14 May, 2013

Mohon Kerja Perlu Pengetahuan Komputer


Saya Nur Jamaliah Ja’afar, sebelum mengikuti kursus komputer di IPM. Secara jujur saya langsung tidak mengetahui apa-apa tentang kegunaan komputer untuk kegunaan harian. Saya juga menganggap yang ilmu komputer ini tidak penting. Tetapi apabila saya ingin memohon sebarang jawatan kerja, saya sering terbaca bahawa setiap calon yang ingin memohon jawatan itu perlu mempunyai pengetahuan mengenai Aplikasi Komputer. 

Saya juga sedar bahawa pihak majikan pada masa sekarang ini lebih memerlukan seorang pekerja yang mempunyai kemahiran komputer berbanding akademik. Oleh sebab itu, saya nekad untuk mempelajari ilmu komputer. Saya mempelajari membuat sampul surat dan surat dengan menggunakan kaedah Mailing, slideshow presentation bagi kerja kursus akhir. Akhir sekali saya telah diberi peluang untuk mempelajari tentang Microsoft Excel. 

Saya amat meminati Microsoft Excel kerana saya dapat membuat sebarang pengiraan dengan pantas dan mudah. Dengan berkat tunjuk ajar tenaga pengajar saya tentang  penggunaan  komputer sehingga saya mahir dalam menggunakan komputer saya sudah mahir menggunakan Aplikasi Komputer. Tanpa usaha saya juga, saya mungkin tidak akan berjaya sehingga sekarang. Saya dapat menguasai semua program yang terdapat di IPM. 

Saya sangat menghargai usaha beliau untuk mengajar saya sampai mahir menggunakan komputer. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada CA kerana berkat kesabaran dan keprihatinan beliau dalam mendidik saya. Setiap teguran dan pesanan yang beliau berikan kepada saya tidak akan saya lupakan.