20 April, 2017

Ujian Kepantasan Menaip di UTC

😍😍Pagi tadi bangun rasa happy mood bercuti sudaaa marii.. Rasa macam dah ada di tempat percutian gituu.. Pagi ni macam biasa ada kelas di UTC bersama Yah.. Sesi terakhir MS Excel. Sebelum ini Yah berjaya lulus untuk program Word n PowerPoint.

Alhamdulillah Yah berjaya tamatkan kursus personal dengan CA.. Pelajar yang belajar sehingga tamat adalah pelajar yang berjaya mengharungi cabaran menggunakan kemahiran yang da dengan jayanya. Untuk itu Yah diberi Modul MS Access secara percuma.

CA beri berdasarkan tahap kemahiran 3 program ini berjaya dikuasai. Semalam mempelajari Format Resume ke Pejabat. Hari ini Ujian Kepantasan Menaip Taipskrip & Manuskrip. 😍😍

#CAAdawiah #GuruMsOffice #ServisMengajarKomputer

www.komputerkuantan.com

15 April, 2017

Saguhati Perkenalkan Rakan Dari Cikgu Adawiah

Terima kasih Fariez Dani memperkenalkan peserta yang bernama Aisyah dari Taman Guru yang telah membuat bayaran bank-in pada 12hb April 2017 & akan memulai pembelajaran pada minggu ke-3 di bulan ini.
.
⇨ Adawiah Creative Solution akan memberikan saguhati daripada bayaran daftar peserta akan diberikan pada Fariz bekas pelatih #IPMMunshi tahun 2012 sebagai saguhati memperkenalkan rakan. Bayaran juga telah di bank-in hari ini.
.
⇨ Terkejut baru2 ni Fariz call guna nombor pejabat nombor pulak nak sama dengan nombor IPM.. Nombor lama IPM 09-536 6213 nak dekat sama dengan nombor KPTM rasa-rasanya lah beza 1 nombor shj sebab dulu-dulu ramai yg col IPM ingatkan KPTM. KPTM antara tempat belajar yang ambil begitu ramai pelatih praktikal malah ramai yang diserap kerja. Hubungan yang baik gitu..
.
Kata Puan Rohana dulu-dulu "Saya suka ambil pelatih praktikal IPM sebab diorang ni dah tau MS Office' saya selaku guru komputer gembira tak terkata lah kan sebab berjaya mendidik pelajar dari '0' hingga boleh kuasai MS Office terutama program pilihan majikan MS Word, MS PowerPoint & MS Excel.
.
⇨Kepada pelajar CA yang memperkenalkan rakan, mulai April 2017 saguhati memperkenalkan akan diberikan oleh ACS. Maklumkan pada rakan anda tersebut ye..
.
#CAAdawiah #GuruMsOffice #ServisMengajarKomputer

Peserta Kelas Online Terima Sijil Komputer

Alhamdulillah peserta Kelas Online Wan Shuzilawati dari Terengganu tamat dengan jayanya bulan lepas untuk tiga program MS Word, Ms PowerPoint & MS Excel.
.
Hari ini telah menerima Sijil Kemahiran Komputer dari Adawiah Creative Solution & Hadiah tajaan dari #GaramNUR www.nurhimalayansalt.com untuk mandian terapi untuk rasa ceria serta menghilangkan penat bekerja.
.
Semoga Ila mendapat peluang pekerjaan yang memerlukan kerja di pejabat kelak.

