Thursday, October 21, 2010

Penggunaan Komputer Dalam Bidang Pendidikan


Kepada Pelajar Sesi 03/2010 (Contoh Tajuk Tugasan Kerja Kursus)

Kini dalam era dunia sains dan teknologi yang semakin canggih, komputer mungkin mengambil alih peranan buku dalam menyimpan dan menyebarkan pengetahuan kepada orang ramai. 

Dengan kata lain komputer akan mengubah cara kita belajar dan cara kita menyimpan pengetahuan. Hal-hal yang berkaitan contohnya pendaftaran pelajar, penjadualan kelas, pemprosesan keputusan peperiksaan, penyimpanan peribadi pelajar dan guru boleh dilaksanakan oleh komputer dengan berkesan dan cepat dalam membantu pihak pentadbiran. 


Kini keputusan SPM dan STPM turut diproses oleh komputer. Di IPT juga tugas-tugas pengautomatikan pejabat, pemprosesan keputusan peperiksaan dan penyelidikan saintifik turut menggunakan komputer. 

Malah mengkatalog buku-buku di perpustakaan juga mengaplikasikan penggunaan komputer. Tidak ketinggalan diguna untuk proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja di institusi-institusi pengajian tinggi juga di sekolah-sekolah, baik untuk mengajar dengan bantuan komputer atau belajar pendidikan tentang komputer.

Oleh itu komputer kini sangat dititikberatkan dalam bidang pendidikan untuk menbantu dalam proses pentadbiran, penyelidikan juga apa yang penting ialah memudahkan serta membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

[Dipetk dari : Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Kerian]

Pembelajaran Kursus Komputer


Tunjuk ajar diberikan kepada pelajar kursus komputer satu persatu agar mudah difahami serta dapat memahirkan diri di dala penggunaan komputer. Peserta ini telah mengikuti kuliah komputer kini untuk program yang kedua pula iaitu MS Power Point.


Ini adalah sebahagian latihan yang telah dipelajari oleh pelajar. Di IPM kami akan memberikan yang terbaik untuk tingkatkan kemahiran pelajar.


Turut diajar cara penggunaan tetikus @ mouse dengan betul agar pilihan menu serta pencarian format dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.

Terkini! Untuk memudahkan pembelajaran anda kami menyediakan Buku Rujukan Komputer bagi prgram yang telah dipilih berserta gambarajah untuk memudahkan anda memahami kemahiran komputer ini.

Dapatkan segera cetakan terhad!

Monday, October 18, 2010

Permulaan Hari..

Masih meneruskan untuk meyiapkan tugasan bagi buku rujukan MS Power Point..

Thursday, October 14, 2010

Perbincangan Tugasan Kerja Kursus G03


Seramai 14 orang hadir untuk mengetahui perbincangan kerja kursus, Tip Ujian & Peperiksaan Akhir dan pelbagai yang telah dibincangan pada jam 2 petang sehingga jam 5 petang.


Sesi bergambar bersama pelajar sesi ini. 
Dari kiri : Azunna, CF Munshi, CA & Farah Yusnida

Komen Hasil Perbincangan : 
Ramai pelajar memberi komen positif bagi yang telah mengikuti kuliah komputer

antaranya : mempelajari perkara yang baru, dapat mengetahui sedikit sebanyak kegunaan setiap format @ menu pada program komputer, 

daripada tidak mengetahui langsung mengenai penggunaan komputer kini dapat menguasai program MS Word. Mempelajari format yang tidak diketahui sebelum ini 

seperti membina surat & sampul surat dengan gabungan data yang banyak serta berpuas hati dengan pembelajaran selama 24 jam masa kursus.

Wednesday, October 13, 2010

Tamat Kuliah Komputer sesi Julai - Disember 2010 (G03)

Kepada pelajar Perkeranian & Kesetiausahaan ini telah tamat mengikuti  kuliah komputer selama 3 bulan anda berkursus.

Kemahiran yang telah dipelajari haruslah dipraktikkan selalu terutama membuat latih tubi di dalam komputer.

Ulangkaji komputer juga haruslah selalu..

Bagi untuk menambah kemahiran/kurang mahir anda haruslah menambah masa tambahan bagi program komputer yang telah dikhususkan buat anda. 

Bayaran RM 64 boleh dibuat secara beransur-ansur 
 iaitu 2x sahaja (RM 30 + RM 34).

Kuliah dibuka bermula pada 11hb Oktober 2010 sehingga 27hb Oktober 2010 
(Penyertaan awal diutamakan).

