Thursday, December 19, 2013

Siri Lanjutan Siri 6 : Hyperlink dan Format Lanjutan


  • Inserting hyperlink : Untuk menambah Hyperlink di dalam dokumen ia akan berbentuk teks yang bergaris biru. Untuk menambah teks tersebut klik pada Insert > Hyperlink. Di dalam pilih Text to Display : taipkan teks yang dikehendaki setelah itu ubah di bahagian bawah alamat yang berbentuk laman sesawang/laman web > klik Ok.
  • Editing a hyperlink : Setelah tulisan yang dikehendaki tersebut aktif untuk mengubah teks asal klik mouse kanan > Edit Hyperlink.
  • Removing a hyperlink : Untuk memadam teks yang aktif berwarna biru & bergaris klik pada mouse kanan > Remove Hyperlink. Teks yang asal akan kelihatan seperti teks biasa.
  • Columns : Untuk Mengubah pilihan Column asal (one) ada beberapa cara klik pada Page Layout > Column. Terdapat pilihan yang dikendaki. Kebiasaan menggunakan Column 1 hingga 3. Arahan ini juga dapat diubah mengikut pilihan yang dikehendaki.
  • Applying column formatting to an entire document : Arahan ini bertujuan untuk mendapatkan jenis colum yang menyeluruh. Arahan klik pada Page Layout > Column > Contoh : Two.
  • Applying column formatting to just ‘selected text’ : Arahan ini untuk mendapatkan jenis baris Column yang dikehendaki sahaja. Arahan mudah aktifkan teks berkenaan klik pada Page Layout > Column > Contoh : Three.
  • Changing number of columns within a column layout : Arahan ini bertujuan untuk mendapatkan bilangan colum yang dikehendaki. Arahan klik pada Page Layout > Column > More Column pilih yang dikehendaki.
  • Changing column widths and spacing : ini bertujuan untuk menukar lebar colum yang dikehendaki. Arahan klik pada Page Layout > Column > More Column pilih width & spacing. Ubah mengikut kelebaran kolum yang dikehendaki.
  • Using preset column formatting : Arahan ini untuk mendapatkan jenis Column yang dikehendaki mengikut teks isikan pointer pada baris teks klik pada Page Layout > Column > More Column pilih Two. Diruangan bawah klik pada Apply to : This point forward > Ok.
  • Inserting and removing lines between columns : Arahan ini untuk mendapatkan garisan ditengah-tengah dokumen yang mempunyai Column klik Page Layout > Column > More Column. Selepas memilih pilihan Column yang dikehendaki diruangan belah kanan terdapat tanda þ Line between klik sahaja di tengah klik Ok. Untuk memadam klik semula arahan tadi kosongkan sahaja diruangan yang ditandakan.
  • Inserting column breaks : Untuk menambah arahan ini klik pada baris yang akan diubah klik pada Page Layout > Klik Breaks > Column. Secara automatik akan berubah halaman tersebut ke ruangan paling atas column yang dipilih.
  • Deleting column breaks : Untuk memadam arahan ini klik pada Home > pilih Show/Hide akan terpapar format yang telah digunakan. Untuk memadam aktifkan perkataan ………Column break…… tekan Delete sahaja.
  • Footnotes and endnotes : Untuk menggunakan “Footnotes” Isikan pointer di ruangan kosong/belakang teks yang akan dibuat rujukan/penerangan klik References > Insert Footnote. Jika menggunakan ‘Footnotes’ pointer akan berada automatik di bahagian bawah dokumen dan akan tertambah ‘no 1’. Untuk arahan “Endnotes” akan tertambah ‘tulisan roman i,ii,iii’ serta mempunyai warna.
  • Tracking and comments : Arahan ini bertujuan untuk mengesan Format apakah yang digunakan di dalam dokumen. Klik pada Review > Review Pane. Di bahagian kanan akan terpapar Format yang telah kita gunakan. Untuk menambah Comment isi pointer diruangan kosong klik pada Review > New Comment. Akan terpapar yang dikehendaki di bahagian kanan.
  • References options : Kegunaan ini untuk mengubah pilihan yang ada di dalam pilihan References di dalam pilihan Table of Contents & Insert Table of Figure. Arahan ini digunakan setelah pilihan ini diubah pilih Options ini untuk mengubah pilihan sendiri. Keluar arahan klik sahaja Ok. Perubahan asal telah diubah setelah arahan Options ini dipilih.
  • Find and replace : Arahan ini untuk mencari perkataaan asal yang banyak untuk diubah. Klik pada Home > di dalam ruangan Editing pilih perkataan Replace @ tekan Ctrl + H.  di dalam ruangan Find what : taipkan perkataan yang akan diubah & di dalam ruangan Replace with : taipkan perkataan klik pada Replace All klik Close.

