Tuesday, September 04, 2012

Sekadar Menaip Suka-suka Tanpa Mengetahui Kegunaan Icon Komputer


Peserta Testimoni : Saya Ainul Yaqin Binti Mokhtar, amat berterima kasih kepada pihak IPM kerana memberi saya peluang untuk menimba ilmu pengetahuan di IPM. Sebelum saya belajar di Institut Perdagangan Munshi saya tidak mengetahui banyak perkara terutama di dalam Aplikasi Komputer. 

Saya hanya mengetahui tentang menaip semata-mata dan tidak mengetahui kegunaan ikon-ikon yang terdapat dalam Ribbon Microsoft Office Word & Microsoft Power Point. Semasa saya mengikuti program di IPM sepanjang 6 bulan, banyak perkara yang saya dapat pelajari dalam Aplikasi Komputer. Sepanjang berkursus saya telah mempelajari tentang cara-cara untuk memasukkan data dalam dokumen dengan kaedah Mail Merge yang tidak ramai mengetahui program MS Word dapat digunakan kaedah ini itulah keistemewaan mempelajari di IPM. 

Selain itu saya juga turut mempelajari cara-cara membuat borang, iklan dan lain-lain lagi. Dalam Microsoft Power Point pula saya mempelajari bagaimana membuat pelan samada pelan ke lokasi atau pelan jalan raya. Saya juga telah belajar mengenai bagaimana hendak membuat carta dan graf yang turut merangkumi sedikit Microsoft Excel. Saya turut diajar bagaimana hendak membuat kad ucapan samada kad hari guru, hari lahir dan sebagainya. Sepanjang mempelajari Aplikasi Komputer saya telah diamanahkan untuk membuat kerja kursus mengenai Ribbon yang terdapat dalam Microsoft Office Word. Saya harap dengan pengetahuan yang saya telah perolehi sepanjang berkursus di IPM saya dapat saya manfaatkan pengetahuan yang saya perolehi. Saya harap dengan ilmu yang diberikan oleh tenaga pengajar Aplikasi Komputer, Cik Adawiah saya dapat gunakan ilmu tersebut terutama ketika di alam pekerjaan kelak. 

Saya amat berterima kasih kepada CA kerana sanggup mengajar dan memberi saya peluang untuk menimba ilmu dalam program Aplikasi Komputer di Institut Perdagangan Munshi selama 6 bulan.

Pembelajaran Komputer di IPM Berbeza Dari Pusat Pembelajaran Terdahulu


Peserta Testimoni : Saya Nurul Nasihah Binti Iza, bersyukur kepada ke hadrat ilahi kerana di beri keizinan untuk belajar di Institut Perdagangan Munshi ini. Pada mulanya saya berasa sangat takut dan gementar tapi dengan adanya semangat, usaha dan tujuk ajar tenaga yang baik saya berasa sangat berani dan bertuah dapat belajar di (IPM). Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Cik Adawiah (CA) kerana menberi tunjuk ajar dan mencurah ilmu computer kepada saya dan rakan-rakan. 

Daripada saya tidak tahu sampai saya tahu bagaimana untuk kegunaan komputer yang betul dan kegunaan kod jari yang sebenar di dalam penggunaan komputer. Sebelum mengikuti kursus kemahiran komputer di IPM, saya pernah mengikuti kursus komputer di salah sebuah pusat pembelajaran di tempat saya ini tetapi saya tidak dapat mempraktik apa yang telah saya pelajari di sana. Ini kerana di sana saya di ajar secara asas sahaja. Di IPM dengan adanya Buku Rujukan Aplikasi Komputer yang di bekalkan oleh tenaga pengajar komputer maka bertambah mudah dan senang untuk belajar dan membuat rujukan yang betul pada masa yang akan datang. 

