Friday, October 21, 2011

Tutorial Asas Komputer --> Part 1

SELEPAS PENYUNTINGAN DOKUMEN MS WORD :


SEBELUM PENYUNTINGAN DOKUMEN MS WORD :


Arahan untuk mendapatkan penyuntingan data asal kepada perubahan seperti gambar sebelumnya :

Ubah kesemua tulisan & saiz tulisan. Tekan Ctrl + A, klik Home : Font --> Tahoma & Font Size --> 11. 

Tajuk : PENGGUNAAN KOMPUTER klik pada menu --> Home klik Bold (tebalkan tulisan) & Center (ketengahkan tulisan). Untuk samakan teks kiri dan kanan, isikan pointer dihadapan teks pertama pilih Justify. Untuk perubahan bagi (Multimedia..) aktifkan teks untuk serongkan tulisan klik pada menu Home pilih Bold & Italic.

Bagaimana untuk mengubah dihadapan teks 1 huruf besar mengikut kedudukan teks?

Untuk perubahan bagi huruf “K” dihadapan teks utama anda aktifkan huruf ‘K’ sahaja. Klik pada menu Insert --> Drop Cap --> pilih Drop Cap Options di dalam pilihan Position terdapat pilihan pilih --> Dropped. Pilihan Font bebas. Line to drop : 3 (baris teks ke bawah). Distance from text : 0.1 (jarak Drop Cap dengan teks @ bingkai disekeliling huruf ‘K’).

Untuk mendapatkan bingkai disekeliling huruf “K” klik pada penjuru (berbentuk anak panah) klik pada menu Page Layout --> Page Border รจ pilih Border. Di dalam ruangan Style pilihan jenis bingkai garisan (No. 4). Di dalam ruangan Preview terpapar pilihan yang dikehendaki klik OK.

*WINDOW 2003 : Untuk perubahan bagi huruf “K” dihadapan teks utama anda aktifkan huruf ‘K’ sahaja. Klik pada menu Format --> Drop Cap. Untuk bingkai klik Pada Format --> Border & Shading --> pilih Border.

Untuk mendapatkan gambar serta kedudukan (Square) mengikut latihan. Cara ke - 1 : Klik pada menu Insert --> Clip Art --> di dalam ruangan Search for taipkan perkataan Computer --> klik Go.

Bagaimana untuk menggerakkan kedudukan gambar?

Nantikan Siri Akan Datang : 
Sunting kedudukan gambar, mengubah simbol, jarak teks, teks di dalam jadual (Table).

Sunday, October 16, 2011

~Testimoni Kursus G1 - Nor Iasah Binti Ibrahim

Assalamulaikum w.b.t. saya Nor Iasah Binti Ibrahim, No Matrik SK-PP 01/5689/11 pelajar Institut Perdagangan Munshi sesi Jan - Jun 2011. Kursus yang saya ambil di IPM adalah Pengurusan Pejabat. Mengimbas kembali pembelajaran saya untuk subjek komputer amatlah sukar pada mulanya, secara jujur sememangnya saya langsung tidak mengetahui sepenuhnya tentang penggunaan komputer dalam urusan seharian.

Kelas pertama saya diajar bagaimana menggunakan kod jari ini untuk memudahkan kita menaip dengan pantas dan mengurangkan kesalahan ejaan, selepas itu saya diberikan latihan bagi memahirkan diri saya dalam penggunaan komputer bermula dari MS Word kemudian MS Power Point dan akhir sekali MS Excel, dalam tempoh yang singkat iaitu hanya 6 bulan saya juga diberikan tugasan dalam masa yang singkat untuk melakukan beberapa kerja kursus yang diberikan oleh Cik Rabiah Adawiah selaku tenaga pengajar untuk kelas komputer ini. 

Walaupun dalam tempoh yang singkat CA dapat melatih saya menjadi mahir dari tidak tahu apa-apa mengenai penggunaan komputer sehingga saya mahir dalam melakukan apa sahaja tugasan yang diberikan oleh CA. Terima kasih yang tidak terhingga untuk CA kerana tidak jemu-jemu mengajar saya selama menjalani kursus di IPM, jasa dan usaha CA terlalu bernilai untuk saya, jika selama saya menjalani kursus di sini ada yang membuatkan CA terguris hati seribu kemaafan saya mohon kepada CA.

Thursday, October 13, 2011

~Testimoni Kursus G1 - Mardhiyah Mat

Disini ingin saya berkongsi pengalaman dengan semua pembaca sepanjang menjalani kursus di IPM bagi modul aplikasi komputer. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar saya iaitu Cik Adawiah kerana telah mencurahkan segala ilmu tentang komputer tanpa rasa jemu. 

Banyak perkara baru yang dapat saya pelajari dengan lebih mendalam antaranya penggunaan kod jari semasa menaip, membuat mail merge menyunting dan mengedit gambar dan banyak lagi. Bagi saya ini merupakan suatu ilmu yang sangat berharga untuk saya dimana tidak semua orang dapat memikirkannya. Saya juga berasa lebih gembira dan bersyukur kerana rezeki saya untuk melanjutkan pelajaran adalah di IPM. 

