Wednesday, March 29, 2017

Sesi 3 Berkumpulan MS Access

☆☆Alhamdulillah selesai hari ketiga kelas berkumpulan (4 peserta) MS Access di Pejabat Peladang @ Pasfa di Indera Mahkota 8 ♡

⇨ Hari ini mempelajari sambungan format Form (Columnar & Multiple) bagi menyimpan Resume penuntut berserta gambar, menambah button Add record, button print, button exit bagi form, menambah field bagi attachment, import data data dari Excel, penggunaan label, penggunaan text box, membina Report (Stepped), menambah kiraan Sum mengikut jenis pengelasan yang di pilih.

⇨ Untuk sesi terakhir peserta diminta mempraktikkan apa yang telah dipelajari untuk bab Table, Query, Form & Report.
Sebelum bermula kelas pagi tadi beri tips bagaimana nak dapatkan suasana pejabat yang ceria boleh cuba Garam Terapi isi dalam botol & sedikit air isi di kwasan pejabat. Lepas kelas staff Pasfa mencuba mandian terapi 4 bekas setiap seorang. Maklumat lanjut mengenai mandian terapi www.nurhimalayansalt.com.

#KelasKomputerKuantan #servismengajarkepejabat #MSOffice #MSAccess #Kuantan #PejabatPeladangInderaMahkota #Pasfa



Tuesday, March 28, 2017

Sesi 2 Berkumpulan MS Access

☆☆Alhamdulillah selesai hari kedua kelas berkumpulan (4 peserta) MS Access di Pejabat Peladang @ Pasfa di Indera Mahkota 8 ♡

⇨ Hari ini tiada bekalan elektrik tetapi Staf Pasfa bertungkus untuk mempelajari program dengan gigih siap bersuluh dengan telefon bimbit masing-masing. Inilah dugaan menuntut ilmu serta berjaya tamat dengan jayanya untuk task hari ini. Staf Pasfa juga berkongsi idea untuk menjayakan kelas MS Access ini.

⇨ Hari ini mempelajari Bina 2 Table dalam satu dokumen, Penggunaan apa itu Simple Query, Crosstab Query, Kiraan GST dalam Query & Form : Tabular.

⇨ Peserta diberi tugasan menyediakan mengikut bahagian perjawatan di Pasfa esok. Nantikan esok pula siri yang ketiga.
#KelasKomputerKuantan #servismengajarkepejabat #MSOffice #MSAccess #Kuantan #PejabatPeladangInderaMahkota #Pasfa


Monday, March 27, 2017

Sesi 1 Berkumpulan MS Access

Alhamdulillah selesai Siri 1 berkumpulan (4 peserta) untuk Staf Pejabat Peladang, Indera Mahkota 8. Staff di sini ramah-ramah belaka. Syukur peserta dapat kuasai dengan baik.

⇨ Maklum balas sesi hari ini peserta tidak rasa mengantuk malah gembira dapat mempelajari sesuatu yang baru.

⇨ Hari ini mempelajari menaip teks 10 jari, asas pembinaan data di dalam Aplication Part : untuk 1 Right Column, Massage Box, Contact. Selepas itu Bab 1 : Table untuk pembinaan database.

⇨ Semua peserta positif memberi komen apa yang mereka pelajari
⇨ Berkat usaha membuat research 7 tahun lalu bagi program yang agak asing satu ketika dulu membuahkan hasil.

#KelasKomputerKuantan #servismengajarkepejabat #MSOffice #MSAccess #Kuantan #PejabatPeladangInderaMahkota

Thursday, March 23, 2017

Asas Pengisian Data MS Access

Pilihan 1 : untuk membina hanya simpanan rekod lengkap bergambar peserta klik pada Create à Application Parts pilih di dalam Quicks Start pilih Contacts. Keluar arahan untuk menutup semula paparan klik Yes. Tunggu arahan prepare Template. Klik ContactDetails isi rekod pilihan. Selepas isi rekod pertama klik Save & New secara automatik rekod kedua terpapar. Selepas siap klik Save & Close.



PILIHAN 2 : Untuk memulakan asas Database untuk  rekod sahaja klik pada Create à Application Parts pilih di dalam Blank Forms pilih 1 Right. Taipkan memo/pemberitahuan pilihan.


PILIHAN 3 : Untuk membina paaran seperti pesanan klik pada Create à Application Parts à di dalam Blank Forms pilih MsgBox. Taipkan pesanan pilihan.


===================================================================
Untuk maklumat CikguCA juga menyediakan servis mengajar bagi prgram MS Word, MS PowerPoint, MS Excel & MS Access ke rumah & ke pejabat sekitar Kuantan (dari lokasi Bukit Rangin 2 ke 30 KM sahaja sekitar Kuantan). Jika peserta luar Kuantan  syorkan CikguCA ikuti kelas Online bersama CikguCA. 

Nak tahu info lanjut klik link WhatsApp ini http://kelaskomputerkuantan.wasap.my secara automatik anda akan mendapat nombor WhatsApp CikguCA tanpa menyimpan terlebih dahulu. Mudah kan? Laa ni dah canggih. 