Saya telah menyiapkan sebarang tugasan berdasarkan apa yang telah dipelajari tanpa saya perlu menulis nota-nota yang panjang ini kerana tenaga pengajar komputer telah menyediakan semua itu. Saya mempelajari dua program komputer iaitu Microsoft Word & Microsoft Power Point. Banyak yang telah saya pelajari antaranya saya telah belajar mengenai cara-cara membuat plan, graf, carta organisasi, kad ucapan dan langkah demi langkah slide perbentangan. Selain itu juga, saya juga berjaya menyiapkan tugasan yang di amanahkan selain menduduki ujian bulanan komputer di IPM. Selepas tamat kursus saya akan akan pratik kemahiran yang saya ada di tempat kerja nanti. Bagi saya ilmu komputer amat berharga dalam hidup kerana setiap pekerjaan memerlukan kemahiran ini.

Saya amat berterima kasih kepada tenaga pengajar komputer Cik Rabiah Adawiah kerana telah memberi tunjuk ajar, tidak putus-putus memberi dorongan semangat kepada saya sehingga saya sampai ke tahap ini. Tempoh 6 bulan bagi saya terlalu singkat untuk saya mempelajari tetapi dengan ilmu yang saya ada ini akan saya gunakan dengan sebaiknya.

Buku Rujukan Komputer Membantu Lebih Berkemahiran


Peserta Testimoni : Saya Nurul ‘Izzati Binti Mohd Azmi, sebelum saya mengikuti kursus komputer saya merupakan seorang yang buta IT saya langsung tidak tahu fungsi kegunaan komputer untuk membuat sebarang tugasan yang dikehendaki yang melibatkan penggunaan komputer. Saya hanya mengetahui secara asas atau sepintas lalu sahaja serta langsung tidak ada kemahiran di dalam melaksanakan tugasan komputer. 

Boleh dikatakan semua sektor pekerjaan kini memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran di dalam penggunaan komputer pengurusan pejabat. Bagi pelajar yang mempunyai kemahiran komputer adalah satu kelebihan bermula dari situlah timbul rasa untuk memahirkan diri dalam pengunaan komputer yang saya rasakan saya amat cetek sekali. Semasa mengikuti pengajian saya telah mempelajari dua program iaitu MS Word & MS Power Point. Semasa berkursus saya dibekalkan Buku Rujukan yang di tulis sendiri oleh hasil idea kreatif tenaga pengajar komputer saya iaitu Cik Adawiah. 

Segala format, formula, langkah demi langkah bergambar serta dan cara-cara membuat tugasan ditulis dalam buku tersebut. Ini adalah untuk memudahkan lagi pemahaman pelajar mengenai pembelajaran komputer di IPM. Buku Rujukan komputer ini adalah terhad (Limited Edition) keistemewaannya hanya terdapat di IPM sahaja serta tidak dijual untuk pelajar luar selain pelajar IPM. Saya merasa bertuah kerana terpilih menjadi pelajar beliau. Saya juga turut diberi tugasan penting iaitu dikehendaki melukis format Ribbon bagi program komputer menggunakan tulisan tangan ini bertujuan untuk tingkatkan kemahiran mengenal menu Ribbon yang tidak pernah saya jangka. Selepas mengikuti kursus komputer di sini saya telah memperoleh banyak ilmu kemahiran terutama di dalam penggunaan pejabat. 

Ilmu komputer yang saya pelajari ini amat berguna untuk digunakan semasa saya berada di alam pra-pekerjaan (Latihan Industri -Praktikal) serta membantu di alam pekerjaan kelak. Saya akan gunakan sebaik mungkin apa yang saya pelajari di IPM. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada tenaga pengajar yang banyak membantu saya sepanjang mengikuti kursus kemahiran komputer di IPM.

