Saturday, September 01, 2012

Komputer Tak Penting

Peserta Testimoni : Saya Fatin Nadhirah Binti Mat Zaid, sebelum mengikuti kursus komputer dan belajar di IPM saya menganggap komputer bukanlah sesuatu yang penting dan saya juga tidak tahu apa-apa tentang penggunaan komputer kerana saya hanya mengetahui komputer hanya sesuai untuk melayari internet, bermain games dan menghayati lagu. Saya tidak mengetahui menggunakan setiap fungsi bagi program di dalam komputer. 

Saya juga tidak pernah tahu akan cara penggunaan kod jari. Saya menganggap penggunaan komputer adalah tidak penting untuk kehidupan saya. Selepas berbulan saya mengikuti kursus komputer saya dapat mempelajari  setiap fungsi di dalam penggunaan komputer. Selain itu, saya juga telah mahir dalam menggunakan program Microsoft Word seperti membuat sampul surat, borang, surat dan sebagainya yang tidak ramai orang mengetahui penggunaannya. 

Kelebihan Microsoft Word ialah dapat menyimpan banyak rekod dalam 1 dokumen dan tidak perlu membuat salinan yang banyak. Selain itu, saya juga sempat mempelajari cara menggunakan program Microsoft Power Point dan tidak di sangka saya juga terpilih mengikuti satu lagi program iaitu Microsoft Excel, ini memudahkan lagi saya membuat pembentangan kerja-kerja saya dan juga cara membuat akaun, carta organisasi, pelan dan sebagainya. 

Dengan mempelajari program komputer penggunaan pejabat baru saya sedar bahawa betapa pentingnya penggunaan komputer dan juga dapat membantu memperoleh pekerjaan. Di sini saya juga dilatih untuk menaip dengan betul ianya membolehkan kita mengurangkan kesalahan ketika menaip dan mempercepatkan mutu menaip. Jika diberi peluang dan kesempatan saya akan mempelajari satu lagi program iaitu Microsoft Access kerana setiap program ada kemudahan yang disediakan. Setelah mengikuti kursus Aplikasi Komputer ini saya mengetahui bahawa penggunaan dan mempelajari komputer banyak memberi kita faedah paling penting memudahkan segala urusan serta mengikut format yang betul.