Perbincangan Tugasan Kerja Kursus

Terima kasih kepada pelajar sesi G03 kerana telah mengikuti kuliah komputer dengan jayanya seramai 14 orang. Bagi yang tidak mengikuti kuliah tambahan MS Power Point nama anda tidak terpapar untuk ujian bagi program ini untuk Ujian Kali Kedua pada sekitar 28hb - 30hb Oktober ini. Pada hari ini jam 2 hingga 5 petang akan diadakan perjumpaan dengan pelajar sesi G03  bagi perbincangan tugasan kerja kursus program tiga serangkai MS Word, MS Power Point & MS Excel. Tempoh menyiapkan tugasan selama 1 bulan sahaja. 

Bagi yang ikuti Kuliah Intensif untuk program MS Excel Slip Komputer akan diberikan pada tamat kursus (percuma) + KeyChain IPM (Edisi terhad). Bagi pelajar lain yang tidak mengikuti tetapi berminat untuk mendapatkan Slip Komputer (contoh di bilik komputer) dengan bayaran RM 10 sahaja (kos pentadbiran).

Tuesday, October 12, 2010

TIP UJIAN PROGRAM KOMPUTER

Senaraikan mana-mana pilihan format/format/format/fungsi/isi-isi penting/formula yang telah dipelajari yang SELALU di ketengahkan di dalam soalan, pilihan format/format/format/ fungsi/isi-isi penting/formula KERAP KALI di ketengahkan di dalam soalan, JARANG-JARANG di ketengahkan. 