Berkat Kesabaran & Kesungguhan dari Zero Hingga Berkemahiran


Peserta Testimoni : Saya Nurul Ain Binti Dahalan, ingin menceritakan tentang testimoni perbezaan sebelum ikuti kursus dan perbezaan selepas mengikuti Kursus komputer di IPM. Sebelum mengikuti kursus komputer secara jujur sememangnya saya langsung tidak mengetahui apa-apa tentang kegunaan Aplikasi Komputer. Pada hari pertama kelas, saya diajar menggunakan kod jari dengan betul dan saya juga mempelajari tentang Microsoft Word. Banyak latihan yang diberikan oleh tenaga pengajar kepada saya supaya mahir dalam Microsoft Word. 

Antaranya ialah membuat sampul surat dan borang dengan menggunakan kaedah Mail Merge, membina Letterhead dan membuat Invoice. Selain itu, saya mempelajari tentang Microsoft Power Point, antara latihan yang saya belajar adalah membuat pelan, membuat carta organisasi dan Presentation. Dengan berkat saya belajar bersungguh-sungguh saya layak untuk mengambil program Microsoft Excel. Antara latihan yang saya pelajari di dalam program MS Excel ialah operasi pengiraan dengan cepat dan tepat dan banyak lagi yang saya pelajari. 

Dengan berkat tunjuk ajar tenaga pengajar saya iaitu Cik Adawiah (CA) yang telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya tentang kegunaan komputer sampai saya mahir. Saya sangat berterima kasih kepada CA kerana telah menurunkan ilmu kepada saya. Selain itu, dengan semangat bersungguh-sungguh saya dapat mengetahui tentang kegunaan Aplikasi Komputer dengan cara yang betul. Sekarang saya sudah mahir menggunakan Aplikasi Komputer yang diajar oleh CA. Tanpa usaha saya juga, saya tidak akan berjaya hingga sekarang. Selama enam bulan saya belajar di Institut Perdagangan Munshi (IPM). 

Saya dapat menguasai semua yang diajar dengan baik. Saya amat berterima kasih kepada CA kerana telah mengajar saya dengan bersungguh-sungguh hingga saya berjaya menguasai semua tentang Aplikasi Komputer Penggunaan Pejabat.

Kaedah Pembelajaran Komputer Lain Dari Yang Lain


Peserta Testimoni : Saya Anis Zafirah Binti Ahmad Zalpi, Alhamdulilah saya berjaya menamatkan pengajian komputer Di IPM dengan jayanya. Sebelum ini saya pernah mengikuti pengajian di tempat lain tapi nasib tidak menyelebelahi saya. Saya tidak berputus asa lalu saya menyambung pembelajaran di IPM. Setelah saya mempelajari format komputer yang pada mulanya agak sukar tapi lama kelamaan menjadi mudah. 

Apa yang telah saya pelajari di IPM bukan sekadar yang diperlukan oleh majikan tetapi memudahkan urusan seharian seperti menaip surat untuk temuduga dll. Saya telah didedahkan mempelajari dan mengetahui kemahiran penggunaan komputer secara individu. Semasa berkursus saya telah mempraktikkan panduan, tips serta teknik-teknik kemahiran yang diperlukan dalam komputer.

Justeru itu, saya diajarkan menggunakan program Microsoft Word. Cara-cara untuk meletakkan gambar, jadual dalam dokumen. Di samping itu, saya diajar langkah-langkah untuk membuat sampul surat dan surat dengan kaedah Mail Merge. di IPM saya telah di ajar menggunakan langkah yang mudah, cepat dan dapat dilihat walaupun berulang kali. Melalui program Microsoft Power Point, saya telah mempelajari sesuatu yang baru iaitu membuat persembahan dengan diiringi lagu kegemaran sendiri. Selain itu, saya turut diajarkan cara-cara untuk membuat carta organisasi termasuklah organisasi kecil, sederhana dan besar. Walau bagaimanapun, saya telah mengambil keputusan untuk mengambil program Microsoft Excel. 