Monday, December 16, 2013

Belajar Format Nero WaveEditor

Untuk tugasan akhir pelajar Institut Perdagangan Munshi akan menyiapkan tugasan akhir bagi program Ms PowerPoint yang dinamakan slide Presentations @ juga dinamakan Slide Animasi. Di sini pelatih IPM akan diajar teknik-teknik untuk menyunting lagu format asal mp3 kepada format wav. Pelajar juga akan diberikan salinan software terus pada Laptop @ Notebook milik pelajar untuk memudahkan cara edit lagu secara persendirian di rumah.



untuk mendapatkan nota gambarajah Nero WaveEditor klik di link ini serta download ya!

semoga bermanfaat dari admin CA :) 


*Bagi yang nak cetak klik Nota Bergambar di sini ini.

Friday, October 25, 2013

Sukatan Lanjutan Siri 5 : Letterhead, Themes, Table of Content


  • Untuk bahagian ini bagi mendapatkan arahan Headers & Footers ubah terlebih dahulu kertas dokumen kepada saiz A4. Klik pada Page Layout > Size > A4. 

  • Applying different headers and footers to sections : Klik Insert > Header > Edit Header taipkan untuk kepala surat untuk menambah kaki surat klik pada Design > Go to Footer.
  • Applying different headers and footers to the first page : Semasa Header / Footer dibuka > tandakan (tick) different first page. Arahan akan bertujuan untuk mengosongkan helaian 1 tanpa ada Letterhead akan muncul pada helaian ke-2 sahaja. Arahan ini sesuai untuk 2 helaian.

  • Applying different headers and footers to odd and even pages : Arahan akan bertujuan untuk mengosongkan halaman 2 & 4 tanpa ada letterhead & akan muncul pada helaian 1 & 3 sahaja. Arahan ini sesuai untuk 4 helaian.

  • Using Themes : untuk menggunakan pilihan Themes klik pada Page Layout > pilih pilihan yang dikehendaki. Untuk melihat perubahan yang dipilih klik pada Insert > Chart / SmartArt.
  • Captions : Arahan Lanjutan ini terdapat di dalam Ribbon References. Untuk mendapatkan arahan ini isi pointer ditempat yang ingin ditambah. Untuk memudahkan arahan ini terhasil klik dahulu di dalam pilihan ClipArt pilih mana-mana gambar kemudian klik pada References > Insert Captions. Untuk menambah Label pilihan sendiri. Klik pada New Label > Contoh : Sukan. Dalam pilihan akan terpapar Sukan 1 > Ok. 

  • Creating a table of contents : Klik Home > pilih Heading 1 ubah pilih klik pada mouse kanan klik arahan Modify jika ingin mengubah jenis tulisan pilihan anda klik > Ok. Setelah itu barulah klik pada References > Table of Contents > Insert Table of Content  > tandakan bagi Show page numbers & Right align page numbers > klik Ok. Pisahkan teks kepada beberapa halaman.

  • Updating a table of contents : Untuk melihat perubahan yang telah dibina setelah dokumen telah dibahagikan kepada beberapa page klik pada References pilih perkataan Update Table > pilih Update entire Table. Secara automatik akan terpapar halaman muka surat secara automatik atau boleh juga menekan F9 & pilih pilihan yang sama.

  • Creating and updating a table of figures : Untuk pilihan ini setelah Label Caption “Sukan” dibina arahan ini juga dapat digunakan. Untuk membina beberapa helaian dokumen klik pada References à Insert Caption pilih Label yang dibina à Ok. Pilih beberapa pilihan gambar. Supaya halaman dapat dibuat. Isi pointer di bahagian teks paling atas klik pada References > klik Insert Table of Figure klik Ok. Lihat hasil.
  • Creating index entries : Arahan ini untuk memasukkan index yang terdapat di dalam dokumen. Aktifkan teks terlebih dahulu yang akan dibuat index pada halaman terakhir hanya klik pada References > pilih Mark Entry masukkan pilihan index yang anda kehendaki mengikuti jilid buku klik Mark klik Close.
  • Marking an index sub-entry : Untuk mendapatkan klik Insert Index pilih mengikuti yang dikehendaki. Arahan tidak perlu ditutup aktifkan sahaja pilihan yang dikehendaki  klik lagi Mark Entry.
  • Compiling and updating an index : Setelah mengubah pilihan yang dikehendaki klik pada Update Index.

Monday, July 15, 2013

Sukatan Lanjutan Part 4 : Tables (Jadual)


Untuk bahagian ini bagi mendapatkan arahan Table Styles anda perlu klik arahan Insert > Table. Lajurkan berapa yang anda inginkan. Arahan ini untuk mengubah jenis pilihan Table asal (Blank @ tidak bercorak) kepada pilihan yang bercorak serta berwarna hanya klik pada Design > More pilih pilihan anda. Contoh : Accent 4.



Merging cells within a table : arahan ini adalah untuk menggabungkan bilangan Column/Row arahan : klik menggunakan pointer D beberapa kekotak column pilih Layout > Merge Cell. Arahan ini  hanya untuk bilangan Column/Row lebih daripada 1. Jika klik 1 kotak arahan ini tidak aktif. Contoh : Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (%).

