Tuesday, November 22, 2011

~Testimoni Pelajar Sesi Mei - Oktober 2011 - Hanafi

Saya Mashanafi Bin Ma Hasan No Matrik SK-PP 02/5696/11 ingin menceritakan tentang testimoni perbezaan sebelum ikuti kursus dan perbezaan semasa mengikuti Kursus komputer di IPM sebelum saya mengikuti kursus di IPM secara jujur sememangnya saya langsung tidak mengetahui saya tidak tahu apa-apa tentang kegunaan komputer ini sepenuhnya tentang Aplikasi Komputer kegunaan untuk harian. Semasa saya mempelajari kelas Aplikasi Komputer. 

Pada hari pertama kelas, saya diajar menggunakan kod jari yang betul. Pada hari seterusnya, saya mempelajari tentang Microsoft Word. Banyak latihan yang diberikan oleh CA kepada saya supaya mahir dalam Microsoft Word. Selepas itu, saya diajar membuat sampul surat dan surat dengan menggunakan Mailing. Hari berikutnya, saya mempelajari tentang Microsoft Point. CA juga memberikan latihan kepada saya supaya saya boleh belajar di rumah untuk mahir lagi.
Dengan berkat tunjuk ajar tenaga pengajar saya iaitu Cik Rabiah Adawiah Binti Mohd Nasir yang telah banyak memberikan tunjuk ajar tentang kegunaan komputer sampai saya mahir semasa saya mengikuti kursus ini beliau telah mengajar kegunaan komputer contoh kegunaan komputer iaitu Kod Jari mengenali program komputer yang diperlukan semasa bekerja nanti. saya sangat berterima kasih kepada CA kerana telah menurunkan ilmu kepada saya. Saya sangat menghargai usaha beliau untuk mengajar saya sampai mahir menggunakan komputer. Selain itu, dengan semangat bersungguh-sungguh saya dapat mengetahui tentang kegunaan komputer dengan cara yang betul.

Akhir sekali, saya mempelajari tentang Microsoft Excel. Saya suka belajar Microsoft Excel ia agar senang untuk saya menguasainya. Selepas saya mempelajari tentang Aplikasi Komputer. Banyak yang saya dapat belajar dengan CA tentang asas komputer. 

Sekarang saya sudah mahir menggunakan aplikasi komputer yang diajar oleh CA. Tanpa usaha saya juga, saya tidak berjaya hingga sekarang. Selama enam bulan saya belajar di Institut Perdagangan Munshi (IPM). Saya dapat menguasai semua yang diajar oleh CA. Saya amat berterima kasih kepada CA kerana telah mengajar saya dengan bersungguh-sungguh hingga saya berjaya menguasai semua tentang Aplikasi Komputer. sekali lagi saya berterima kasih kepada CA.Yang Benar, Mashanafi Bin Ma Hasan.

Friday, November 11, 2011

Presentation Terpilih G2/2011




Pelajar ini Nor Sahidah Abdul Rahim telah menyiapkan tugasan kerja kursus dengan baik. Hasil tugasan yang dilakukan juga kreatif serta menepati tajuk-tajuk tugasan yang dikehendaki.

Friday, November 04, 2011

~Testimoni Pelajar Sesi Mei - Oktober 2011 - Fariez

Saya Fariez Bin Mohd Danian, No Matrik : SK-PP 02/5694/11. Sebelum mengikuti kursus komputer  di IPM, saya memang tidak tahu bagaimana cara mengunakan komputer dengan betul dan cara kegunaan komputer  untuk membuat kerja. Saya sangat bersyukur kerana telah diberi peluang untuk mengikuti kursus komputer di Institut Perdagangan Munshi. Pada dahulunya saya tidak tahu apa-apa tentang kegunaan komputer. Numun begitu melihat keikhlasan dan kesungguhan tenaga pengajar, kini saya sudah pun tahu bagaimana cara penggunaan komputer dengan betul.

Selain itu juga Institut Perdagangan Munshi telah melatih saya dan rakan-rakan tentang mengunakan komputer dengan cara yang mudah dan apa yang telah saya pelajari memang mudah untuk difahami, mungkin kerana tenaga pengajar saya yang selalu menitik beratkan setiap pelajarnya membuat kerja dan selalu berada dekat dengan pelajar semasa mengajar. Dari sudut pandangan lain juga saya dapat merasakan sangat  mudah untuk melakukan segala kerja dengan cepat dan mudah.