14 April, 2017

Patahnya Sebelah Sayap

Pagi semalam kaki tak boleh berjalan rasa macam patahnya sebelah sayap cewaaah dah lah ada temu janji kelas di UTC & Wisma Sri Pahang jam 10 pagi. Jadi tanpa berlengah kebetulan saya ada lagi baki #GaramNUR saya rendam kaki lebih kurang 1 jam bermula jam 7 pagi hingga jam 8 pagi sambil tengok MHI 2-2 dapat Info dapat sihat pon dapat. Kalau tak saya sebagai Guru Komputer Personal terpaksalah batal kelas sebab sakit sangat kaki lenguh terbako punyer.. Demi memberi ilmu kepada pelajar saya harus sihat dulu.
.
Alhamdulillah haa semalam berjalan sampai malam uols ke Jaman Tory terus menikmati ikan patin bakar sampai sekarang terasa di tekak gituu. Kalau kaki tak boleh berjalan, hidup tak lagi bermaknaaaa.. ~~~~~~ cia cia cia kata anak muda lor nim.. Jenis memang tak boleh duduk diam tu badan I kurus ahahaha underweight lagii youu..
.
Hari ini belah pagi sambung rendam kaki sambil tengok CJWowShop sebab nak belajar sesuatu ST (Storytelling) dia hehehe. Kali ini rendam lama sedikit 1 jam setengah lepas tu mandi dengan Mandian Terapi.. Rasa macam nak tidur tadi tak jadi uolss rasa segar & bersemangat baru lah rasa nak sambung research kat komputer. Hari ini tiada kelas jadi suri rumah laa yekk baju banyak tak berbasuh kih3 basuh 3 minggu sekali kalau dah kawen buat perangai macam ni mau kene maki dengan tok laki ni.. Haha..
.
Nak baca lanjut mengenai Lenguh-lenguh kaki? Haa klik sini naaa >> https://goo.gl/9cDt6O tak rugi baca tambah ilmu.
.
Banyak sangat kelebihan Mandian Terapi + Rendaman kaki Garam Nur ni kalau tak caya boleh Google taip "#GaramNUR" pilih images ajer.. Haa banyak pilihan gambar kan?

13 April, 2017

Sesi Kelas Perseorangan di UTC & Pejabat MB

⇨Alhamdulillah hari ini selesai bersama kelas di UTC bersama Yah jam 10-12 untuk program Excel.

Yah orang pertama yang mempelajari Format Baru MS Excel (60% perubahan yang asal). Hari ini pelajari Setting format GST, Bina Invoice & Kira Gaji Formula KWSP (Vlookup)

⇨ Sambung pula sesi petang di Pejabat Menteri Besar bersama Fara. Hari ini pelajari MS Word Setting format Aturcara Majlis & Kertas Cadangan dengan menggunakan format Repeat Header Row.

Turut di siarkan di IG >> https://goo.gl/mhHLic

#CAAdawiah #GuruMsOffice #ServisMengajarKomputer

12 April, 2017

Hari Ketiga Pasfa (Siri 3)

⇨Alhamdulillah hari ketiga mengajar di #Pasfa aka Pejabat Peladang Siri 3 hari ini untuk program MS Access.
.
⇨Hari ini mempelajari format sambungam Report : Stepped + Ulangkaji & Report (Outline). Hari ini jam 3 baru pulang yukk Create Database untuk pekerja & bagaimana format dalam Excel di transfer ke Access.
.
⇨Untuk sesi akhir hari ini peserta perlu create database berdasarkan bahagian di Pasfa ini untuk format Table, Query, Fom & Report.
.
#CAAdawiah #GuruMsOffice #ServisMengajarKomputer

11 April, 2017

Hari Kedua di Pasfa (Siri 3)

☆ Alhamdulillah selesai hari kedua, Siri 3 berkumpulan (4 peserta) untuk Staf Pejabat Peladang, Indera Mahkota 8.

⇨ Hari ini mempelajari bab asas Form, Form Wizard, Contact Automatik & Report Wizard (Stepped). Esok sambung bab akhir & Ujian mengikut tugas-tugas di Pasfa yang perlu di Create.

#KelasKomputerKuantan #servismengajarkepejabat #MSOffice #MSAccess #Kuantan #PejabatPeladangInderaMahkota


Nota : Atas permintaan peserta meminta Create setting Tangga Gaji terus dapat kiraan mudah tanpa taip satu persatu klik link ini : Cara Setting Tangga Gaji by Vlookup

10 April, 2017

Hari Pertama bersama Pasfa Siri 3

☆ Alhamdulillah selesai hari pertama, Siri 3 berkumpulan (4 peserta) untuk Staf Pejabat Peladang, Indera Mahkota 8.
⇨ Maklum balas sesi hari ini peserta tidak rasa mengantuk malah gembira dapat mempelajari sesuatu yang baru.
⇨ Hari ini mempelajari menaip teks 10 jari, pengenalan MS Access, Bab 1 : Table untuk pembinaan database, Query (Simple Query & Crosstab Query). Esok akan bertemu bab Form.
#KelasKomputerKuantan #servismengajarkepejabat #MSOffice #MSAccess #Kuantan #PejabatPeladangInderaMahkota

