11 October, 2010

MAKLUMAT TAMBAHAN : Tunggal

Kelas komputer tunggal bagi hari Isnin hingga Jumaat akan dibuka sekiranya pelajar mencapai 4 – 5 orang sahaja. 

Terkini kuliah tunggal kini dibuka hanya pada hujung minggu hari Sabtu @ Ahad. Untuk kemahiran komputer tunggal ini kami menawarkan pilihan kursus mengikut kemampuan anda.


PENDAFTARAN : RM 50 [Termasuk Buku Nota, Tanda Nama, Fail, Nota Bercetak -mengikut bulan yang dipilih]

Masa Kursus : Sabtu @ Ahad (terkini)
Siapa Yang Layak : Sedang Telah bekerja/Mencari peluang pekerjaan/Ingin melanjutkan pelajaran yang memerlukan asas kemahiran komputer.
Jam Pilihan : 10 Pagi dan 12 t/Hari (2 jam setiap minggu)

NOTA : Bagi memudahkan anda memilih pilihan kursus, Pilihan A & B Bagi yang ingin mencari peluang pekerjaan kerana pasaran kerja masakini memerlukan 3 program tersebut. Bagi yang ingin melanjutkan pelajaran anda boleh memilih pilihan C bagi tiga bulan. Bagi yang memilih pilihan D bagi asas MS Word tiada ujian komputer serta tiada sijil yang akan dikeluarkan jika mengambil 2 bulan bagi 1 program MS Word ujian boleh diduduki.

FORMAT & PERATURAN KURSUS KOMPUTER –TUNGGAL

1. Berusia 18 tahun ke atas sila sertakan 1 salinan Kad Pengenalan, 1 keping gambar berukuran pasport dan 1 salinan SPM. Sekiranya berumur bawah 18 tahun sila sertakan salinan PMR, 1 keping gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan.

2. Cara berpakaian ke kuliah mestilah menutup aurat bagi yang beragama Islam dan wajib bertudung. PEREMPUAN : Berbaju Kurung, blaus labuh berlengan panjang (lengan pendek @ ketat tidak digalakkan). LELAKI : perlulah yang bersesuaian untuk ke ke pejabat. Seluar paras lutut tidak dibenarkan.

3. Bayaran kursus yang telah dibuat tidak boleh dituntut hanya dibenarkan membuat penangguhan di dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh bayaran dibuat. Bagi yang telah membuat pendaftaran kursus anda akan diberikan tanda nama kursus, nota kursus mengikut program, fail dan buku nota catitan.

4. Bagi yang terpilih mengikuti kursus ini anda haruslah mengikuti kursus dengan sebaiknya. Permohonan bercuti hanya dibenarkan sekali bagi tiap-tiap bulan kecuali terdapat cuti am atau cuti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Pahang. Sekiranya anda gagal hadir masa kuliah anda tetap berjalan seperti biasa. Disiplinkan diri dengan masa yang diperuntukkan kepada anda.

5. Konsep pembelajaran di IPM : Bilangan pelajar seramai 4 – 5 orang. Tenaga pelajar akan menunjuk ajar /memberi arahan berdasarkan format latihan yang dipelajari. Nota akan diterangkan kepada pelajar seorang demi seorang mengikut program yang dipilih.

Sementara giliran nota sedang diberikan kepada pelajar lain anda harus menunggu giliran sehingga nota diberikan kepada giliran anda pula. Ini kerana kerana kemahiran harus dipraktikkan untuk kefahaman setiap pelajar yang mengikuti kursus komputer di IPM.

6. Latihan hanya untuk tujuan pembelajaran sahaja. Buku latihan komputer bagi semua program tidak dibenarkan membawa keluar dari bilik komputer hanya untuk kegunaan semasa kursus sahaja.

7. Kami menyediakan bahan bercetak yang khusus untuk pelajar komputer mengikut program yang dipilih. Pelajar perlu menyalin nota komputer berdasarkan apa yang telah dipelajari mengikut latihan yang telah disediakan.

8. Selepas tamat mengikuti kuliah komputer 2 bulan @ 16 jam ujian akan diadakan bagi mengetahui sejauh mana kemahiran komputer dapat dipraktikkan semasa menduduki ujian komputer bagi program MS Word sahaja. Bagi yang mengikuti 1 bulan tiada ujian komputer hanya untuk pembelajaran asas sahaja.

9. Keputusan akan dikeluarkan 2 minggu selepas ujian diduduki slip komputer akan dipos ke rumah anda. Jika anda ingin memperbaiki keputusan ujian hanya tiga kali sahaja dibenarkan untuk setiap program.

10. Sijil kemahiran akan dianugerahkan kepada yang mengikuti kursus ini dengan jayanya. Bagi yang cemerlang mengikut penilaian semasa ujian sijil penghargaan akan diberikan kepada anda.

11. Format Ujian Kursus Komputer sama seperti pelajar kursus penuh dan akan diadakan pada tarikh tamat kelas komputer. Manakala bayaran ujian kursus RM 15 sahaja (sekiranya anda ujian bukan pada waktu kuliah anda).

12. Cara bayaran : Boleh datang terus ke IPM untuk membuat pembayaran. Pendaftaran kursus komputer RM 50.00 untuk pengesahan pendaftaran kursus. Manakala bagi yang telah menjelaskan bayaran bulanan kursus RM 100 kekosongan akan diberitahu masa kursus kemudiannya.

13. Sekiranya telah mendaftar tanpa membuat bayaran bulanan kursus, kekosongan masa kursus hanya akan diberitahu setelah menjelaskan bayaran kursus dibuat.

14. Masa kuliah komputer 1 minggu selama 2 jam sahaja. Bilangan 1 jam tidak dibenarkan. Ini akan menyukarkan penyusunan jadual serta peluang kepada pelajar lain untuk mengikuti kuliah komputer ini.

15. Jadual komputer adalah untuk kiraan 1 bulan [1 minggu x 2 jam x 4 minggu = 8 jam].
Untuk menjelaskan bayaran bulanan seterusnya RM 100 untuk 8 jam akan datang anda perlu dijelaskan pada jam terakhir kursus iaitu selepas 8 jam. Sila maklumkan awal berminat untuk bulanan seterusnya.

~~~ 1Kemahiran, 1Kerjaya, 1Munshi ~~~