Semasa berkursus di IPM saya telah di ajar cara menggunakan komputer dengan lebih mudah dan tenaga pengajarnya juga sangat prihatin dengan pelajar. Jadi itulah perbezaan sebelum saya mempelajari komputer dan selepas saya mempelajarinya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada CA kerana telah banyak membantu dan mengajar saya di dalam kursus komputer ini.

Selepas berkursus, saya mendapati setakat ini semua kerja yang saya lakukan mengunakan komputer memang tiada masalah. Selain itu juga saya masih dapat membuat kerja yang dilakukan dengan cepat dan tidak perlu rusing lagi seperti dahulu.

~Testimoni Pelajar Sesi Mei - Oktober 2011 - Siti Aisyah

Saya Siti Aisyah No. Matrik : SK-PP 02/5711/11. Sebelum ini saya merupakan seorang yang agak ketinggalan dalam ilmu komputer, tetapi setelah mempelajari tentang ilmu komputer di Institut Perdagangan Munshi saya telah mahir dalam menggunakan Microsoft Word, Microsoft Power Point dan juga dalam menggunakan Microsoft Excel. 

Jika dulu seandainya ada tugasan yang memerlukan penggunaan komputer saya akan menyerahkan kepada rakan kerana tidak mengetahui bagaimana hendak melakukannya. Tetapi sekarang saya telah mahir dalam membuat Presentation dan sebarang kerja yang memerlukan penggunaan aplikasi komputer. Saya juga tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan komputer.

Semasa saya mengikuti kursus komputer di IPM saya telah tahu dengan lebih mendalam tentang program Microsoft Office : MS Word, MS Power Point dan juga MS Excel. Di dalam Word saya telah pelajari tentang bagaimana untuk mengunakan Mail Merge yang memudahkan lagi kita untuk menulis surat di dalam kuantiti yang banyak. Di dalam Power Point pula saya telah pelajari bagaimana untuk membuat Slide Show. Saya juga telah mengtahui akan kegunaan sebenar Excel, ianya memudahkan saya untuk mengira dan membuat akaun. Say juga telah mempelajari bagaimana untuk menggunakan kod jari semasa menaip, ianya lebih memudahkan kita semasa menaip dan kita boleh menaip dengan lebih pantas dan betul.

Sebelum ini saya selalu tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk menggunakan kod jari semasa menggunakan komputer, tetapi sekarang saya telah mahir dalam menggunakan kod jari yang selama ini tidak pernah saya ketahui. Saya tidak pernah mengetahui akan kegunaan Mail Merge, setelah berada disini saya telah mengetahu apakah kegunaan Mail Merge tersebut. Ianya merupakan sesuatu yang sangat menyeronokkan kerana tidak semua orang tahu akan kegunaan dan tahu menggunakannya.

Selepas saya mengikuti kursus ini saya lebih bersemangat untuk menghadapi alam pekerjaan yang lebih mencabar. Saya telah mengetahui bagaimana untuk menjalankan tugas yang akan saya hadapi. Segala pelajaran yang diperoleh akan memudahkan saya lagi untuk saya bekerja. Segala ilmu yang saya dapat ini akan saya praktikkan semasa saya bekerja nanti. Dengan adanya tenaga pengajar yang sangat mahir saya dengan mudah menerima ilmu dari beliau. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Adawiah yang telah banyak mengajar saya selama ini. Sekian terima kasih.

~Testimoni Pelajar Sesi Mei - Oktober 2011 - Yusri

Saya Mohd Yusri Bin Mohd Yasin, SK-PP 02-5695-11 sebelum ini saya tidak mengetahui apa-apa tentang komputer. Bagi saya komputer hanya untuk bermain permainan alam maya.  Saya tidak pernah mengetahui kepentingan komputer dalam penggunaan harian dan pekerjaan,  sehinggalah saya belajar di Institut Perdagangan Munshi.  