Justeru itu, saya telah belajar bagaimana untuk mengisi data dengan membina graf, carta dan kolum. Perkara yang tidak boleh dilupakan adalah mengingati formula yang ada. Pada mulanya, saya berazam untuk mengambil program Microsoft Access. Tetapi malangnya, masa sudah terlalu terhad untuk mempelajari. Insya-Allah saya akan mempelajari di IPM di suatu masa nanti kerana saya amat meminati subjek komputer dan jika boleh saya mahu mengkaji keseluruhan mengenai komputer pada masa hadapan. 

Dari "0" Mahir Dalam Tempoh Yang Singkat


Peserta Testimoni : Saya Nurul Amira Binti Bahaznan, sebelum ini saya tidak mengetahui apa-apa mengenai komputer dan mengimbas kembali pembelajaran saya untuk subjek komputer amatlah sukar pada mulanya, secara jujur sememangnya saya langsung tidak mengetahui sepenuhnya tentang penggunaan komputer dalam urusan seharian. Bagi saya komputer hanya untuk bermain permainan alam maya. Saya tidak pernah mengetahui kepentingan komputer dalam penggunaan harian dan tugasan sehinggalah saya belajar di IPM. 

Setelah saya mempelajarinya barulah saya tahu betapa pentingnya kemahiran Aplikasi Komputer di alam pekerjaan. Saya bersyukur kerana dapat mempelajari tiga program Microsoft Office. Pada Permulaannya saya diajar bagaimana menggunakan kod jari ini untuk memudahkan kita menaip dengan pantas dan mengurangkan kesalahan ejaan, kemudian saya diberikan latihan bagi memahirkan diri saya dalam penggunaan komputer bermula dari MS Word hingga MS Excel, walaupun dalam tempoh yang singkat Cik Adawiah dapat melatih saya menjadi mahir dari tidak tahu apa-apa mengenai penggunaan komputer sehingga saya mahir dalam melakukan apa sahaja tugasan yang diberikan oleh Cik Adawiah. 

Cik Adawiah telah mengajar saya pelbagai cara dan skill yang betul, mudah dan cepat. Apa yang dipelajari di Institut Perdagangan Munshi tidak mungkin dapat dipelajari di tempat lain. Banyak yang telah saya pelajari dari Cik Adawiah mengenai Aplikasi Komputer dan saya amat berterima kasih kerana beliau telah mengajar saya mengenai Aplikasi Komputer penggunaan pejabat. Selepas saya menjalani ketiga-tiga aplikasi computer ini terasa ilmu saya makin bertambah walaupun lambat untuk memahami semua fungsi-fungsi yang berlainan. 

Setiap aplikasi memainkan peranan penting untuk menjalani sebagai seorang pekerja yang cekap. Pada zaman sekarang kebanyakkan organisasi samada swasta mahupun kerajaan memerlukan tenaga kerja yang mahir dalam penggunaan komputer. Selepas tamat menjalani kursus di IPM saya kini yakin untuk menjadi seorang pekerja yang sempurna bagi majikan saya kelak.

Teruja Mempelajari Slide & Format Dengan Lebih Kreatif


Peserta Testimoni : Saya Marahainah Binti Mamat, sebelum memasuki kursus komputer di IPM saya hanya mengetahui tentang komputer secara asas sahaja. Saya tidak pernah tahu bahawa di dalam program MS Word dan Power Point terdapat banyak perkara yang boleh saya lakukan dengan mudah dan cepat. Guru saya Cik Adawiah adalah guru yang terbaik dan mangajar saya dengan penuh tekun. Sepanjang berkursus banyak yang telah saya pelajari. Pakej yang ditawarkan juga berpatutan dengan ilmu yang telah saya terima. 