Saya berjanji akan menggunakan setiap ilmu yang diperolehi dengan sebaik mungkin dan tidak akan lupakan segala jasa Cik Adawiah dan seluruh IPM. Harapan saya agar IPM lebih maju dan merestui setiap ilmu yang telah saya pelajari disini.

~Testimoni Kursus G1 - Nuratikah Jaya

Saya Nuratikah Binti Jaya No Matrik SK-PP 01/5680/11. Saya rasa gembira mendapat tawaran belajar di Institut Perdagangan Munshi. Pada mulanya saya belajar mengenali komputer, saya berasa amat susah sedikit untuk mengikutinya setelah dua bulan saya belajar aplikasi komputer saya semakin mahir menggunakan cara penggunaaan komputer. 

Dengan adanya ujian bulanan, saya mempuanyai semangat untuk mendapatkan markah yang terbaik. Pada pertama kali ujian saya gagal, saya terus mencuba untuk memperbaiki sehingga lulus. Alhamdulilah kali kedua saya mendapat lulus dalam ujian komputer, dengan apa yang saya usahakan untuk lulus. Mungkin berkat saya mencuba, terima kasih yang tidak terhingga buat Cik Adawiah yang banyak memberi semangat pada saya. 

Dengan adanya kemahiran yang saya belajar di sini akan saya mempratikan ke latihan lindustri. Terima kasih sekali lagi kepada CA sekali lagi kerana memberi peluang kepada saya untuk merakam apa yang saya pelajari di kuliah komputer. Terima kasih.

~Testimoni Kursus G1 - Nur Rasyidah Binti Osman

Bersyukur saya terhadap kudrat ilahi atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk merakamkan pengalaman saya semasa mengikuti kursus Aplikasi Komputer bersama tenaga pengajar Cik Rabiah Adawiah yang banyak mengajar saya tentang selok-belok komputer.

Sebelum saya mempelajari ilmu komputer saya adalah seorang yang buta IT, terasa malu juga apabila bersama dengan kawan-kawan yang tahu tentang komputer, apa yang sedihkan lagi saya langsung tidak tahu bagaimana untuk menggunakan keyboard dan mahu menekan huruf, mencari-cari di mana hurufnya berada. Tetapi Alhamdulilah bersyukur kepada tuhan telah mengizinkan saya untuk mencari ilmu di (IPM). Alhamdulilah pilihan saya adalah tepat dan tidak sia-sia saya mengambil keputusan untuk mempelajari ilmu komputer ini.

Semasa mempelajari Aplikasi Komputer ini saya mengalami tekanan juga apabila saya tidak dapat mengejar apa yang tenaga pengajar ajari, semangat saya hampir hilang dari hari ke hari sehinggakan pada suatu hari itu perasaan bosan dengan mempelajari ilmu ini, saya hampir putus asa dan tidak mahu belajar lagi, kerana saya berasa diri saya begitu cetek sekali, tetapi alhamdulilah tenaga pengajar cepat menegur saya, dan memberi nasihat dan tunjuk ajar yang tidak pernah jemu beliau tunjukkan kepada saya sehinggalah semangat saya dari hari ke hari semakin bertambah. Terima kasih kepada beliau (CA).

Alhamdulilah kini berakhir sudah pelajar selama 6 bulan, walaupun masa itu terlalu singkat tetapi masa itu telah saya guna dengan sebaiknya untuk mencari ilmu. Kini saya telah mempunyai ilmu komputer terasa sungguh gembira apabila mendapat ilmu komputer ini. Kini saya tidak malu lagi kerana saya sudah mendapat apa yang yang saya inginkan. Terima kasih yang teramat sangat kepada tenaga pengajar saya iaitu Cik Rabiah Adawiah Binti Md Nasir kerana tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar dan ilmu yang mencurah-curah kepada saya. Jasa mu tetap ku kenang ke akhir hayat.

Saya rasa amat bertuah dan gembira kerana berjaya mengikuti program di (IPM) hingga ke akhirnya. Walaupun pada mulanya program ini pada saya agak sukar untuk diikuti namun diakhir kursus ini saya berjaya menghabiskan program ini. Dengan peningkatan ini saya merasakan lebih bersedia untuk menempuhi alam pekerjaan dan masa depan yang lebih mencabar.

Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Cik Rabiah Adawiah di atas bantuannya ketika saya mengalami masalah. Nasihat-nasihat yang diberikan tidak akan saya lupakan dan akan menjadi sebagai pedoman hidup saya. Akhir kata dari saya untuk tenaga pengajar yang banyak membantu saya serta kepada teman-teman yang banyak memberi semangat agar terus bertahan menempuhi dugaan dan tekanan. Kemesraan yang terbina akan terus saya abadikan di dalam ingatan agar satu hari nanti ia menjadi kenangan yang terindah. Sekian terima kasih.