Semasa saya belajar di Institut Perdagangan Munshi, barulah saya tahu mengenai aplikasi komputer dan betapa pentingnya kemahiran aplikasi komputer di alam pekerjaan. Saya bersyukur kerana dapat mempelajari mengenai Microsoft Office Word, Microsoft Office Power Point & Microsoft Office Excel. Cik Adawiah telah mengajar saya pelbagai cara dan skill yang betul, mudah dan cepat. Apa yang dipelajari di Institut Perdagangan Munshi tidak mungkin dapat dipelajari di tempat lain.

Selepas mengikuti kursus di IPM, saya bersyukur kerana telah mempelajari kemahiran komputer. Setelah enam bulan saya belajar di Institut Perdagangan Munshi, sekarang saya berasa yakin untuk bekerja dengan sedikit sebanyak ilmu yang telah saya pelajari.  Banyak yang telah saya pelajari dari Cik Adawiah mengenai aplikasi komputer dan saya amat berterima kasih kepada Cik Adawiah kerana telah mengajar saya mengenai aplikasi komputer.

~Testimoni Pelajar Sesi Mei - Oktober 2011 - Nasirah

Sebelum mengikuti Kursus  Aplikasi Komputer di Institut Perdagangan Munshi, saya pernah mengikuti kursus yang sama di tempat lain. Walaupun mengambil kursus yang sama, tetapi cara pembelajaran dan pengajaran berbeza di tempat sebelum ini, kebanyakkan apa yang saya pelajari menggunakan shortcut, di Institut Perdagangan Munshi saya belajar dari mula yang mana tidak menggunakan shortcut saya perlu mencari satu persatu, contohnya untuk mencari Bullet, perlu Customize terlebih dahulu dan pilih satu persatu tanpa mengambil yang sedia ada. 

Semasa mengikuti kursus, saya diberi tugasan dan perlu menyiapkan tugasan tersebut untuk layak memasuki ujian. Saya dikehendaki mencari setiap fungsi Ribbon yang terdapat dalam Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Microsoft Excel. Tujuannya adalah untuk memudahkan saya lebih mengenali fungsi setiap Ribbon yang ada dan cara penggunaannya. Saya juga dibekalkan dengan buku nota/buku rujukan setiap program untuk memudahkan saya untuk membuat latihan dan rujukan di rumah. Tenaga Pengajar menggalakkan saya untuk membuat latihan di rumah sebelum masuk belajar di dalam kelas bagi memudahkan sesi pembelajaran.  

Untuk tugasan akhir, saya diberi tugasan iaitu membuat semula latihan yang pernah dipelajari tetapi mengikut kehendak soalan. Walaupun agak sukar kerana berpandukan pada soalan dan buku nota yang dibekalkan tetapi ia membuatkan saya lebih mahir dan kreatif. Tenaga Pengajar saya iaitu Cik Adawiah juga banyak memberi tips-tips sebelum menghadapi peperiksaan bagaimana untuk skor markah dan mengikuti kehendak soalan. Selain dari itu, saya juga diajar bagaimana untuk menggabungkan wordart dengan gambar untuk menjadikan 1 gambar. Disini, banyak perkara baru yang saya pelajari tentang Apliksi Komputer, salah satunya Mail Merge. Mail Merge merupakan satu perkara yang tidak pernah saya pelajari sebelum ini. Mail Merge merupakan satu cara untuk surat yang tidak perlu kita buat salinan yang banyak untuk menghantar kepada ramai orang cuma menggunakan satu surat dan dapat di hantar kepada ramai orang. 

Setelah mengikuti kursus di sini selama 6 bulan, saya lebih mahir menggunakan Microsoft Word, Power Point dan juga Excel berbanding dengan sebelum ini. Saya juga menjadi lebih kreatif kerana banyak fungsi yang ada dalam Aplikasi Komputer telah saya ketahui dan cara untuk menggunakannya. Terima kasih kepada Cik Rabiah Adawiah binti Md Nasir, kerana  banyak memberi saya tunjuk ajar. Jasa dan budi CA tidak akan saya lupa. Sekian terima kasih.

