Thursday, December 15, 2011

~Testimoni Pelajar Sesi Mei - Oktober 2011 - Fadhli

Saya Fadhli Bin Suhaimi, No Matrik : SK-KS 02/5703/11. Sebelum saya memasuki kelas komputer Institut Perdagangan Munshi, saya menyangkakan cara pengajaran dan pembelajaran adalah seperti kebiasaan di tempat-tempat yang lain. Saya juga menyangka bahawa tenaga pengajarnya hanya memberi tunjuk ajar tanpa penelitian secara individu. 

Ternyata setelah saya memasuki Kelas Komputer Institut Perdagangan Munshi,  sangkaan saya sama sekali tidak benar. Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas amat berlainan dari apa yang saya fikirkan. Pembelajaran di dalam kelas amat menarik dan menyeronokkan. Tenaga pengajar memfokuskan tunjuk ajar di dalam kelas secara berkumpulan dan juga individu. 

Formula dan juga gerak kerja yang diajarkan oleh tenaga pengajar kelas komputer Institut Perdagangan Munshi, Cik Adawiah Binti Md Nasir boleh dikatakan sempurna, tersusun dan menepati kriteria yang diperlukan untuk melatih pelajar melakukan kerja menggunakan aplikasi yang diajarkan secara pantas dan teratur. Kewujudan buku rujukan setiap aplikasi untuk pelajar seperti Buku rujukan Microsoft Office Words, Microsoft Office Power Point, Microsoft Office Excel yang dicipta oleh beliau banyak membantu saya dalam melakukan tugasan di dalam kelas mahupun di luar kelas. Oleh itu, saya amat berpuas hati dengan penyampaian tenaga pengajar dan pembelajaran di dalam kelas komputer ini.

Friday, December 09, 2011

~Testimoni Pelajar Sesi Mei - Oktober 2011 - Sahidah

Saya Nor Sahidah binti Rahim, No Matrik : SK-KS 02/5704/11 dari Pontian, Johor. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya berpeluang untuk membuat satu Testimoni ini dan melaksanakan tugasan berkomputer ini dengan baik sekali. Sememangnya, pembelajaran dalam mengikuti sesi kursus berkomputer di IPM ini begitu mencabar dan memerlukan tahap kecekapan yang tinggi. 

Saya tidak memiliki kemahiran menggunakan komputer dan tidak pernah belajar komputer di tempat lain. Saya tidak mengetahui fungsi yang terdapat dalam Program Microsoft. Kaedah yang digunakan untuk menaip juga agak lambat bagi menyiapkan tugasan. Semasa kursus, awalnya, saya dapat mempelajari penggunaan kod jari dan fungsi yang terdapat pada papan kekunci untuk menaip secara cekap dan pantas. Menerusi latihan yang dibuat, saya dapat menguasai 3 Program Microsoft iaitu MS Word, MS Power Point dan MS Excel. 

Banyak perkara yang boleh diaplikasikan setelah mengetahui fungsinya, terutama dalam penggunaan “Mail-Merge”. Tambahan lagi, saya boleh menaip semua surat terutama dalam mengeluarkan surat atau sampul surat kepada penerima yang berjumlah besar. Antara lain dapat membuat kad ucapan, pelan, “Slide Show”, carta dan pelbagai pengiraan. Ia amat memudahkan kerja saya. Selepas kursus pula banyak kelebihan yang saya dapat khususnya setelah mendapat tips Peperiksaan Akhir dan masa percuma yang telah diberikan khas kepada pelajar terpilih seperti saya. 

Kami diajar secara terperinci bagi mendapat markah penuh dalam menjawab peperiksaan. Kami turut diberi keistimewaan untuk mempelajari teknik gabungan “Picture dan Wordart” untuk menghasilkan pelbagai kreativiti. Akhir kata, terima kasih kepada tenaga pengajar, Cik Adawiah binti Md Nasir kerana telah banyak mengajar saya dalam mencurahkan ilmu Aplikasi Komputer. Sesungguhnya memiliki kemahiran komputer amat penting dalam peluang kerjaya. Sekian, terima kasih.