Splitting cells within a table : arahan ini adalah untuk menambah bilangan colum yang banyak dalam 1 column pilih Layout > Split Cells. Arahan ini  juga boleh untuk menambah/ mengurangkan bilangan Column/Row. Contoh : Rujukan.

Modifying cell alignment : arahan ini adalah untuk mengubah kedudukan teks serta yang mempunyai jarak teks tersebut berada di dalam kekotak Column/Row yang  mempunyai jarak yang telah dikhususkan. Arahan klik Layout > Align Center.

Modifying cell margins : arahan ini adalah untuk mengubah jarak column sekiranya memilih Table arahan klik Layout > Table Column Width.

Modifying text direction within cells : arahan ini adalah untuk mengubah kedudukan teks dalam keadaan menegak ke kanan @ ke kiri. Contoh : Sasaran RMK-9.

Repeating the table heading row for multi-page tables : arahan ini adalah untuk menambah awalan perkataan di dalam baris Table yang pertama kedua & seterusnya  selain itu jika menambah WordArt @ logo di awal baris atas Table juga turut kelihatan pada halaman dokumen kertas seterusnya.

Controlling row breaking across pages : arahan ini adalah untuk mengetahui pilihan dalam Table yang berjaya kita ubah klik pada Design > Table Sytle Options.

Performing a single column sort : arahan ini adalah untuk menyusun susunan abjad pada baris yang pertama sahaja ubah pada Sort.

Multilevel sorting : arahan ini adalah untuk menyusun susunan abjad yang terdapat di dalam baris Table tersebut. klik Layout > Sort.

Converting delimited text to a table : arahan ini adalah untuk teks yang berada diluar untuk berada di dalam Table. Klik Cut & klik Pointer A dan klik Paste.

Converting a table to text : arahan ini adalah untuk mengubah teks di dalam table berada di luar Table dalam keadaan seperti di Tabs, Paragraph atau “,” klik Layout > Convert to text.

Friday, July 12, 2013

Sukatan Lanjutan Siri 3 : Format Perenggan

Untuk bab ini memformatkan perenggan. Berikut diterangkan beberapa pilihan yang boleh diguna pakai untuk menjarakkan perenggan. Line spacing asal 1.0 boleh diubah kepada pilihan yang dikehendaki. Arahan untuk mengubah klik pada Home => Line Spacing => pilihan anda 1.15 @ 1.5 dapat digunakan untuk menjarakkan teks.
Penggunaan Using the Widow/Orphan control, Using ‘Keep lines together’, Using the 'Keep with next' option & Using ‘Page break before’ dapat digerakkan secara tetap mengikut format yang dikehendaki. Sebagai contoh anda menggunakan Table apabila 4 arahan ini digunakan serentak. Format ini akan berturutan mengikuti bilangan page yang dikehendaki.
Applying and modifying multilevel list formatting : Penggunaan ini adalah untuk menjarakkan teks tanpa menggerakkan indent di atas Ruler. Cara untuk menggunakan klik pada Home => Numbering @ Bullets. Klik Multilevel => Define New Multilevel List => Set For all Levels. Contoh jarak pertama : 0 | 0.25 | 0.25 (Jarak yang dipelajari di IPM 3 level). 

Autoformat, autocorrect & autotext : Penggunaan sebagai contoh tarikh, icon senyum (16th @ :) ). Penggunaan Autocorrect : sebagai contoh taip perkataan "teh" akan bertukar menjadi "The". Penggunaan Autotext : sebagai contoh ingin menaip perkataan "Munshi Komputer" hanya taip perkataan MK sahaja perkataan tersebut dibentuk. Untuk mengubah klik pada Office Button > Word Options > Proofing > Autocorrect options > taip dalam ruangan Replace & with untuk sahkan tekan ADD. 

Watermarks : Penggunaan latar belakang pada dokumen klik pada Page Layout > Custom Watermarks > pilihan anda tukar Font & Font Style.

Creating, modifying and deleting an AutoCorrect entry : Untuk arahan memadam pilihan yang dibuat juga ditempat yang sama klik semula perkataan tersebut tekan Delete.

~ Selamat Mencuba ~

Tuesday, June 04, 2013

Sukatan Lanjutan Siri 2 : Mengaplikasikan Text Wrapping

Untuk arahan Text Wrapping ini khusus untuk kedudukan gambar, objek, carta, diagram, gambar foto serta lakaran Table di dalam MS Word. Arahan Text Wrapping ini hanya akan kelihatan di dalam program MS Word sahaja dan tidak ada di dalam program lain.

Mula-mula kita akan mengambil arahan gambar secara asas. Cara mengambil gambar peringkat pertengahan akan dilampirkan di dalam post yang akan datang.

Cara untuk mengambil gambar secara asas klik pada Insert -> ClipArt di dalam ruangan Search for : Taipkan pengelasan. Contoh : Golf.


Di bawah ini terdapat dua perbezaan yang boleh dilihat seperti di bawah ini. Mahirkan diri anda dengan kegunaan pelbagai susun atur kedudukan imej ini. Apabila anda mengambil gambar Copy + Paste di dalam dokumen/internet arahan Text Wrapping ini perlu anda ubah setiap kali gambar baru diambil.


