouse Click. Tandakan --> untuk automatically After : 00:20 (20 saat). Untuk tamatkan lagu pertama, pada pilihan Sound klik mana-mana bunyi sehingga lagu pertama berubah bunyi. Sekiranya tidak berjaya Klik File --> Close --> Yes/Save.

SLIDE 2
5.       Untuk Slide ini pilihan Effect perlu dibuat selang-seli. Pilih Add Effect --> pilih Entrance (pergerakan masuk) --> More Effects --> klik pilihan anda selepas itu klik OK. Setiap pemilihan akan ditanda nombor. Terus buat pergerakan penekanan klik pada Pilih Add Effect --> pilih Emphasis --> More Effects --> klik pilihan & Ok.

6.       Sekiranya hanya garisan / gambar arahan pergerakan Emphasis tidak perlu kerana pergerakan ini hanya untuk teks sahaja.

7.       Ubah Transition Sound (lagu slide 2). Ubah Transition Speed : Medium. Di dalam Advance Slide kosongkan --> On Mouse Click. Tandakan --> untuk automatically After : 00:15 (15 saat).

SLIDE 3 & SLIDE 4

8.       Untuk Slide ini pilihan Effect perlu dibuat selang-seli. Pilih Add Effect --> pilih Entrance (pergerakan masuk) --> More Effects --> klik pilihan anda selepas itu klik OK. Setiap pemilihan akan ditanda nombor. Langkah selanjutnya ulang pergerakan bercorak klik pada Pilih Add Effect --> pilih Motion Paths --> More Effects --> klik pilihan & Ok.

9.       Terus buat pergerakan penekanan klik pada Pilih Add Effect --> pilih Emphasis --> More Effects --> klik pilihan & Ok.

10.     Ubah Transition Sound (lagu slide 3 / 4). Ubah Transition Speed : Medium. Di dalam Advance Slide kosongkan --> On Mouse Click. Tandakan --> untuk automatically After : 00:15 (15 saat). Tutup paparan pilihan klik anak panah pilih Hide Advanced Timeline.

11.     Akhir sekali klik pada Slide Show --> klik From Beginning. Paparan slide akan tamat pada masa/minit yang di”set”kan. Atau klik icon Slide Show di bawah.

Anda boleh juga menggunakan format Nero Wave Editor untuk memotong sebahagian lagu. Klik Nero Wave Editor untuk nota pemotongan lagu di dalam Slide MS Power Point.