Tuesday, March 21, 2017

Cara Bina Cover | Isi Kandungan | Muka Surat


Bagimana untuk membuat seperti risalah yang ada kulit muka, kandungan isi muka surat & halaman muka surat di bahagian bawah jika lebih dari satu halaman (lihat di atas).


Buka MS Word klik Cover Page jenis Alphabet. Paparan akan menjadi dua halaman isi pointer pada halaman kedua klik Insert à Blank Page. Paparan akan menjadi 3 halaman.


Isikan pointer pada halaman kedua klik References à pilih Table of Contents à pilih Automatic Table 1 klik Ok. paparan akan keluar seperti ini. “contents : No Table of contents entries found”. Ini kerana belum ada halaman yang mempunyai muka surat.


Bina halaman muka surat klik pada Insert à Page Number à Bottom of Page à Pilih Bracket 2.


 Mulakan dengan Halaman 3 : taip teks seperti biasa. Dapatkan gambar (bebas) untuk setiap halaman. Tukar jenis tulisan kepada Lucida Calligraphy (11) & jarak 1.5 lines. Pisahkan setiap tajuk dengan memilih Page Layout à Breaks à Page. Tukar setiap tajuk klik pada Home pilih Heading 1 di dalam ruangan Styles. Tukar warna asal klik pada Heading 1 pilih Modify ubah seperti di atas. Selamat Mencuba! 

===================================================================

Untuk maklumat CikguCA juga menyediakan servis mengajar bagi prgram MS Word, MS PowerPoint, MS Excel & MS Access ke rumah & ke pejabat sekitar Kuantan (dari lokasi Bukit Rangin 2 ke 30 KM sahaja sekitar Kuantan). Jika peserta luar Kuantan  syorkan CikguCA ikuti kelas Online bersama CikguCA. 

Nak tahu info lanjut klik link WhatsApp ini http://kelaskomputerkuantan.wasap.my secara automatik anda akan mendapat nombor WhatsApp CikguCA tanpa menyimpan terlebih dahulu. Mudah kan? Laa ni dah canggih. 

Monday, March 13, 2017

Peserta Kelas Online Tamat Dengan Jayanya





:computer:Alhamdulillah selesai kelas Personal bersama Ila dari Terengganu. Komen positif dari Ila “Seronok belajar kelas bisu tanpa suara hihi” peserta gembira kerana berjaya menghabiskan pembelajaran kelas Online dengan anak yang masih kecil.

Sebelum ini Ila bekerja di kuantan tapi peluang belajar komputer di kuantan tiada hari pilihan selepas waktu pejabat bagi hujung minggu. Selepas berhenti kerja Ila menetap di Terengganu. Apabila Ila search di google ada buat kelas online Ila terus mendaftarkan diri.

Selepas pembelajaran Online Ila telah membuat Ujian sebelum ini untuk program MS Word. Pada minggu lepa hari Khamis Ujian bagi program PowerPoint & pada hari Jumaat ujian bagi program Excel.

Sebagai guru CA kagum dengan kesungguhan Ila. Kesungguhan dia menghafal apa yang dipelajari tanpa melihat arahan pada buku komputer wajar diberi pujian.

Ila memberitahu sebelum ni saya kerja pejabat tak penah tau ada shorcut untuk Open, New, Save, Close dll. Pelajar happy belajar dengan CA.. CA double-double happy gitu.

Syukur dapat sebarkan lagi ilmu kemahiran kepada yang benar-benar memerlukan secara personal class. CA menyambung ilmu kemahiran selepas tidak lagi bekerja di IPM Munshi (Mengajar di IPM dari Julai 2006 hingga Dis 2015).

Terima kasih Ila kerana memberikan hadiah buat guru mu ini dari koleksi #benanghijau. Sebelum ini follow juga IG BH tak sangka dapat hadiah. Insya-Allah CA akan memberikan hadiah dari koleksi produk organik #terapiGaramNur dengan pengeposan bersama-sama Sijil Komputer.

Boleh juga di dapati di IG personal dengan carian hashtag di bawah ya..

#KelasOnline #Terengganu #KelasKomputer
#BelajarKomputer #MSOffice #KelasBisu
#WhatsAppWeb #MobileClass
#KelasPersonal #WanitaSahaja

===================================================================

Untuk maklumat CikguCA juga menyediakan servis mengajar bagi prgram MS Word, MS PowerPoint, MS Excel & MS Access ke rumah & ke pejabat sekitar Kuantan (dari lokasi Bukit Rangin 2 ke 30 KM sahaja sekitar Kuantan). Jika peserta luar Kuantan  syorkan CikguCA ikuti kelas Online bersama CikguCA. 

Nak tahu info lanjut klik link WhatsApp ini http://kelaskomputerkuantan.wasap.my secara automatik anda akan mendapat nombor WhatsApp CikguCA tanpa menyimpan terlebih dahulu. Mudah kan? Laa ni dah canggih. 

Tuesday, March 07, 2017

Tawaran Belajar Komputer Untuk Pekerja



⇛TAWARAN UNTUK LEPASAN SPM / PEKERJA !