Arahan Text Wrapping ini boleh digunakan bagi Shape (Insert -> Shape -> Pilih bentuk & lajurkan), Text Box (Insert -> Text Box-> Draw Text Box), Chart, gambar Foto & Diagram. 


Arahan Text Wrapping ini juga boleh menambah Table di dalam teks (Insert -> Table -> Draw Table). Selamat Mencuba!

[ Dipetik dari PDF Sukatan Kenaikan Pangkat Setiausaha: http://bpsm.usm.my/ ]

[ Halaman 4 Buku Rujukan MS Word 2007 Institut Perdagangan Munshi, Kuantan ]

Wednesday, May 29, 2013

Sukatan Lanjutan Siri 1 : Kaedah Linking and Embedding

Saya selaku Guru Komputer telah melatih beberapa peserta yang ingin mengikuti kuliah Khas untuk kenaikan pangkat Gred N32 & N22 juga. Sesi pembelajaran ini saya telah memberi tunjuk ajar kepada Puan Jamaliah dari Jabatan Kerajaan & Terbaru dari kakitangan UMP, Puan Shafinaz. 

Pembelajaran ini saya telah menyediakan Nota Pembelajaran Khas yang telah saya sunting sendiri. Yuran Kuliah 10 Jam (RM 300). Bilangan peserta kelas dewasa 1 hingga 3 peserta sahaja. Terkini hanya saya jalankan pada hari bekerja Isnin hingga Jumaat mengikut kekosongan semasa. 





Untuk mendapatkan Gambaran Nota Bergambar EBook ni sila klik link ini Contoh EBook & muat turun ya !

[ Dipetik dari PDF Sukatan Kenaikan Pangkat Setiausaha: http://bpsm.usm.my/ ]

Friday, May 24, 2013

~Sering Memohon Jawatan Tetapi Tiada Kemahiran Komputer~

Saya Norain Ab Jabar, sebelum saya mengikuti kursus ini saya tidak mempunyai banyak kemahiran dalam bidang pengurusan pejabat. Sebelum ini saya pelajar lepasan SPM dan mengganggur serta bergantung kepada ibu bapa. Saya telah mencari beberapa pekerjaan tetapi tidak berjaya kebanyakan jawatan kosong memerlukan kemahiran komputer. Saya tidak memenuhi syarat-syarat jawatan tersebut. 

Pembelajaran saya di sini telah diperkenalkan oleh salah seorang rakan saya. Semasa kursus saya diajar cara- cara menyediakan dokumen seperti iklan, surat tawaran, mencetak sampul surat dan lain-lain lagi. Selain itu, di dalam kelas MS Power Point pula saya diajar membuat tugasan yang melibatkan pembentangan yang melibatkan komputer. Di dalam pembelajaran MS Excel pula saya telah diajar menyediakan dokmumen yang banyak melibatkan pengiraan  dan ia menjadi mudah dengan menggunakan format-format yang tersedia di dalam program.

Saya memperolehi banyak ilmu dan kemahiran yang diajar dan dikongsi oleh tenaga pengajar di sini. Saya beharap selepas menamatkan kursus ini saya dapat menfaatkan ilmu kemahiran yang saya pelajari disini. Saya juga beharap semasa di alam pekerjaan nanti saya dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang dan menjadikan saya pekerja yang berdedikasi. Terima kasih kepada tenaga pengajar yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya selama berkursus di sini.

~Sangkaan Meleset Mengenai Pembelajaran Komputer di IPM~

Saya Zaharah Abdullah, sebelum masuk IPM, saya menyangkakan cara pengajaran dan pembelajaran di IPM adalah seperti kebiasaan di tempat lain. Saya juga menyangkakan bahawa tenaga pengajarnya memberi tunjuk ajar tanpa penelitian secara individu. Ternyata itu hanya pemikiran saya sahaja. Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas amat berlainan dari apa yang difikirkan. Pembelajaran di dalam kelas amat menyeronokkan. Saya akui pengetahuan saya dalam penggunaan dalam aplikasi komputer amatlah cetek. 

Saya tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam menggunakan komputer dan tidak pernah belajar komputer di tempat lain. Saya juga tidak berminat untuk menggunakan komputer kerana tidak mempunyai asas mengenainya. Terutamanya dalam program Microsoft Office. Banyak perkara yang boleh diaplikasikan setelah mengetahui fungsinya, terutama dalam penggunaan “Mail Merge”. Dengan kemahiran yang ada ini memudahkan lagi kerja apabila diberikan oleh majikan. Malah, saya dapat rasakan bahawa mempelajari komputer amat berharga sekali kerana di mana-mana pun jawatan sangat memerlukan kemahiran ini. Saya telah berjaya mengetahui tentang penggunaan komputer dalam tiga program Microsoft Office iaitu MS Word, MS Power Point dan MS Excel. 