08 April, 2017

Kelas Bisnes IG & FB

☆☆ Assalamualaikum & Selamat Malam!  ☆☆
.
Alhamdulillah pagi tadi bermula jam 9 - 5 selesai menuntut ilmu di RTC Pekan.
.
Tarikh : 08 April 2017 (Sabtu)
Lokasi : Bilik Latihan RTC Kuala Pahang, Pekan (Berhampiran dengan UMP Pekan)
Trainer Name : Mohd Kamal Annuar (Trainer Code : TB043)
.
Hari ini saya terpaksa batalkan kelas komputer dengan peserta dari Balok & IM14 syukur mereka memahami. Disamping kita memberikan ilmu kepada orang kita juga harus berilmu.
.
Tumpang dengan kawan kak Nai yang sudi tumpangkan ke sana syukur alhamdulillah. Saya dah tak boleh drive jauh-jauh hehehe saya perlukan driver hihi..

Modul pembelajaran hari ini seperti di bawah :

TEROKAI ILMU PERNIAGAAN DIGITAL BERSAMA E-USAHAWAN
.
Antara yang telah pelajari di dalam kursus ini hari ini :
1. MIndset Bisnes
2. SEO
3. Cara Close Sale menggunakan Whatsapp dan Lain2
4. Facebook for Business
5. IG for Business
.
♡♡Komen : Alhamdulillah kursus hari ini saya ibaratkan ulang kaji berkaitan FB Page, WhatsApp & IG. Banyak soalan yang saya nak tanya terjawab tak sia-sia saya duduk depan sekali terus dapat bertanya soalan yang bersarang di minda. .
Sebelum ni saya tak yakin nak buat fbads create ad tu saya hanya tahu buat boost post untuk 3 hari dengan bayaran minima untuk servis kelas komputer saya. Punya lah ragu-ragu sebab tak yakin sebelum ni kelas ramai-ramai saya tak berapa mahir dalam bab seperti ini. Untuk kelas hari ini saya dah nampak jalan tu heheh...♡♡
.
#CAAdawiah #GuruMsOffice #ServisMengajarKomputer

07 April, 2017

Sesi Personal Kelas Komputer (Kempadang)

Selamat Hari Jumaat!

Pagi tadi selesai mengajar secara personal di Pejabat kawasan kempadang bersama Puan Jannah. Syukur dapat membantu untuk modul MS Word. Sesi ke-4 untuk program ini. Di masa akan datang puan Jannah akan mempelajari program Excel pula.

Jadual terkini kekosongan Minggu ini.

Maklumat lanjut kekosongan yang ada WA 011-1337 6462

06 April, 2017

Siri 2 : 3 Hari bersama Pasfa, Indera Mahkota

Alhamdulillah hari ketiga mengajar di #Pasfa aka Pejabat Peladang Siri 2 hari ini untuk program MS Access.
Hari ini mempelajari format sambungam Form & Report.

Untuk sesi akhir hari ini peserta perlu create database berdasarkan bahagian di Pasfa ini untuk format Table, Query, Fom & Report.
.
#CAAdawiah #GuruMsOffice #ServisMengajarKomputer

