14 April, 2016

Font, Jajaran & Format Nombor (MS Excel) : Part 1


Font type and size : Format ini untuk mengubah jenis tulisan sedia ada kepada pillihan yang dikehendaki. Untuk mengubah jenis tulisan sedia ada kepada pilihan klik pada Home >> pilih Font >> tukar jenis tulisan. Untuk mengubah jenis saiz tulisan sedia ada kepada pilihan klik pada Home >> pilih Font Size >> tukar jenis saiz tulisan.

Bold, italic, underline formatting : Format asal teks biasa tidak mempunyai format. Untuk menambah ketebalan teks, teks serong & garisan di bawah teks. Aktifkan teks untuk mengubah format ini klik pada Home >> pilih Bold (gelapkan tulisan), Italic (Serongkan tulisan) & Underline (gariskan teks).

Borders And Shading : Kegunaan untuk menambah garisan yang diperlukan di dalam Excel aktifkan kekotak sel. Klik pada Home >> pilih Border >> pilih garisan yang dikehendaki. Untuk tambah warna di dalam sel klik pada Fill Color pilih warna yang dikehendaki.

Cell border formatting : Format ini untuk mengubah jenis garisan asal di dalam Excel jika pada paparan luar hanya terdapat garisan lurus / garisan berganda. Jika garisan belum diubah garisan asal Bottom Borders. Pilihan garisan, di dalam pilihan preset pilih Outline & Inside. Juga boleh tambahkan satu persatu pada garisan.


Tutorial ini disunting oleh Adawiah Creative Solution moh LIKE Facebook Rasmi Jom Belajar MS Office jangan lupa klik berjemaah LIKE ya!