Dalam program MS Word terdapat banyak fungsi-fungsi yang boleh membantu memudahkan untuk saya bekerja kelak antaranya saya mempelajari bagaimana membuat data persuratan ataupun sampul surat dengan lebih cepat. Selain itu saya juga mempelajari cara membuat memo dengan lebih kreatif. Saya juga telah di ajar bagaimana mahu menggunakan warna, corak, ketebalan dengan cara yang betul. Gambar juga boleh disunting dan diubah mengikut kehendak saya dengan hanya menggunakan MS Word. Segala jenis format surat yang betul telah ditunjuk ajar untuk menjadi lebih kemas dan teratur. 

Di dalam program MS Power Point pula, ia agak ringkas berbanding MS Word dan lebih menyenangkan. Saya banyak mempelajari bagaimana hendak melakar graf di mana ia berkait rapat dengan program MS Ecxel. Saya amat teruja apabila mempelajari cara untuk membuat slide-slide dengan lebih kreatif, cara memasukkan lagu dalam slide dan membuatnya mengikut kreativiti saya. Saya juga mempelajari bagaimana hendak melakarkan pelan dengan hanya menggunakan shape dan warna ini saya juga mengetahui untuk mengabungkan program MS Word dan MS Power Point. 

Ianya sangat mudah dipelajari, dari saya kosong dan hanya mempunyai ilmu yang cetek dalam komputer sekarang saya sudah menjadi seorang yang berjaya dan boleh melakukan apa sahaja dengan komputer. Pembelajaran saya bukan hanya di kelas kumpulan tetapi saya juga diberikan tugasan-tugasan untuk meningkatkan kemahiran komputer yang telah dipelajari. 

Sunday, September 02, 2012

Tugasan Aplikasi Komputer ~ Ribbon Power Point



















Tugasan ini telah dibuat oleh pelatih : Zahirah Mohd Zain
lagi tugasan pelatih ini klik ---> https://www.facebook.com/ipmmunshipage
dikemaskini oleh : Admin Aplikasi Komputer




[IKLAN] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi September 2012 kini dibuka. Lebih 5000 pelajar telah bekerja di sektor kerajaan dan swasta. Layari www.ipmmunshi.com

Tugasan Aplikasi Komputer ~ Ribbon MS Word

















Tugasan ini telah disediakan oleh pelatih : Amirul Hafizi
lagi tugasan pelatih ini klik ---> https://www.facebook.com/ipmmunshipage
dikemaskini oleh : Admin Aplikasi Komputer

Saturday, September 01, 2012

Berpendapat Tak Perlu Belajar Komputer


Peserta Testimoni : Saya Nur Izwah Binti Sharipuddin, sebelum ini saya pernah belajar Aplikasi Komputer di tempat lain seperti di sekolah dan juga di politeknik. Tetapi saya tidak mahir kerana pada pendapat saya ia tidak penting dan saya hanya menggunakan komputer untuk tujuan bermain game dan juga berinteraksi di laman sesawang seperti Facebook. 

Apabila saya ingin menulis surat dan juga membuat sesuatu menggunakan Aplikasi Komputer, saya hanya mengikut suka sahaja melakukannya tanpa mengetahui tekniknya betul atau salah. Sebelum ini juga apabila menaip sesuatu, saya hanya menggunakan beberapa jari sahaja dan menyebabkan tugasan yang saya lakukan memakan masa yang agak lama. 

Saya juga tidak pandai untuk menambah sesuatu kepada tugasan yang saya lakukan suoaya kelihatan lebih cantik contohnya menambahkan Page Border. Setelah mempelajari Aplikasi Komputer di IPM, banyak ilmu yang saya dapat. Antaranya ialah bagaimana untuk membuat surat yang sama kepada lebih seorang individu tanpa perlu memadam data penerimanya berulang kali iaitu penggunaan Mail Merge. Ia juga boleh digunakan untuk membuat sampul surat. Walaupun pada permulaanya saya sukar untuk melakukannya namun dengan latihan dan bimbingan yang diberikan oleh Cik Adawiah selaku tenaga pengajar Aplikasi Komputer saya dapat juga melakukannya. 