Semua kemahiran ini, tidak pernah saya perolehi sebelum ini tetapi di Institut Perdagangan Munshi, saya telah memperolehi teknik sebenar dalam penggunaan aplikasi komputer. Kemahiran yang dimilliki ini akan digunakan dengan betul. Selain itu, saya juga sudah pandai membuat sampul surat, borang dan surat dan merasa lebih yakin untuk melakukan tugas berkaitan apabila menjalani praktikal nanti atau melangkah ke gerbang alam pekerjaan yang sebenarnya.

~Hanya Tahu Shortcut Komputer Bukan Format Sebenar~

Saya Nuratila Zulkifli, sebelum mengikuti kursus  komputer saya pernah mempelajari subjek komputer di tempat lain. Tetapi kebanyakkan apa yang saya pelajari menggunakan shortcut. di IPM saya belajar dari mula (asas) yang mana tidak menggunakan shortcut saya perlu mencari satu persatu, contohnya untuk mencari Bullet, perlu Customize terlebih dahulu dan pilih satu persatu tanpa mengambil yang sedia ada.

Ini membuatkan saya melakukan tugasan komputer dengan lebih cepat dan tepat. Semasa mengikuti kursus saya diberi tugasan dan perlu menyiapkan tugasan tersebut untuk layak memasuki ujian. Saya dikehendaki mencari setiap fungsi Ribbon yang terdapat dalam MS Word, MS Power Point & MS Excel.Tujuannya adalah untuk memudahkan saya lebih mengenali fungsi setiap Ribbon yang ada dan cara penggunaannya. Saya juga dibekalkan dengan buku nota/ buku rujukan setiap program untuk memudahkan saya untuk membuat latihan dan rujukan di rumah. 

Tenaga Pengajar menggalakkan saya untuk membuat latihan di rumah sebelum pembelajaran di dalam kelas yang akan datang bagi memudahkan sesi pembelajaran dan juga untuk melakukan tugasan di kelas dengan cepat dan tepat serta masa yang digunakan untuk menyiapkan tugasan komputer yang telah ditetapkan. Saya amat bersyukur kerana dapat mempelajari ilmu komputer yang memberikan saya semangat untuk mengaplikasikan lmu tersebut. Ini memudahkan saya untuk menyelesaikan kerja yang berkaitan dengan Microsoft Office terutama dalam Microsoft Word, Microsoft Power Point, Microsoft Excel. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada CA dan juga rakan- rakan yang membantu mengajar saya dengan bersungguh-sungguh hingga saya berjaya menguasai penggunaan komputer di pejabat.

~Cabaran Tugasan Di Dalam Komputer~


Saya Ainul Fatin Husna Mohd Amerudin, sebelum saya mengikuti kursus komputer pengetahuan saya sangat penggunaan pejabat sangat sedikit  saya tidak ada pengetahuan tentang komputer. Program komputer ini harus saya pelajari ini apabila bekerja bagaimana setiap tugas dapat diselesaikan. Selain itu, saya juga belajar cara untuk membuat sesuatu tugas  dan teknik yang mampu mempercepatkan sesuatu tugasan.

Semasa kursus, saya telah mempelajari program Ms Word dan MS Power Point.Saya rasa sangat seronok kerana dapat membuat segala tugasan yang diberikan dengan baik, walaupun ada kesalahan tetapi saya akan terus berusaha dengan lebih baik lagi. Kerana setiap kesalahan tugasan yang saya lakukan ia menguji minda saya. 

Selain itu saya juga telah mempelajari pengetahuan Microsoft Excel kerana pembelajaran program ini banyak dari segi pengiraan walaupun mencabar saya mencuba yang terbaik untuk masa depan saya.Banyak perkara yang saya telah pelajari yang sebelum ini tidak pernah saya pelajari. Ucapan terima kasih kepada tenaga pengajar di Institut Perdangangan Munshi yang telah banyak membantu dan mengajar saya dengan penuh kesabaran.

~Rahsia Menaip Pantas Diketahui~


Saya Nur Azmira Nasarudin, sebelum menghadiri kursus IPM saya menyangka diri saya tiada masa depan. Saya suka membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah. Saya merasa bosan kerana tidak mendapat kerja yang menjamin masa depan saya berasa cemburu kepada kawan yang ada kerja-kerja yang sesuai dengan mereka. Saya tidak tahu apa itu Pengurusan Pejabat dan saya tidak tahu bahawa setiap jari yang ada pada jari-jari kita ada fungsi apabila kita menaip. 

Semasa berkursus saya merasakan diri saya terjamin dan saya dapat rasakan saya membuat kerja-kerja yang berfaedah, pada minggu pertama saya di IPM saya diajar cara untuk menggunakan kod jari, tatatertib semasa berada mesin taip ataupun komputer. 