03 April, 2017

Pengambilan April 2017

》Lepasan SPM/STPM/Diploma/Ijazah
NAK BELAJAR KOMPUTER ?
.
1. Dulu kat sekolah/IPT tak sempat nak belajar MS Office..
.
2. Kos perbelanjaan harian semakin hari meningkat.
.
3. Tak nak kerja kilang.. nak keja di pejabat 9-5 petang..
.
√ Dulu rasa tak penting pon tiada Sijil Kemahiran kan ?
√ Pergi temuduga orang tanya mahir Microsoft ?
√ Pergi cari kerja orang tanya Mahir MS Excel ?
√ Dah kerja pejabat bos suruh create database & nak lihat laporan guna MS Access?
√ Dah kerja pejabat orang tanya pandai guna MS Office ?
√ Belajar komputer sendiri tapi tak ikut format yang cepat ?
√ Nak tolong bisnes mak ayah x pandai simpan kira, buat sampul surat, memo, invoice, borang & simpan data ?
.
Pening dengan situasi di atas? Jangan berlengah lagi..
.
Google jer Kelas Komputer di Kuantan.. nah..
>>> Semua orang cari cikgu komputer kan.
.
**Sue,Kubang Buaya : Alhamdulillah sue berpuas hati dengan servis yang diberikan dengan kuliah 1-to-1 telah berjaya tamat untuk tiga program pilihan Majikan iaitu MS Word, MS PowerPoint & MS Excel. Tempoh yang diambil selama 36 jam dengan 3x bayaran (total $950). Kelas yang diikuti dari jam 9-12 T/hari.
.
**Ros, Balok : Lepas belajar MS Word 10 jam sambung pula MS Excel 10 jam dengan 2x bayaran (total $650). Alhamdulillah kini saya yakin untuk bekerja. TQ cikgu kerana latih saya sehingga mahir. Seronok belajar kerana saya tidak perlu keluar rumah cikgu yang datang ke rumah saya. Terima kasih team ACS!

**Puan Ila : Seronok saya mempelajari program Word & Excel kini saya tidak perlu susah hati jika pekerja saya berhenti kerja saya dah tahu format Word & Excel yang banyak membantu dalam tugas2 pentadbiran di pejabat saya. Saya tidak perlu ke tempat belajar team ACS datang ke pejabat saya. Belajar dari jam 11 hingga 1 petang.

Psst! Bagi yang ikuti 3 program pilihan PERCUMA : Format Resume + Bina Emel + kepantasan Menaip dalam p.s.m (Taipskrip & Manuskrip) serta freegift produk Mandian Terapi NUR | www.nurhimalayansalt.com.
.
ⓐⓓⓐⓦⓘⓐⓗ Creative Solution (ACS) sedia membantu dari Zero hingga MAHIR !  Nota kursus disediakan WA : 011-1337 6462 segera untuk info lanjut.
.
👀Jom Daftar ONLINE : https://goo.gl/5teS6A

Kekosongan Ahad 10 pagi & Jumaat jam 10 Pagi.

01 April, 2017

Servis Mengajar Ke Pejabat

☆☆Alhamdulillah kelas personal bersama peserta Fara di Wisma Sri Pahang. Sebelum ini peserta ini mecari iklan di Google. Fara minta tunjuk ajar ku sifu untuk program Word. Peserta ini buat bayaran pada hari Khamis Jumaat pagi dah mula kelas. Fast Action, Fast Result kan.

⇨ Alhamdulillah dapat bantu pekerja nak buat surat, memo, surat-surat rasmi, bina surat yg dah ada letterhead original jabatan.. Selain itu bntu Create Folder untuk setting ikut jenis beratus-ratus dokumen.. Katanya banyak guna MS Word..

⇨ Peserta ini gembira dengan adanya kelas personal seperti ini yang dapat mengajar terus ke skrin komputer. Nampak bersemangat peserta ini menguasai program Word. Sebagai guru saya juga happy!

⇨Semalam sambungan sedikit lagi ulangkaji apa yang telah dipelajari mengikut tugasa jabatan yang di minta. Syukur alhamdulillah dapat membantu pekerja mempercepatkan tugasan mereka.
.
⇨ Terima kasih juga peserta ini belanja makan lepas tu..aishh malu laa pulak he..he.. Sempat kami berselfie 1 kali. Cantik, comel & ceria peserta ini maklumlah bekas model you..

⇨ Sempat juga berkongsi tips bagaimana nak dapatkan suasana pejabat yang ceria dengan mencuba Garam Terapi isi dalam botol & sedikit air isi di kawasan pejabat. Peserta ini berminat mencuba mandian terapi untuk menghilangkan penat bekerja di pejabat. Maklumat lanjut mengenai mandian terapi www.nurhimalayansalt.com.

#CAAdawiah #GuruMsOffice #ServisMengajarKomputer