Saya juga belajar untuk membina Letterhead yang mana ia amat penting untuk sesebuah syarikat atau organisasi menggunakannya supaya setiap surat atau borang yang dibina mempunyai lambang atau maklumat mengenai organisasi tersebut. Saya amat berminat belajar melakar pelan dalam program Microsoft Power Point. 

Sebelum mempelajarinya saya hanya fikirkan ianya susah, namun setelah mempelajarinya saya merasa seronok dan ingin melakukannya sebaik mungkin. Dengan mempelajari teknik melakar pelan, kita boleh membuat bermacam-macam perkara contonhya kad kahwin dan juga mempromosi kedai atau perniagaan baru. Saya juga mempelajari bermacam-macam lagi seperti membuat memo, carta, slide show dan yang paling penting penggunaan kod jari untuk mempercepatkan sebarang tugasan menggunakan Aplikasi Komputer. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Adawiah kerana memberi tunjuk ajar dan dorongan sepanjang kursus.

Komputer Tak Penting

Peserta Testimoni : Saya Fatin Nadhirah Binti Mat Zaid, sebelum mengikuti kursus komputer dan belajar di IPM saya menganggap komputer bukanlah sesuatu yang penting dan saya juga tidak tahu apa-apa tentang penggunaan komputer kerana saya hanya mengetahui komputer hanya sesuai untuk melayari internet, bermain games dan menghayati lagu. Saya tidak mengetahui menggunakan setiap fungsi bagi program di dalam komputer. 

Saya juga tidak pernah tahu akan cara penggunaan kod jari. Saya menganggap penggunaan komputer adalah tidak penting untuk kehidupan saya. Selepas berbulan saya mengikuti kursus komputer saya dapat mempelajari  setiap fungsi di dalam penggunaan komputer. Selain itu, saya juga telah mahir dalam menggunakan program Microsoft Word seperti membuat sampul surat, borang, surat dan sebagainya yang tidak ramai orang mengetahui penggunaannya. 

Kelebihan Microsoft Word ialah dapat menyimpan banyak rekod dalam 1 dokumen dan tidak perlu membuat salinan yang banyak. Selain itu, saya juga sempat mempelajari cara menggunakan program Microsoft Power Point dan tidak di sangka saya juga terpilih mengikuti satu lagi program iaitu Microsoft Excel, ini memudahkan lagi saya membuat pembentangan kerja-kerja saya dan juga cara membuat akaun, carta organisasi, pelan dan sebagainya. 

Dengan mempelajari program komputer penggunaan pejabat baru saya sedar bahawa betapa pentingnya penggunaan komputer dan juga dapat membantu memperoleh pekerjaan. Di sini saya juga dilatih untuk menaip dengan betul ianya membolehkan kita mengurangkan kesalahan ketika menaip dan mempercepatkan mutu menaip. Jika diberi peluang dan kesempatan saya akan mempelajari satu lagi program iaitu Microsoft Access kerana setiap program ada kemudahan yang disediakan. Setelah mengikuti kursus Aplikasi Komputer ini saya mengetahui bahawa penggunaan dan mempelajari komputer banyak memberi kita faedah paling penting memudahkan segala urusan serta mengikut format yang betul.

Kuasai Pembelajaran Komputer dari "0" Hingga Mahir

Peserta Testimoni : Saya Siti Nur Ain Binti Ismail, mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar saya iaitu Cik Adawiah (CA). Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan membantu saya dalam menguasai bidang Aplikasi Komputer. Di sini saya telah mempelajari program komputer yang diperlukan dalam kegunaan harian di pejabat tanpa kita sedari. 

Dahulu sebelum saya memasuki IPM saya jarang menggunakan format-format yang ada dalam komputer. Di sini saya telah belajar format yang ada cara untuk membuat kaedah membuat surat dan sampul surat. Ia lebih memudahkan kerja kita terutama kemasukan rekod yang banyak. selain itu, saya berjaya mempelajari  membuat borang, invoice, surat permohonan, surat tawaran format kolum seperti akhbar serta lain-lain. 