Selain itu, saya dapat melatihkan diri saya atau dapat mencari idea untuk menyelesaikan masalah yang saya terima semasa menyiapkan tugasan kerja yang diamanahkan. Saya juga dapat berkomunikasi dengan etika pejabat. Sekarang saya menaip di mesin taip atau komputer dengan menggunakan kod jari yang telah saya pelajari dan akhirnya saya dapat menguasai kod jari itu, kini saya dapat menaip dengan lebih cepat berbanding sebelum saya mempelajari kod jari ini. Saya betul-betul menghargai ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru di IPM  ini.

~Tahap Keyakinan Rendah Sebelum Kursus~


Saya Nor Aisyah Mamat semasa saya berkursus di IPM, pada mulanya saya tidak mahir dalam kuliah komputer ini tetapi atas dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan saya dapat menguasainya. Selain itu, banyak juga aktiviti yang dijalankan di IPM sama ada di luar mahupun di dalam IPM. Selain itu tugasan komputer diberikan seperti Ribbon komputer dan kerja kursus.

Pada mulanya, saya berasa tidak yakin dapat menyiapkannya tetapi atas dorongan tenaga pengajar dan kawan-kawan saya dapat menghantar tugasan tersebut dengan jayanya. Selepas saya menjalani kursus di IPM, saya telah ditawarkan  untuk menjalani latihan Pratikal di Jabatan Pertahanan Awam, Pahang selama 4 bulan. Saya sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana ditempatkan di jabatan tersebut. 

Akhir kata, saya ingin  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Farizan, Cik Adawiah, Encik Sharif, Tuan Haji Nasir dan Tuan Haji Shabati kerana mengajar saya tanpa mengenal erti jemu sehinggalah saya sampai ke tahap ini. Segala didikan yang telah saya perolehi amat saya hargai.Semoga IPM bertambah maju dan berjaya di masa hadapan.

~Sangkaan Silap Mengenai Belajar Komputer di IPM~

Saya Nur Fatihah Abdillah sebelum mengikuti kursus komputer di IPM saya mempunyai pengetahuan pengunaan komputer yg agak lemah. Sebelum ini saya hanya menggunakan teknik yang tidak mengikut format tempoh yang diberikan agak lama untuk disiapkan. Saya juga menyangka cara pembelajaran di sini sama seperti di tempat lain. 

Semasa berkursus di IPM sangkaan saya selama ini silap kerana belajar di sini bukan seperti tempat lain kerana cara pembelajaran di sini amat teliti. Saya dapat mempelajari cara menggunakan kod jari dengan betul, saya juga dapat mengetahui tentang penggunaan huruf-huruf yang terdapat pada papan kekunci. Saya juga dapat mempelajari format surat dengan betul, menyimpan data & banyak lagi. Saya juga diajar tentang cara cepat untuk membuat sebarang tugasan.

Disamping itu saya juga belajar tentang membuat slide dengan cara yang betul. Saya berterima kasih kepada Cik Adawiahatas didikan beliau saya telah banyak mengetahui tentang asas penggunaan komputer. Saya juga dapat menaip huruf-huruf di papan kekunci dengan teknik yang betul.Pada masa yang sama, belajar di IPM ini tidak seperti yang saya sangkakan kerana gurunya memberi penekanan kepada pelajarnya untuk berjaya.

Saya yang selama ini kurang berpengetahuan mengenai penggunaan komputer menjadi lebih berkemahiran tentang pengunaan komputer di pejabat.Saya berharap segala ilmu yang dicurahkan oleh guru saya akan saya gunakan untuk latihan praktikal atau bekerja kelak.

Tuesday, May 14, 2013

Terpaksa Melepaskan Jawatan Kerana "0" Kemahiran


Saya Nurul Shafira Azhar, menjejak kaki di IPM dengan dada yang kosong, iaitu tanpa pengetahuan tentang pengunaan komputer walaupun peringkat asas. Hal ini kerana sebelum ini saya tidak pernah mengambil kursus komputer. Hadirnya saya di IPM ini, setelah saya terpaksa melepaskan sebuah pekerjaan yang amat bagus bagi saya kerana saya tidak mempunyai kemahiran komputer.

Selang beberapa bulan saya mula mengenali cara penggunaan komputer. Apa yang pasti saya amat seronok mempelajarinya. Walaupun agak sukar pada mulanya tetapi lama kelamaan saya semakin tertarik untuk mengetahui lebih mendalam tentang penggunaan komputer. Saya cuba memahami  apa yang diajar oleh tenaga pengajar komputer di IPM. Saya telah diberi kemudahan dengan buku rujukan serta nota yang telah disediakan. 

Saya membuat setiap latihan berdasarkan nota yang diberi. Sekiranya ada yang masih saya kurang jelas @ tidak difahami CA akan diterangkan sehingga saya memahami apa yang dipelajari. Walaupun saya tidak sepantas pelatih yang lain saya amat gembira kerana 50% tentang penggunaan komputer telah saya miliki.Kini saya lebih yakin dengan kemahiran yang telah saya perolehi. Segala tunjuk ajar yang telah diberi oleh pengajar iaitu Cik Adawiah akan saya manfaatkan sepenuhnya apabila saya menjalani pratikal dan alam pekerjaan. Kini saya juga lebih yakin untuk menjawat jawatan seperti dulu. Saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana membuka pintu hati saya untuk menuntut ilmu di IPM. Jutaan terima kasih untuk CA dan rakan pelatih sekalian di atas tunjuk ajar dan bantuan yang telah diberi tanpa jemu. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.

