Sunday, May 29, 2011

River Cruise @ Kuantan G1/2011

Bersama Pelajar G1/2011 mengikuti Jalan-jalan di sepanjang Sungai Kuantan. kenangan ini tak mungkin dapat dilupakan..






(Gambar ini di ambil dari gambar di FB Nor Wahidah Zainal Abidin -Tudung hijau)

Monday, May 23, 2011

Kedudukan Pelajar Sesi Januari hingga Jun 2011



Tahniah kepada Siti Hajar Binti Abu Karim, Siti Khadijah Binti Abu Karim & Nurhidayati Binti Ahmad. Keputusan akan berubah pada Ujian Bulanan Akhir sekitar 30hb, 31hb Mei & 01hb Jun 2011. Purata markah mengikut program yang diambil 1 - 3 program. 

Thursday, May 19, 2011

KEPUTUSAN UJIAN KALI KEDUA G01/2011


 NANTIKAN AKAN DATANG KEDUDUKAN DI DALAM KULIAH MS WORD & MS POWER POINT

Apa itu Jalur lebar (broadband)

Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana ‘suara’ dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum (‘suara’ dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).

 Kelebihan
Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak ‘download’ bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi

Internet jalur lebar
Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian Internet jalur lebar, di mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56 kbit/s). Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi, walaupun sesetengah Internet Service Provider (ISP) telah mengiklankan perkhidmatan dengan lebar jalur (bandwidth) yang kurang kerana tidak terdapat kadar bit (bitrate) yang ditakrifkan dalam industri komunikasi. 

Multiplexing
Komunikasi boleh menggunakan beberapa saluran fizikal berlainan serentak; ini adalah multiplexer capaian pelbagai (multiplexing for multiple access). Saluran sedemikian boleh dibezakan setiap satunya melalui masa – multiplexer pembahagian masa (time division multiplexing) atau TDMA, dalam frekuensi pembawa – multiplexer pembahagian frekuensi (frequency division multiplexing) atau FDMA, atau multiplexer pembahagian panjang gelombang (wavelength division multiplexing) WDM, atau dalam kaedah capaian multiplexer pembahagian kod (code division multiplexing) atau CDMA. Setiap saluran yang mengambil bahagian dalam multiplexing exercise adalah dari segi takrifan merupakan jalur sempit (kerana tidak menggunakan seluruh lebar jalur medium), manakala jika seluruh saluran dilihat secara sekaligus dan digunakan untuk tujuan komunikasi yang sama, maka ia boleh dipanggil sebagai jalur lebar.  

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Sempena hari guru yang disambut pada hari ini ramai yang memberi ucapan ada jugak yang memberikan hadiah kepada CA..


Sepanjang 8 tahun Ca mengajar komputer banyak suka duka sebagai tenaga pengajar komputer ramai jugak yang mendapat manfaat dari pembelajaran di IPM sepanjang tempoh tersebut.

Tuesday, May 03, 2011

Apa itu CCleaner?



CCleaner adalah aplikasi percuma yang boleh didapati dari web untuk membersihkan Windows/komputer anda. Aplikasi ini membuat komputer berjalan lebih cepat dengan membersihkan registry yang tidak terpakai atau rosak, fail temporary, menjimatkan space hard-disk dengan memadam fail-fail sampah yang tidak digunakan lagi. Terdapat banyak sekali kegunaannya terutama untuk meningkatkan prestasi komputer. Tetapi setelah download versi terbaru dari internet dan memasangnya ternyata harus lebih teliti dengan aturannya agar sesuai dengan yang diharapkan kegunaannya. Sebelum mematikan komputer (turn off) anda harus memastikan komputer anda dibersihkan dengan CCleaner terlebih dahulu.


Pada CCleaner versi terbaru ini ciri-ciri semakin lengkap, dan sangat mudah digunakan. Registry yang sudah tidak terpakai boleh dihapuskan dengan sempurna (versi sebelumnya tidak dapat memadam kesemuanya) hal ini yang sangat menyenangkan. Atara lain terdapat beberapa fungsi yang lain di dalam program CCleaner:
  • Membersihkan internet browser (Internet Explorer,Firefox, Chrome dll) dari hal-hal yang tidak berguna, cache, riwayat web, cookies dll.

  • Menghapus Recycle Bin, Clipboard, bermacam jenis fail dan log-log yang tidak perlu dalam folder system windows.
  • Membersihkan fail-fail temporary dan riwayat pembukaan fail dari banyak aplikasi.
  • Memeriksa dan membersihkan registry windows dari bermacam-macam masalah seperti Uninstallers, File Extensions, Help File references, ActiveX Controls, ClassIDs, Shared DLLs, Fonts, Application Paths, Invalid Shortcuts dll.


Antara lain untuk menjaga PC anda CCleaner dapat membantu menghapuskan data-data yang tidak perlu untuk komputer anda. Cara penggunaanya mudah anda hanya download. Terdapat dua pilihan yang pertama Analyze dan yang kedua Run Cleaner.

Dipetik dari & Kredit untuk : http://fahrurrozi.com/ dan dialih bahasa ke dalam Bahasa Melayu.