Bagi program kedua saya mempelajari membuat peta, iklan, membuat kad ucapan perpisahan kepada tenaga pengajar pelbagai lagi. Pada mulanya ia amat susah buat saya yang tidak pernah mempelajari komputer sebelum ini namun atas tunjuk ajar CA yang mendalam membuatkan ia mudah. Bagi saya yang tidak pernah menggunakan kaedah kod jari ini mulanya memang sedikit kekok namun setelah mempraktik di rumah lama kelamaan saya sudah terbiasa. Sepanjang kursus saya juga telah diuji dengan beberapa ujian sebelum menduduki Peperiksaan yang sebenar. 

Selain daripada menduduki ujian, saya juga diberi tugasan untuk menyiapkan kerja Kursus secara individu. Saya perlu menyiapkan Tugasan Ribbon Microsoft Word dan juga Microsoft Power Point. Setiap tugasan adalah berdasarkan latihan yang telah dipelajari saya sangat bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian saya dengan jayanya di peringkat Sijil Pengurusan Pejabat yang disediakan pihak IPM. Saya juga akan menggunakan kemahiran yang ada ini semasa melalui alam pra-pekerjaan kelak. 

Rasa Bertuah Belajar Komputer Di IPM

Peserta Testimoni : Saya Nurmahirah Binti Mamat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IPM yang telah memberi peluang kepada saya untuk menimba ilmu di dalam bidang Pengurusan Pejabat. Ucapan saya dituju khas kepada Cik Rabiah Adawiah selaku guru komputer di IPM yang telah memberi sedikit sebanyak dorongan dan ilmu pengetahuan kepada kami semua dan tidak lupa juga kepada tenaga-tenaga pengajar di IPM iaitu Tn Hj Nasir, Cik Farizan (CF), Encik Sharif Zaffar dan Tuan Haji Shabati. 

Sebelum ini saya memang tidak pernah mempelajari teknik yang ada dalam komputer sehinggalah Cik Adawiah memperkenalkan cara pembelajaran yang amat senang, cepat dan mudah di fahami. Saya hanya mengetahui asas dalam komputer dan merasa ingin mengetahui lebih lagi dengan mendalami ilmu yang telah diberi dan tidak sangka rupanya ada kaedah yang lebih cepat dari yang saya sangka. Penggunaan kod jari juga telah di ajar oleh Cik Farizan (CF) untuk memudahkan kerja dalam proses menaip telah saya amalkan semasa belajar komputer. 

Selain itu, Microsoft Word saya banyak belajar tentang macam mana memprosesan surat, risalah, membina jadual (Table), borang, fungsi 3S : Superscript, Subscript & Strikethrough serta banyak lagi. Disamping itu juga, dalam Microsoft Power Point saya telah mempelajari tentang bagaimana cara membuat plan, graf, carta, slide dan pelbagai lagi. Malah saya bersyukur kerana sempat mengambil Microsoft Excel yang sangat diperlukan untuk pekerjaan pada masa kini. Microsoft Excel juga membantu memudahkan kerja contohnya, setiap apa yang kita buat boleh dapatkan jawapan dengan mudah dengan hanya menggunakan Asas Formula yang cepat & tepat. 

Ilmu yang saya ada saya gunakan dengan sebaiknya. Saya amat berterima kasih dan berasa amat bertuah kerana ilmu yang telah diberikan. Ilmu ini mungkin tidak sama dengan ilmu yang saya perolehi di tempat lain. Amat cepat dan mudah. Dari tidak tahu mengunakan format persuratan, di IPM saya telah memperolehi itu semua. Terima kasih pihak IPM. Semoga tuhan memurahkan rezeki kalian dan sentiasa memperolehi kejayaan.