Thursday, June 08, 2017

Proses Pengubahsuaian Perkataan di MS Word



 
Word processing templates : Fungsi ini untuk menyimpan Template pilihan di dalam untuk memudahkan tugasan. Contoh dokumen asal mempunyai gambar, teks yang banyak sekiranya kita memerlukan pada masa yang pantas kita boleh menggunakan tanpa mengubah lain-lain format. Format yang sesuai memo, borang invoice bulanan, letterhead dll


Contoh : Bina 1 dokumen yang mempunyai logo dsb. Klik Office Button/File >> Save As >> pilih Template. Namakan fail dahulu. Ruang bawah pilih Save as type : Word Template. Buka halaman yang baru klik Ctrl + N. Untuk dapatkan format yang kita bina klik Office Button/File >> New >> My Template >> Pilih nama dokumen >> Ok. Secara automatik format tersebut di dalam format Portrait/Landcape akan terhasil. Format ini sesuai tanpa membuka banyak folder. Nota : klik gambar di bawah untuk format ini.



Saving documents to a specific location : Untuk menyimpan dokumen yang berlainan lokasi, klik Office Button/File >> Save As pilih di bahagian kiri terdapat pilihan iaitu Desktop (untuk di simpan pada papan pemuka laptop) @ My Document (pilihan dalam komputer) @ Computer (untuk disimpan di dalam Pendrive/CD /lain-lain drive).



Saving document using different formats : Untuk menyimpan dokumen yang berlainan format, klik Office Button/File >> Save As pilih Word 97-2003 @ Word Template @ PDF (jika telah diinstall pada komputer @ laptop).



Using the Zoom : Untuk menggunakan Zoom klik View pilih Zoom ubah percent yang dikehendaki. Jika memerlukan saiz dokumen 100% pilih yang dikehendaki. Jika dokumen lebih dari satu boleh gunakan Two Pages @ Page Width.



Page views : Kegunaan Page Views untuk melihat dokumen lebih dari satu boleh gunakan Two Pages @ Page Width. Selain itu untuk melihat bilangan teks yang ditaip seperti di bawah bahagian kiri. Contoh : Page 4 of 11.