07 April, 2016

Pengunaan Grafik Dalam MS Word

Gambar 1 : Inserting Pictures : Untuk menambah gambar di dalam MS Word isikan pointer diruangan kosong klik Insert >> Picture. Pilih folder yang mengandungi gambar yang anda simpan klik Insert. Jika anda ingin mendapatkan gambar yang tersedia di dalam komputer klik pada My Computer >> pilih Local Disk:C >> ubah paparan View kepada List >> Program File >> Microsoft Office >> ClipArt >> PUB60COR >> ubah View kepada Tumbnail pilih gambar klik Insert.

Gambar 2 : Inserting Clip Art : Untuk menambah gambar di dalam MS Word isikan pointer diruangan kosong klik Insert >> ClipArt. Di dalam ruangan search for : taipkan pengelasan yang dikehendaki contoh : BOOK. Pengelasan berkaitan buku akan terhasil.

Gambar 3 : Inserting Shapes: Untuk menambah bentuk kekotak atau lain-lain bentuk di dalam MS Word isikan pointer diruangan kosong klik Insert >> Shapes pilih yang dikehendaki. Jika terdapat arahan klik Delete/Backspace. Lakarkan bentuk objek @ kekotak yang dipilih mengikut yang diperlukan.


Gambar 5 : Inserting a chart : Untuk menambah Carta secara visual terdapat dalam pilihan Column, bar, area dan lain-lain di dalam MS Word isikan pointer diruangan kosong klik Insert >> Chart. Terdapat paparan untuk isian data. Taipkan rekod di dalam ruangan yang disediakan (seperti MS Excel).

Tutorial ini disunting oleh Adawiah Creative Solution moh LIKE Facebook Rasmi Jom Belajar MS Office jangan lupa klik berjemaah LIKE ya!