Thursday, April 21, 2011

Tugas Bertambah

Setakat ini tugasan kerja kursus G4 belum lagi disemak seramai 10 orang (di dalam PEndrive). Kelas tambahan setiap hari walaupun setiap hari 2 jam tetapi masa tidak mencukupi setakat ini. CA tak dapat nak janji bila tugasan dapat disemak.

Tugasan G1 juga sedang disemak..

Tuesday, April 19, 2011

Berikut antara iklan yang terpilih mengenai komputer.

Monday, April 11, 2011

FALSAFAH KEJAYAAN

Anda sudah pasti mempunyai cita-cita sendiri. Berkemungkinan anda berhasrat untuk menjadi seorang doktor, peguam jurutera atau akauntan. Ratusan jenis kerjaya anda boleh pilih di atas planet bumi ini. Soal menentukan apakah kerjaya yang anda hasratkan adalah keputusan diri anda sendiri. Tidak ada orang yang boleh membuat keputusan untuk diri anda sendiri. Mungkin ibu, ayah atau kenalan sekadar memberi nasihat dan tunjuk ajar sahaja tetapi akhirnya anda yang harus membuat keputusan sendiri kerana keputusan mutlak di tangan anda. 

AKAN DATANG : MATLAMAT KECEMERLANGAN

Sunday, April 03, 2011

Masa & Kualiti Anda

Kualiti diri anda bergantung kepada persoalan anda bagaimana anda menggunakan kualiti masa tersebut. Jika masa anda dipenuhi dengan urusan yang berkualiti maka anda akan menjadi seorang yang berkualiti juga. Begitu juga sebaliknya. Jika anda membuang masa bersahabat dengan manusia yang berkualiti dan bersifat mulia, jujur ikhlas, pintar dan pandai lama kelamaan anda akan terpengaruh dengan sifat-sifat sedemikian.

Sebaliknya pula jika anda membuang masa bergaul dengan manusia yang sedemikian contohnya : kaki lepak kaki ponteng, nakal, suka mengumpat, memfitnah, mencuri dan sebagainya lambat laun anda akan menjadi manusia sedemikian jua..

Saturday, April 02, 2011

Tugasan Komputer (Ribbon)

TUGASAN : TUGASAN MICROSOFT WORD 2007

Anda dikehendaki mendapatkan logo, nama logo & kegunaan logo di dalam tetingkap Ribbon :

  1. HOME
  2. INSERT
  3. PAGE LAYOUT
  4. MAILING
  5. VIEW
  6. DRAWING TOOLS (Format Sahaja)
  7. TEXT BOX TOOLS (Format Sahaja)
  8. HEADER AND FOOTER TOOLS (Design Sahaja)
  9. PICTURE TOOLS (Format Sahaja)
  10. TABLE TOOLS (Design & Layout Sahaja)

Tugasan ini perlu disiapkan 1 MINGGU sebelum menjelang Ujian Kali Pertama


TUGASAN : TUGASAN MICROSOFT POWER POINT 2007

Anda dikehendaki mendapatkan logo, nama logo & kegunaan logo di dalam tetingkap Ribbon :

  1. HOME
  2. INSERT
  3. DESIGN
  4. ANIMATION
  5. SLIDE SHOW
  6. VIEW 
  7. DRAWING TOOLS (Format Sahaja)
  8. CHART TOOLS (Design, Layout & Format Sahaja)
  9. SMART ART TOOLS (Design Sahaja)
  10. TABLE TOOLS (Design & Layout Sahaja)

Tugasan ini perlu disiapkan 1 MINGGU sebelum menjelang Ujian Kali Kedua

TUGASAN : TUGASAN MICROSOFT EXCEL 2007

Anda dikehendaki mendapatkan logo, nama logo & kegunaan logo di dalam tetingkap Ribbon :

  1. HOME
  2. INSERT
  3. PAGE LAYOUT
  4. VIEW
  5. CHART TOOLS (Design, Layout & Format Sahaja)

Tugasan ini perlu disiapkan 1 MINGGU sebelum menjelang Ujian Kali Ketiga