Dengan demikian dapatlah anda menilai pencapaian anda. Umpamanya jika banyak format/format/fungsi/isi-isi penting/formula yang SELALU dan KERAP KALI dikeluarkan banyak yang tidak anda fahami, maka kedudukan anda agak di dalam bahaya dari segi pencapaian markah yang cemerlang semasa ujian dan semasa kursus.

~~~~ SELAMAT MENCUBA ~~~~

Kuliah Tambahan G 03

Kuliah Tambahan telah bermula pada hari ini untuk minggu pertama
antara pelajar yang terlibat iaitu
Farah Hanin, Azunna, Nor Asyikin & Nurul Nadiah.

Monday, October 11, 2010

MAKLUMAT TAMBAHAN : Tunggal

Kelas komputer tunggal bagi hari Isnin hingga Jumaat akan dibuka sekiranya pelajar mencapai 4 – 5 orang sahaja. 

Terkini kuliah tunggal kini dibuka hanya pada hujung minggu hari Sabtu @ Ahad. Untuk kemahiran komputer tunggal ini kami menawarkan pilihan kursus mengikut kemampuan anda.


PENDAFTARAN : RM 50 [Termasuk Buku Nota, Tanda Nama, Fail, Nota Bercetak -mengikut bulan yang dipilih]

Masa Kursus : Sabtu @ Ahad (terkini)
Siapa Yang Layak : Sedang Telah bekerja/Mencari peluang pekerjaan/Ingin melanjutkan pelajaran yang memerlukan asas kemahiran komputer.
Jam Pilihan : 10 Pagi dan 12 t/Hari (2 jam setiap minggu)

NOTA : Bagi memudahkan anda memilih pilihan kursus, Pilihan A & B Bagi yang ingin mencari peluang pekerjaan kerana pasaran kerja masakini memerlukan 3 program tersebut. Bagi yang ingin melanjutkan pelajaran anda boleh memilih pilihan C bagi tiga bulan. Bagi yang memilih pilihan D bagi asas MS Word tiada ujian komputer serta tiada sijil yang akan dikeluarkan jika mengambil 2 bulan bagi 1 program MS Word ujian boleh diduduki.

FORMAT & PERATURAN KURSUS KOMPUTER –TUNGGAL

1. Berusia 18 tahun ke atas sila sertakan 1 salinan Kad Pengenalan, 1 keping gambar berukuran pasport dan 1 salinan SPM. Sekiranya berumur bawah 18 tahun sila sertakan salinan PMR, 1 keping gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan.

2. Cara berpakaian ke kuliah mestilah menutup aurat bagi yang beragama Islam dan wajib bertudung. PEREMPUAN : Berbaju Kurung, blaus labuh berlengan panjang (lengan pendek @ ketat tidak digalakkan). LELAKI : perlulah yang bersesuaian untuk ke ke pejabat. Seluar paras lutut tidak dibenarkan.

3. Bayaran kursus yang telah dibuat tidak boleh dituntut hanya dibenarkan membuat penangguhan di dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh bayaran dibuat. Bagi yang telah membuat pendaftaran kursus anda akan diberikan tanda nama kursus, nota kursus mengikut program, fail dan buku nota catitan.

4. Bagi yang terpilih mengikuti kursus ini anda haruslah mengikuti kursus dengan sebaiknya. Permohonan bercuti hanya dibenarkan sekali bagi tiap-tiap bulan kecuali terdapat cuti am atau cuti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Pahang. Sekiranya anda gagal hadir masa kuliah anda tetap berjalan seperti biasa. Disiplinkan diri dengan masa yang diperuntukkan kepada anda.

5. Konsep pembelajaran di IPM : Bilangan pelajar seramai 4 – 5 orang. Tenaga pelajar akan menunjuk ajar /memberi arahan berdasarkan format latihan yang dipelajari. Nota akan diterangkan kepada pelajar seorang demi seorang mengikut program yang dipilih.

Sementara giliran nota sedang diberikan kepada pelajar lain anda harus menunggu giliran sehingga nota diberikan kepada giliran anda pula. Ini kerana kerana kemahiran harus dipraktikkan untuk kefahaman setiap pelajar yang mengikuti kursus komputer di IPM.

6. Latihan hanya untuk tujuan pembelajaran sahaja. Buku latihan komputer bagi semua program tidak dibenarkan membawa keluar dari bilik komputer hanya untuk kegunaan semasa kursus sahaja.

7. Kami menyediakan bahan bercetak yang khusus untuk pelajar komputer mengikut program yang dipilih. Pelajar perlu menyalin nota komputer berdasarkan apa yang telah dipelajari mengikut latihan yang telah disediakan.

8. Selepas tamat mengikuti kuliah komputer 2 bulan @ 16 jam ujian akan diadakan bagi mengetahui sejauh mana kemahiran komputer dapat dipraktikkan semasa menduduki ujian komputer bagi program MS Word sahaja. Bagi yang mengikuti 1 bulan tiada ujian komputer hanya untuk pembelajaran asas sahaja.

9. Keputusan akan dikeluarkan 2 minggu selepas ujian diduduki slip komputer akan dipos ke rumah anda. Jika anda ingin memperbaiki keputusan ujian hanya tiga kali sahaja dibenarkan untuk setiap program.

10. Sijil kemahiran akan dianugerahkan kepada yang mengikuti kursus ini dengan jayanya. Bagi yang cemerlang mengikut penilaian semasa ujian sijil penghargaan akan diberikan kepada anda.

11. Format Ujian Kursus Komputer sama seperti pelajar kursus penuh dan akan diadakan pada tarikh tamat kelas komputer. Manakala bayaran ujian kursus RM 15 sahaja (sekiranya anda ujian bukan pada waktu kuliah anda).

12. Cara bayaran : Boleh datang terus ke IPM untuk membuat pembayaran. Pendaftaran kursus komputer RM 50.00 untuk pengesahan pendaftaran kursus. Manakala bagi yang telah menjelaskan bayaran bulanan kursus RM 100 kekosongan akan diberitahu masa kursus kemudiannya.

13. Sekiranya telah mendaftar tanpa membuat bayaran bulanan kursus, kekosongan masa kursus hanya akan diberitahu setelah menjelaskan bayaran kursus dibuat.

14. Masa kuliah komputer 1 minggu selama 2 jam sahaja. Bilangan 1 jam tidak dibenarkan. Ini akan menyukarkan penyusunan jadual serta peluang kepada pelajar lain untuk mengikuti kuliah komputer ini.

15. Jadual komputer adalah untuk kiraan 1 bulan [1 minggu x 2 jam x 4 minggu = 8 jam].
Untuk menjelaskan bayaran bulanan seterusnya RM 100 untuk 8 jam akan datang anda perlu dijelaskan pada jam terakhir kursus iaitu selepas 8 jam. Sila maklumkan awal berminat untuk bulanan seterusnya.

~~~ 1Kemahiran, 1Kerjaya, 1Munshi ~~~

Sambungan Paparan Window 2007

Pengenalan : mengenali Menu Bar 2007, Mengenali  Format & Modul Pembelajaran Kursus Komputer.
Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data. 

melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke atas data dan mengeluarkan keputusan (maklumat). 

 Fungsi komputer untuk memproses data secara automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah arahan program yang tersimpan di dalam unit storan utama (CPU). 

Program (aturcara) mengandungi jujukan arahan-arahan  yang mengarahkan komputer sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya.

Membuka dokumen (Open) : klik icon Open @ @ klik pada papan kekunci CTRL + huruf O. Satu kotak dialog open akan dipaparkan. Pilih folder yang dikehendaki di look in untuk membuka fail yang dikehendaki.
Menyimpan fail (Save) : fail yang belum disimpan akan terpapar di bahagian atas sebagai document1. Untuk menyimpan kali pertama klik File pilih arahan Save As. 

Pilih direktori yang dikehendaki untuk menyimpan fail. Pada bahagian File Name taipkan nama fail pastikan pada bahagian Save As Type : Excel Document à klik butang Save. 

