24 July, 2014

Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2014


Sempena Syawal bakal menjelang tiba saya Rabiah Adawiah (CA) ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar Institut Perdagangan Munshi yang pernah berguru dengan CA diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sekiranya anda pernah berguru dengan CA mungkin CA pernah terkasar bahasa terlanjur bicara mohon dimaafkan 0 – 0 ya...

Sebagai Hamba Allah kita tidak terlepas dari salah dan silap sepanjang anda semua pernah menjadi anak didik CA. Sebagai guru CA akui CA memang agak tegas @ garang di dalam mendidik pelajar terutama subjek komputer. Bukan perkara mudah untuk melatih pelajar mahir di dalam kemahiran komputer jika pelajar tersebut pernah mempelajari di tempat lain berbanding Zero Knowledge. Bagi pelajar yang CEMERLANG kebiasaannya mengikut format yang CA ajar berbanding yang tidak mengikut format yang diajar @ erti kata lain suka-suki ikut format sendiri. 

Alhamdulillah ramai pelajar lepasan #ipmmunshi telah bekerja di sektor awam @ swasta berbekalkan ilmu kemahiran komputer MS Office yang telah dipelajari semasa berkursus. Komen dari tempat pelajar #ipmmunshi menjalani praktikal kebanyakan berpuas hati dengan tahap kemahiran pelajar ini kerana pelajar #ipmmunshi mempelajari format MS Office (MS Word, MS PowerPoint & MS Excel) dengan jayanya yang diperlukan majikan.

Untuk mengakhiri ucapan ini CA ucapkan sekali lagi Salam Aidilfitri dari Institut Perdagangan Munshi, Kuantan.

Akan Datang : Pengambilan Pelatih Pengurusan Pejabat & Kesetiausahaan Sesi September 2014 hubungi kami segera 0142197966 untuk bertanyakan sesi terbaru.