Tugasan Dapat Dilakukan Dengan Cepat

Saya Nurzahirah Mohamad Zin, telah terpilih untuk menjalani kursus Aplikasi Komputer dan telah mengambil 4 program iaitu MS Word, MS Power Point, MS Excel dan MS Access. Saya sangat gembira dan teruja untuk mempelajari program yang terdapat di IPM. 

Pada awalnya saya tidak mahir dalam penggunaan MS Office. Tahap kecekapan saya adalah rendah semasa menggunakan program MS Word dan MS Excel. MS Power Point dan MS Access pula, sangat jarang-jarang digunakan dalam aktiviti harian. Tenaga Pengajar komputer banyak membantu saya dalam mendalami ilmu aplikasi program MS Office ini. Ilmu pengetahuan saya tentang aplikasi komputer ini semakin meningkat dan kemahiran ini memudahkan saya membuat kerja dengan tepat dan pantas.

Saya juga rasa sangat bertuah dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana ditemukan dengan tenaga pengajar yang sangat sporting dan hebat.MS Word merupakan program yang digunakan secara meluas dalam aktiviti pengurusan pejabat. Di dalam MS Word, saya telah mempelajari bagaimana membuat Mail Merge pada surat, membina borang dan menyediakan format surat rasmi yang sebenar. 

MS Power Point pula mengajar saya untuk lebih kreatif semasa membuat perbentangan dan juga boleh membina pelan serta iklan promosi. MS Excel pula memudahkan pengiraan yang banyak dan sulit serta memberi jawapan yang tepat. MS Access pula membolehkan saya untuk membina borang secara dalam talian serta memudahkan pengurusan maklumat terkumpul.Ilmu yang telah dipelajari di IPM adalah berbeza dan teknik pengajarannya yang berkesan.

Mohon Kerja Perlu Pengetahuan Komputer


Saya Nur Jamaliah Ja’afar, sebelum mengikuti kursus komputer di IPM. Secara jujur saya langsung tidak mengetahui apa-apa tentang kegunaan komputer untuk kegunaan harian. Saya juga menganggap yang ilmu komputer ini tidak penting. Tetapi apabila saya ingin memohon sebarang jawatan kerja, saya sering terbaca bahawa setiap calon yang ingin memohon jawatan itu perlu mempunyai pengetahuan mengenai Aplikasi Komputer. 

Saya juga sedar bahawa pihak majikan pada masa sekarang ini lebih memerlukan seorang pekerja yang mempunyai kemahiran komputer berbanding akademik. Oleh sebab itu, saya nekad untuk mempelajari ilmu komputer. Saya mempelajari membuat sampul surat dan surat dengan menggunakan kaedah Mailing, slideshow presentation bagi kerja kursus akhir. Akhir sekali saya telah diberi peluang untuk mempelajari tentang Microsoft Excel. 

Saya amat meminati Microsoft Excel kerana saya dapat membuat sebarang pengiraan dengan pantas dan mudah. Dengan berkat tunjuk ajar tenaga pengajar saya tentang  penggunaan  komputer sehingga saya mahir dalam menggunakan komputer saya sudah mahir menggunakan Aplikasi Komputer. Tanpa usaha saya juga, saya mungkin tidak akan berjaya sehingga sekarang. Saya dapat menguasai semua program yang terdapat di IPM. 

Saya sangat menghargai usaha beliau untuk mengajar saya sampai mahir menggunakan komputer. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada CA kerana berkat kesabaran dan keprihatinan beliau dalam mendidik saya. Setiap teguran dan pesanan yang beliau berikan kepada saya tidak akan saya lupakan.

Monday, May 06, 2013

Suasana Hari Akhir Kursus Pengurusan Pejabat K5

Berakhirnya kursus Pengurusan Pejabat sesi November - April 2013. Antara gelagat tenaga pengajar IPM dan pelajar IPM.  


 ~ En. Sharif Hashim malu-malu apabila semua pelajar memandang ke arahnya ~


~ Tema Warna Purple ~


~Mana 1 ye tenaga pengajar hihi~


~agak2 mana yang tak ikut format ye? mungkin itu yang diperkatakan oleh Shuhada~


~Akhirnya dapat Slip & Surat Akuan akhir kursus berkat ambil program Advance MS Excel~


~Antara yang berjaya menghabiskan latihan-latihan di dalam program yang terdapat di IPM 3 program dari 4 program~


~Gambar ini diambil pada hari terakhir pembelajaran MS Excel ~


~Carta Pie yang berjaya dihasilkan pada hari terakhir kursus komputer. Di dalam pembelajaran diajar One-by_one semua pelajar dibekalkan Buku Rujukan Penulisan Guru Komputer IPM, Cik Adawiah~