➤ Anda tidak layak ke IPTA / IPTS? Tak tahu macam mana nak cari kerja dengan kelayakan SPM anda yang tak memuaskan ? Dah kerja tapi tak reti guna MS Office yang bos beri tugas? Pening dengan situasi ini setiap hari perlu menyiapkan tugasan di pejabat tapi tak tahu format Cara Cepat? Kami sedia bantu anda.

➤ Fakta : Kepantasan menggunakan komputer amat diperlukan masakini. 80% tugasan di pejabat menggunakan komputer. Kepantasan sebagai seorang pekerja anda sering melihat iklan jawatan kosong memerlukan kepantasan Taipskrip (teks biasa) & Manuskrip (teks seperti tulisan tangan) dalam kiraan p.s.m.

➤ Kini tiba masanya anda bertindak dengan mempelajari kemahiran yang diperlukan oleh majikan jika anda anda mahu kenaikan pangkat @ kenaikan gaji serta di sayangi bos anda.

➤ Keluhan peserta kami baru-baru ini : Majikan @ bos kini tidak melihat pekerjanya ada SPM/STPM / Diploma/Ijazah sebaliknya melihat pekerjanya ada Sijil Komputer @ kemahiran guna komputer yang boleh membantu membuat minit mesyuarat, presentation, carta organisasi syarikat, memo penting dll. Kini boleh tersenyum tidak lagi pening dengan tugas yang bos beri.

MAHU KAMI BANTU ANDA?

Adawiah Creative Solution (CA0231386-W) menyediakan bantuan pembelajaran personal 1-to-1 Aplikasi Komputer kerjasama dengan Institut Perdagangan Munshi, Kuantan (Berdaftar di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang : JPNP/04/06/0092).

Latihan Kerjaya ini :
➨ Mengambil masa 3 bulan atau bersamaan 15 sesi.
➨ 3 Program Wajib ( Word, PowerPoint & Excel)
➨ Kadar Yuran Bersesuaian (RM 25/Jam)
➨ Peluang Kerjaya di Sektor Awam/Swasta

➤APA KATA PELATIH : Saya telah mempelajari kesemua program ini kerana yakin ia dapat membantu saya didalam pekerjaan saya kelak. Selain itu, kemahiran komputer masa kini amat diperlukan lagi-lagi di dalam program MS Excel & MS Access yang kurang dipelajari oleh orang lain. Dengan mempelajari MS Excel, saya dapat melakukan operasi pengiraan dengan cepat dan tepat, MS Access pula saya pelajari untuk membina borang & laporan untuk memudahkan penyediaan borang di tempat kerja kelak. -Amira.

👀➤APA KATA PELATIH : Saya pada mula saya mengikuti pembelajaran komputer saya telah didedahkan dengan program Microsoft Word dan PowerPoint. menyedari yang ilmu seharusnya dikejar saya telah berusaha dengan lebih gigih. Atas tunjuk ajar saya telah berjaya mengambil program Microsoft Access. Mungkin ramai tidak menyedari kepentingan program tersebut. Bagi program Microsoft Excel, ia sekarang menjadi keutamaan bagi menyediakan pelbagai tugasan harian apabila bekerja. Selain menyediakan akaun, ia juga boleh membantu menyediakan laporan. -Farah.

WhatsApp segera nombor di bawah (beri nama & lokasi serta masalah yang boleh kami bantu) jika anda mahu kami latih anda dalam satu sesi pembelajaran konsep 1 guru 1 pelajar. Kaedah ini terbukti berkesan membantu pekerja/bakal pekerja mahir dalam masa yang singkat membuat tugasan yang dikehendaki majikan. Ayuh ! Hubungi kami klik di bawah Link terus ke WhatsApp admin untuk diskaun kursus.


Nota : Kursus komputer ini juga sesuai untuk pekerja yang lama berkhidmat di sektor awam/swasta juga. Sijil komputer diberikan kepada yang tamat dengan jayanya 3 program seperti di bawah serta PERCUMA kepantasan menaip + Resume + Free Gift (Terapi Nur).

Monday, March 06, 2017

Cara Pendekkan URL Untuk Facebook & Instagram

Hari ini saya ingin membuat satu Tutorial untuk memudahkan kita mengisi nombor telefon kita dalam bentuk link (timbul warna biru) untuk kita memudahkan customer menghubungi kita tanpa menyalin nombor WhatsApp kita.
Saya akan ajar Step WhatsApp, Step Facebook & Step Instagram. Saya dah cuba itu saya share untuk berkongsi ilmu dengan semua orang al maklumlah Cikgu Komputer tuu hehe..
Step WhatApps :

Ada beberapa cara, cara 1 : kita nak hanya beri nombor WhatsApp sahaja.

Taip : http://www.wasap.my/601113376462
Cara 2 : Kita nak dia terus WhatsApp kita dengan terus ada perkataan yang berjarak.

Taip setiap perkataan asal : Berminat nak ikuti kelas komputer
Nak tahu full tutorial ? Check it out! >> goo.gl/vlJ3Ab