Keluar dari program Ms Word : klik pada title bar X @ File à Close à Yes @ klik pada papan kekunci CTRL + huruf W.


~~~ Paparan akan datang mengenai program MS Power Point 2003 & 2007 ~~~

Pengenalan Program MS Excel 2003



BAB 1 : MEMULAKAN MICROSOFT EXCEL

Bagi menjanakan aplikasi Microsoft Excel 2003, lakukan arahan berikut : Klik Start menggunakan butang kiri tetikus. 

Pilih program Microsoft Office  Excel 2003. Kini terdapat 2 window yang diguna pakai iaitu Microsoft  Excel 2003 & 2007. 

Di IPM kedua-dua window digunakan untuk mempercepatkan proses menyimpan rekod/ dokumen tanpa menggunakan tulisan tangan. 

Di sini pelajar dilatih untuk mencari sesuatu simbol/objek hanya menggunakan menu bar @ papan kekunci sahaja.

Pelajar perlu mengetahui kedudukan Tiitle Bars, Menu Bars, Vertical Scroll Bars @ dll.
  Menanda/blok teks menggunakan mouse. Untuk menandakan : satu item @ sekumpulan teks tersebut drag mouse tersebut. 

Terdapat pelbagai cara antaranya a) Satu perkataan : Letak cursor pada baris tersebut klik mouse 2x. b) Letak cursor pada baris tersebut klik mouse 3x.

Bagi membatalkan tempat yang ditanda tadi bawa kursor ke tempat lain dan klik 1x @ tekan mana-mana kekunci pergerakan kursor kerana pada kekunci keyboard terdapat tiga pergerakan iaitu pergerakan numerik, pergerakan kursor & pergerakan nombor.

Jika ingin memadam teks, terdapat 2 cara iaitu jika tekan Delete bermakna memadam dari arah kanan (depan) manakala jika tekan Backspace bermakna memadam dari arah kiri (belakang).

Memulakan dokumen/helaian yang baru : Klik pada icon New @ klik pada papan kekunci CTRL + huruf N. Satu skrin kosong akan dipaparkan.

~~~~ NANTIKAN BUKU KOMPUTER VERSI 2003 & 2007 ~~~~

Kerjaya Munshi



Kepada pelajar Munshi jika anda ingin mendapatkan peluang kerjaya di dalam bidang pentadbiran 

persiapkan diri anda dengan mempunyai sijil kemahiran komputer dari IPM.

 Diantara program komputer yang diperlukan oleh majikan masakini ialah:



1)  MS Word

2)  MS Power Point

3)  MS Excel


Bagi yang mempunyai program MS Access adalah satu kelebihan buat anda..

Ramai bekas-bekas pelajar munshi yang telah bekerja dengan memperolehi kerja yang bersesuaian dengan kemahiran yang mereka ada hasil dari kaji selidik bekas pelajar munshi.


Sunday, October 10, 2010

KENAPA ANDA PERLU MENGIKUTINYA BERSAMA KAMI….

  • Sijil kemahiran diiktiraf oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.
    Diperlukan di sektor awam @ swasta.
  • Pensyarah berpengalaman dalam bidang kemahiran ini. 
  • Lebih 4500 pelatih telah menjalani Latihan Industri & diserap ke jawatan tetap.
  • Yuran pengajian bulanan berpatutan.
  • Kuliah berhawa dingin serta asrama disediakan (Luar Kuantan sahaja).
  • Bahan pembelajaran yang komprehensif dan mudah difahami.
  • Berilah peluang kepada diri anda untuk meningkatkan prestasi & peluang kerjaya.
PENYERTAAN AWAL DIUTAMAKAN!

Kuliah Tambahan G02

Bagi yang ikuti Kuliah Intensif untuk program MS Excel Slip Komputer akan diberikan pada tamat kursus (percuma).

Terima kasih kepada pelajar sesi ini yang telah mengikuti kuliah tambahan dengan jayanya.

Bagi yang tidak mengikuti kuliah tambahan MS Power Point nama anda tidak terpapar untuk ujian bagi program ini untuk akan datang. 

Bagi pelajar lain yang tidak mengikuti tetapi berminat untuk mendapatkan slip komputer (contoh disebelah) bayaran RM 10 sahaja.

Pakej Kuliah Komputer Sempena Oktober

Salam hormat kepada lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti kursus komputer penggunaan pejabat.

Kini terdapat 4 kekosongan terkini untuk kuliah komputer terdapat dua sesi pilihan 

Sesi Pertama : jam 10 pagi terdapat 1 kekosongan

Sesi Kedua    : jam 12 t/hari terdapat 3 kekosongan

Kami akan mendahulukan yang terawal membuat pengesahan kursus.

 Bayaran kursus asal RM100 (bulanan) akan diberi diskaun 8% sepanjang bulan ini.