~Testimoni Pelajar Sesi Mei - Oktober 2011 - Nadia

Saya Nurul Zainadia Binti Mohd Zaidi. No Matrik SK-PP 02/5698/11. Sebelum saya mengikuti kursus komputer di Institut Perdagangan Munshi (IPM), saya tidak mengetahui langsung untuk menggunakan komputer dengan baik dan menggangap tiada apa-apa yang penting untuk seseorang itu mengetahui kepentingan komputer dalam diri seseorang. Semasa saya belajar di Institut Perdagangan Munshi (IPM). 

Saya diajar cara dan pentingnya kegunaan Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Microsoft Excel dalam diri seseorang. Setiap ketiga-tiga bahagian ini mempunyai kepentingan dan kegunaan masing-masing. Microsoft Word digunakan untuk membuat surat-surat rasmi dan sampul surat. 

Manakala, Microsoft Power Point pula digunakan untuk membuat Carta Organisasi dan Slideshow untuk membuat pembentangan tugasan anda. Microsoft Excel pula kegunaannya lebih kepada pengiraan dan memudahkan seseorang membuat pengiraan dengan cepat. 

Selepas saya mempelajari dan mahir dengan mendalam menggunakan komputer selama enam bulan saya belajar di Institut Perdagangan Munshi (IPM), barulah saya tahu bertapa pentingnya komputer ini pada setiap orang. Saya berharap agar rakan-rakan di luar sana juga dapat mempelajari komputer di Institut Perdagangan Munshi (IPM).

~Testimoni Pelajar Sesi April - November 2010 (Part : 2)

KHAIRUL ANUAR BIN SALLEHUDDIN  [SK-PP 04/5650/10]
Saya Khairul Anuar Bin Sallehuddin amat berterima kasih kepada warga IPM. Ternyata pilihan saya dalam penggunaan komputer dengan betul dan konsisten. Banyak perkara yang saya belajar seperti Microsoft Word dan Power Point. Saya dapat belajar cara membuat surat menggunakan Mail Merge dan sebagainya. Dengan adanya Buku Aplikasi Komputer menjadi panduan dan rujukan kepada saya pada masa akan datang.

SITI NATASA BINTI AB MALEK [SK-PP 04/5658/10]
Saya  Siti Natasa Binti Ab Malek, saya amat berterima kasih kepada tenaga pengajar IPM kerana telah bertungkus lumus mengajar saya dalam pelbagai bidang. Terutamanya kemahairan komputer dan cara menggunakan komputer dengan betul, mudah dan cepat. Dengan adanya kemahiran ini saya mungkin akan dapat mengatasi segala masalah yang berkemungkinan berlaku di alam perkerjaan nanti.

NURUL AFIQAH BINTI ROSDI [SK-PP 04/5651/10]
Saya Nurul Afiqah Binti Rosdi, alhamdulillah setelah habis kursus komputer selama 6 bulan di IPM ini, saya dapat rasakan bagaimana belajar komputer dengan cara yang betul. Sebelum ini saya tidak tahu cara membuat surat, sampul surat dan banyak lagi pengetahuan komputer ini. Setelah saya belajar dengan Cik Adawiah akhirnya lancar menggunakan komputer yang lebih baik. 

NOR FAIEQA BINTI ZAINUREN [SK-PP 04/5659/10]
Saya Nor Faieqa Binti Zainuren pendapat saya mengenai pengetahuan komputer yang telah saya pelajari di IPM. Selama saya belajar bersama Cik Adawiah saya amat berpuas hati dengan cara pembelajaran yang diajar. Dimana beliau mengajar seorang demi seorang. Pada mulanya saya langsung tidak mempunyai ilmu dalam pengendalian komputer tetapi setelah diajar oleh Cik Adawiah saya sudah hampir mahir. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Adawiah.

SURAYA BINTI HARUN [SK-PP 04/5656/10]
Saya Suraya Binti Harun sebelum ini saya pernah mengikuti kelas komputer. Microsoft Office 2003. Setelah lama saya tidak membuat latihan dan memahirkan kemahiran yang saya ada lama-kelamaan saya lupa. Di IPM saya dapat pelajari semula Microsoft Office 2007. Peluang kali kedua ini dapat saya mengenali dan memahirkan lagi kemahiran komputer. Walaupun berbeza Microsoft Office 2003 dan 2007. Saya tetap belajar dari mula. Baru kali ini saya tahu bagaimana untuk membuat Mail Merge. Sungguh banyak pengalaman yang saya pelajari di sini. Saya mengucapkan terima kasih kepada Cik Adawiah yang banyak membantu.

