11 April, 2018

Kelas Personal Harian Rabu | April 2018

♡♡Assalamualaikum dan selamat petang!

Hari ini sesi pagi mengajar komputer di Inderapura 23 sesi petang di Indera Mahkota 2 bersama peserta-peserta yang cikgu CA sayangi ewah hehee
.
Sebelum kelas petang tadi singgah di Benteng, Jalan Besar Gerai Nombor 16 kawan CA namanya kak ani comel manis orangnya tak lokek senyuman..
.
Pekena Miangkam utamanya daun kaduk terasa macam makan sireh (tak pernah pon makan sireh teringat arwah tok jer makan) Miangkam ni untuk awet muda like me ahaks! Tetiba perasan pulakk. Berbalik kepada Miangkam tadi first time cuba boleh tahan sedaaapp..
.
Kepada yang nak dapatkan boleh datang ke sini di Cahaya Kaseh Cafe Nombor 16 ya hok aloh senang jer hok paling hujung sambil melihat-lihat bot-bot lalu lalang gituu..


Semasa makan 


Sebelum makan


Apabila dah habes 

09 April, 2018

Kelas Harian Isnin | April 2018


Assalamualaikum semua.. Syukur kepada Allah SWT memberikan kita nikmat sihat maka oleh itu perbanyakkan amal ibadat kita. Mulakan pagi anda dengan solat subuh serta apabila matahari telah terbit solatlah dhuha 2 rakaat baru lah di sambung kerja² hakiki kita. Moga kita semua dalam lindungan-Nya.

Kelas untuk bulan April/Mei mula di buka! Boleh daftar segera ya. Terima kasih bagi yang mendaftar awal. Sekiranya kelas penuh jangan menangis di bucu katil pulak..

03 April, 2018

Kelas Harian April | Selasa


☆☆ Bersedekahlah ke Jalan Allah kerana satu yang perlu kita tahu setiap rezeki kita ada rezeki orang lain.
.
Hari sesi kelas di Batu 12 bersama Syafikah untuk sesi ke-9 (program kedua MS Word. Terdahulu mempelejari MS PowerPoint. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
.
Setiap peserta hanya 1 sesi sahaja setiap minggu ya.. Kenapa 1x seminggu? Kita beri peluang kepada lebih ramai mahir MS Office ya! Hari² yang tiada kelas peserta boleh ulangkaji dengan lebih mahir lagi kan.. Luv u all terutama likes komputerkuantan.com ☆☆
.
Psst! Rasa Tak Penting Belajar Komputer

√ Dulu rasa tak penting pon tiada Sijil Kemahiran kan ?
√ Pergi temuduga orang tanya mahir Microsoft ?
√ Pergi cari kerja orang tanya Mahir MS Excel ?
√ Dah kerja pejabat bos suruh create database & nak lihat laporan guna MS Access?
.
See more ⇨ https://goo.gl/BquVtk ..
.
Dah lihat link? Adakah sama apa yang anda inginkan? Bertindak segera ya!