24 April, 2014

Peperiksaan Akhir Sesi Oktober - April 2014


Hari ini adalah hari pertama Peperiksaan Akhir komputer bagi Oktober 2013 - April 2014. Program pertama untuk kertas soalan 1 adalah MS Word & kertas soalan 2 MS PowerPoint. Manakala esok adalah kertas soalan 3 program MS Excel & kertas soalan 4 MS Access. CA mendoakan anda semua dapat menjawab dengan tenang. Praktikan kesemua Ilmu & kemahiran yang telah dipelajari. 

Tahniah! anda semua berjaya menghabiskan pembelajaran di IPM untuk kursus kemahiran Pengurusan Pejabat dengan jayanya selama 6 bulan. Suka dua bersama kekal di ingatan tenaga pengajar Institut Perdagangan Munshi, Kuantan. 

07 April, 2014

Format Print Kertas A4

  • Sebelum menaip teks di dalam program MS Word anda perlu terlebih dahulu mengubah saiz dokumen kepada saiz A4. Klik => Page Layout => Size => A4. Sekiranya ingin melebarkan saiz dokumen klik Page Layout => Margin => Moderate.
  • Setelah dokumen siap di taip serta disimpan (Save) tiba masanya untuk mencetak dokumen yang dibina. Cara untuk mencetak pada kertas A4 dengan menggunakan Window 2007. 
  • Klik pada Office Button => Print. Pilih jenis Printer Contoh pilihan yang saya guna : Canon LBP 2900. Pilih Properties tukar pada Orientation/ Paper : Portrait @ Landscape klik Ok & Ok.
  • Sekiranya anda ingin menjimatkan kertas dokumen yang anda gunakan adalah dua halaman pada Page Layout ubah 2 Page per Sheet klik Ok & Ok.
  • Jika menggunakan Printer jenis HP kertas bersaiz A4 perlu diubah pada Page Layout ubah pada Margin -- > Paper di dalam paper size : ubah yang Height kepada 12" sahaja.


NOTA : Untuk mendapat hasil cetakan yang sama dengan dokumen yang anda ingin cetak pastikan anda ubah kedua-dua Page Layout -Size (A4) & Print (A4).