~Testimoni Pelajar Sesi April - November 2010 (Part : 1)

ROZAITUL AZWA BINTI ISMAIL [SK-PP 04/5657/10]
Saya Rozaitul Azwa Binti Ismail bersyukur ke hadrat ilahi kerana di beri peluang untuk menimba ilmu di sini. Selama saya menjalani kursus disini pelbagai ilmu yang saya perolehi yang mana dulu saya tidak pernah terfikir pun tentang semua ini. Saya telah diajar dengan menggunakan kod jari yang betul semasa menaip, membuat surat dengan lebih cepat dan mudah, mempelajari tentang Microsoft Power Point yang dulu saya tidak pernah tahu. Akhir kata saya amat berterima kasih kepada Cik Adawiah yang telah mendidik saya dari ‘0’ sehingga telah berjaya mengetahui tentang komputer.

SITI NOORAFAIZURA BINTI MARZUKI [SK-PP 04/5653/10]
Saya  Siti Noorafaizura Binti Marzuki adalah salah seorang pelajar di Institut Perdagangan Munshi. Di IPM saya dapat mempelajari banyak perkara tentang penggunaan komputer. Contohnya, Cara menggunakan komputer dengan betul, mudah dan cepat. Cara menaip surat mengikut format yang betul, dan cara yang mudah untuk mempercepatkan melaksanakan sesuatu tugasan. Disini, juga saya didedahkan dengan penggunaan kod jari di mana kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan dapat mengelakkan daripada melakukan banyak kesalahan sewaktu menaip. Buku rujukan yang disediakan mudah difahami dan mengandungi langkah-langkah yang betul mengikut prosedur-prosedur yang diingini oleh majikan.


ROSMAIZURAIZA BINTI YAAKUB [SK-PP 04/5660/10]
Saya Rosmaizuraiza Binti Yaakub setelah masuk IPM, banyak perkara yang saya pelajari sampaikan saya menjadi mahir dari sebelum ini. Setelah masuk IPM barulah saya mengetahui cara-cara menggunakan komputer dengan betul dan cepat. Saya juga diajar menaip menggunakan kod jari yang betul bagi mempercepatkan lagi kepantasan menaip. Saya rasa bertuah kerana diberi peluang menuntut di IPM. Selepas ini saya akan menggunakan ilmu yang diberikan sebaik mungkin. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Cik Adawiah yang banyak membantu dan membimbing saya selama saya menuntut di IPM.


NORALIZA BINTI ALI [SK-PP 04/5654/10]
Saya Noraliza Binti Ali salah seorang penuntut IPM yang mengambil kursus komputer di sini. Pelbagai kaedah untuk mempelajari teknik menaip komputer dengan pantas dan betul mengikut format yang asal dengan saya mempelajari selama 6 bulan di IPM. Saya merasa bertuah kerana tenaga pengajar di sini terutama Cik Adawiah tidak jemu mengajar saya dan tidak lupa Cik Farizan memberi teknik mempercepatkan menaip dengan mendisplinkan diri dengan mengunakan kod jari. Semua itu tidak pernah saya alami tetapi di sini semua saya di ajar A hingga Z teknik sebenar komputer.
  

NOR AZURAINI BINTI MOHD ARIFFIN [SK-PP 04/5661/10]
Saya  Nor Azuraini Binti Mohd Ariffin. Pengetahuan saya mengenai komputer terlalu cetek dan lemah sekali, Sehingga saya tidak peduli dan tidak kisah jika tidak mempelajarinya. Saya dapat merasakan bahawa mempelajari komputer amat berharga dan penting sekali dimana-mana pun jawatan kosong sangat memerlukan kemahiran komputer. Setelah mengambil keputusan untuk belajar komputer di IPM. Saya lebih dapat pengetahuan mengenai komputer di IPM. Cara beliau memberi tunjuk ajar Cik Adawiah dan seorang pelajar ke seorang yang lain untuk menunjuk ajar.


[Bersambung Part : 2]