09 April, 2016

Elemen Paparan (MS Excel) Part 3

Horizontal scroll bar : Fungsi untuk melihat paparan di dalam dokumen dan boleh digerakkan secara mendatar dari kiri ke kanan dengan menggunakan mouse atau sekiranya menggunakan laptop. Bagi pengguna PC boleh gerakkan dibahagian bawah (lihat anak panah).

Normal View : Paparan ini adalah paparan asal apabila MS Excel untuk memudahkan pengiraan atau memasukkan teks. Untuk melihat di mana lokasi Normal ini klik pada View >> Normal ini di dalam mode aktif.

Zoom : Untuk mengubah saiz dokumen kepada paparan asal 100% @ lain-lain klik View >> Zoom pilihan ini untuk mengubah saiz dalam mode kecil atau besar mengikut saiz skrin komputer/PC anda.

Page Break View : Paparan ini untuk melihat bilangan dokumen lebih daripada satu halaman & paparan sedikit kecil daripada biasa. Klik pada View >> Page Break View paparan skrin dokumen yang dibina akan kelihatan aktif mengikut bilangan dokumen yang diisi. Garisan biru akan terpapar & boleh diubah suai kelebaran mengikut yang dikehendaki.

 Page Layout View : arahan ini untuk memudahkan untuk menambah Header/Footer di dalam Workbook MS Excel sekiranya dalam paparan Page Layout View. Untuk dapatkan arahan ini klk View >> Page Layout paparan akan berubah seperti di sebelah. Apabila dokumen di cetak akan terpapar Letterhead yang telah ditambah. Jika ingin kembali kepada paparan asal semula klik pada View >> Normal.

Worksheet Navigation Tabs : Arahan ini untuk melihat di bahagian bawah pilihan tabs @ yang di buka lebih dari satu.


Tutorial ini disunting oleh Adawiah Creative Solution moh LIKE Facebook Rasmi Jom Belajar MS Office jangan lupa klik berjemaah LIKE ya!