~ Juga boleh dilihat di dalam Page Munshi Komputer kelolaan CA ~

Saturday, May 04, 2013

~ Gadis Cute Gwiyomi IPM Munshi ~



~~Fenomena Gwiyomi mendapat sambutan hangat tidak terkecuali pelajar Institut Perdagangan Munshi... Jom tengok mereka menyanyikan lagu CUTE~~

Sukaneka Yang Meriah - Taman Gelora, Kuantan



~ Sukaneka Institut Perdagangan Munshi selain belajar kemahiran mereka juga turut mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan pelajar baru & pelajar lama bagaimana untuk bergabung untuk 1 pasukan ~


# Sebelum ini tidak berkesempatan untuk meng "uplod" video di dalam YT ini adalah video pertama yang berjaya CA uplod (y)!

Friday, April 12, 2013

~Keputusan Ujian K1/13 Kali Pertama ~



~Keputusan Ujian K5/12 Kali Kedua ~




Hanya Mengetahui Penggunaan Komputer Untuk Games & Laman Sosial


Peserta Testimoni : Saya Nurul Atiqah Binti Fadhil, sebelum saya menjalani kursus komputer di IPM, saya pernah belajar sebelum ini di sekolah agama tetapi tidak secara terperinci kerana ia tidak menekankan untuk pelajari komputer dan tidak cukup masa di dalam kelas komputer. Sebelum ini pengetahuan saya dalam menggunakan kemahiran komputer sangat cetek dan tidak banyak dipelajari di dalam MS Office ini. Apa yang selalu saya guna hanyalah permainan komputer serta melayari Internet. 

Jika ada tugasan mengenai komputer saya akan serahkan kepada rakan-rakan atau kepada adik beradik yang lain. Banyak yang telah saya pelajari antaranya cara untuk membina Letterhead organisasi atau syarikat-syarikat, cara untuk mencetak terus di atas sampul surat untuk urusan pejabat yang banyak tanpa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan. Ini kerana saya telah didedahkan penggunaan yang mudah, cepat serta praktikal. 

Untuk program MS Power Point saya di ajar cara menggunakan slideshow, audio dan juga video. Program ini boleh membuat pelan atau peta dan boleh mengedit gambar untuk lebih cantik dan menarik. Alhamdullilah dengan adanya IPM saya dapat membuat kerja kursus komputer dengan jayanya yang telah diamanahkan untuk saya. Semasa menjalani kursus komputer di IPM saya berpuas hati dengan cara tenaga pengajar komputer saya iaitu Cik Adawiah cara beliau mengajar telah banyak memberi kemahiran kepada saya terutama penggunaan yang terdapat di dalam program MS Word, MS Power Point dan juga MS Excel dengan penuh dedikasi serta memberi keyakinan kepada saya untuk mendalami dengan baik sekali. 

Saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya mempelajari komputer di Institut Perdagangan Munshi. Saya akan menggunakan ilmu yang saya pelajari ini untuk masa akan datang dan sampai bila-bila. Program yang saya pelajari daripada tenaga pengajar komputer saya ini akan saya sampaikan kepada rakan-rakan terdekat. Progam yang saya pelajari ini mempunyai banyak kelebihan kepada saya untuk membuat perniagaan di masa akan datang. 

Thursday, April 11, 2013

~Dapat Menguasai Pembelajaran Komputer Dengan Mudah~

Saya Nurhidayatie Binti Ahmad, saya telah berjaya menamatkan pengajian saya di IPM di dalam kursus Pengurusan Pejabat. Saya sangat bersyukur kerana saya insan terpilih mengikuti kuliah di IPM. Setelah saya belajar di IPM banyak ilmu yang saya pelajari berbanding dahulu. 

Terutama ilmu komputer, disini saya telah di perkenalkan dan pelajari tentang penggunaan komputer dalam 3 program. Iaitu MS Word, MS Power Point dan MS Excel. Walaupun selama 6 bulan sahaja, banyak ilmu yang telah saya pelajari oleh Cik Adawiah yang sentiasa membimbing pelajar tanpa kenal jemu. 

Disini saya mengetahui bagaimana menambah gambar dalam teks, membuat surat, membuat data Mail Merge, invois dan borang dalam MS Word. Manakala dalam MS Power Point saya tahu tentang membuat iklan, peta, slide show dan sebagainya dan dalam MS Excel saya dapat menguasai bagaimana membuat graf dan jadual dengan tepat dan mudah. 

Semua ini selalunya banyak dan amat penting dalam peluang pekerjaan sekarang. Saya amat beruntung dapat mempelajari ini semua dan amat berterima kasih kepada pihak IPM terutamanya guru komputer saya iaitu Cik Adawiah. 

Jasa dan pengorbananmu tidak terhingga dan tidak dapat saya membalas dengan mudah. Terima kasih CA. Janganlah melupakan pelajar yang bernama Nurhidayatie yang selalu ‘blur’ dalam kuliah. ingat saya selalu CA.