26 July, 2012

Pembelajaran Komputer Seronok Serta Selesa

~PESERTA TESTIMONI 1 ~

Saya Aisyah Binti Mat Tap, ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana banyak membantu saya dari segi kewangan dan sentiasa memberi semangat kepada saya sepanjang berkhusus di IPM ini. Sebelum saya berkhusus di IPM, saya adalah seorang penganggur dan hanya duduk di rumah dengan menjadi pengasuh bersama-sama ibu saya. Sepanjang berkursus di IPM, saya mendapat banyak pengalaman dan mengenal setiap perkara yang baru yang tidak pernah saya ketahui. Setiap pembelajaran yang saya terima dari tenaga pengajar sangat memuaskan kerana cara tenaga pengajar memberikan ilmu begitu baik menggunakan teknik percakapan yang baik dan difahami oleh setiap pelajar.



Di IPM juga saya menerima banyak pengalaman baru iaitu menaip mengikut kod jari yang tidak pernah saya ketahui dan telah memberi kesenangan kepada saya dalam menggunakan komputer untuk melakukan segala kerja dengan cepat. Pelbagai rintangan dan cabaran yang saya lalui tetapi dengan adanya motivasi dan tenaga pengajar yang memahami saya, semangat saya kembali pulih untuk meneruskan khusus di IPM hingga tamat.

~PESERTA TESTIMONI 2 ~

Saya Nur Aishah Binti Maharud-din, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Adawiah kerana memberi saya peluang serta kesempatan untuk berkongsi pengalaman sepanjang mengikuti kursus komputer. Sebelum saya mengikuti kursus komputer ini, pengetahuan saya terlalu cetek saya hanya mengetahui asas penggunaan komputer sahaja. Saya juga tidak memahami sepenuhnya fungsi Ribbon yang terdapat dalam setiap program MS Office.

Pembelajaran komputer ini juga menjadikan kaedah menaip saya lebih lancar dengan menggunakan kod jari. Saya berasa sangat seronok kerana dapat mempelajari ilmu baru seperti mengetahui kegunaan sebenar program MS Word, MS Power Point, dan MS Excel yang sangat penting terutama kami telah diajar membuat surat, kaedah Mail Merge, membuat kad, borang, Slide Show dan banyak lagi. Kami juga diajar untuk membuat sesuatu kaedah dan teknik yang mampu mempercepatkan dan menjadikan sesuatu kerja itu dapat dilakukan dengan  lebih cekap dan pantas.

Pembelajaran di dalam kuliah yang diajarkan oleh Cik Adawiah juga amat mudah untuk difahami selain suasana pembelajaran yang seronok dan juga selesa. Terima kasih kepada Cik Adawiah yang selama ini bertungkus lumus mengajar saya dengan penuh kesabaran tanpa mengenal erti jemu.


TESTIMONI KOMPUTER SESI APRIL – SEPTEMBER 2012 (SIRI 1)